Mungkin dah 2 kali percubaan menyemai benih timun jenis SOARER nie (benih ni di'preserve' dari pokok timun yang ditanam terdahulunya). 1st time cuma 1 jer tumbuh. second time tuh letak benih lebih sket dalam 1 lubang, (kalau tumbuh lebih satu boleh alihkan tempat lain). Masalah pertamanya walaupun cuaca sejuk sikit tetapi cuaca sejuklah yang menyebabkan kekeringan (macam bila kita dok dalam aircon-bibir, kulit rasa macam kering kan). Tanah jadi cepat kering dan tak lembat menyebabkan kesukaran tanaman untuk bercambah. Tambah lagi bila kita tanam diluar greenhouse yang terdedah kepada direct sun. At least, now dah bercambah, kurang2 takla give up kan....
Rasanya penggali tu mereka-mereka nih dengan kawan2 lain lagi sebab banyak sangat diorang nie dalam kebun ..ada makanan free yang dari buangan sisa makanan yang kami buang dalam lubang untuk dijadikan baja organik. sebab tuh diorang makin ramai berkoloni disini.
Diorang ni kengkadang boleh melampau sampai tidur dalam container anak lobak,
Samalah kes dengan Parsley ni (tapi ini ditanam di dalam green house), dari awal kita letak benih, siram air, malamnya diorang terus 'berkubang'.mungkin sebab sejuk, dah tuh tanah gembur sebab tu lah yang diorang suka sakat. ingat dah tak dapat tumbuh dah..tapi alhamdulillah nampak banyak juga dah bercambah...first time tanam Parsley ni. yang sejenis dengan nya dah ada ketumbur dan Sederi (Celery).. pun tak habis makan.
No comments:
Post a Comment
Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)