Monday, 16 September 2013

Menikmati Nasi Lemak Daun Pisang Di bumi Pasifik

Di suatu pagi Ahad yang santai, sedang kami berjalan-jalan dengan niat nak makan breakfast kat luar..melewati sebuah restauran tercium bau yang familiar.. wangi dan sedapnya menusuk dan membangkitkan selera..

Menjenguk rapat makanan yang dihidangkan panas-panas tuh, sungguh tidak sangka ianya seperti sesuatu yang familiar..sesuatu yang dirindui..sesuatu menjadi feveret...nasik lemak! dalam daun pisang lagi..Mashaallah!

Nasi lemak daun pisang kat Fiji Islands?


Janganlah percaya..semuanya itu angan2 dan ilusi sahaja.. bayangan yang kadang2 diharapkan..heheh

Yang hakikatnya, sorang yang teringin nak makan nasi lomak, dari hari sebelumnya lagi dah menyiapkan sambal tumis kerana perlu dimasak agak lama dan jugak versi sambal tumis yang manis kerana hero2 dirumah nie tak boleh makan pedas..

Dan dipagi Ahad yang tetap santai, seawal kul 6 kerja-kerja memasak nasik lemak dimulakan agar boleh tidaklah lewat sangat breakfast,  teringat akan daun pisang, dikerahnya big boss amek daun pisang...maka siaplah nasi lemak daun pisang yang membangkitkan selera semua orang..alhamdulillah..


Macam ala2 kedai mamak gitu kan..hehehe..apapun alhamdulillah dapat menunaikan hajat dan jugak bila dimasak sendiri boleh makan sampai puas hati. Nasik lemak daun pisang tuh...:)

Saturday, 14 September 2013

Bila Ditanam Tak Tumbuh, Bila Tak Tanam...

Tumbuhnya dengan amazingly! Lihatlah...


Ulam raja yang tumbuh dibatas2 kobis. Dulunya tempat nie memang ade tanam ulam raja dan ketumbar, lepas tukang kebun baru amek alih, dia robohkan patch tuh dan dan buat batas tuk kobis..kini ulam raja balas dendam, buat penempatan haram atas tanah sendiri yang dia dah tinggalkan benih dulu..huhuh


Cepat sungguh membesar...dalam 2 minggu lagi inshaallah dah boleh buat ulam. Agaknya nanti bila semua pokok dah besar, banyak pulak tuh..habeslah pembesaran kobis terganggu..hmmm..nak alih ker penempatan mereka nie...?


Yang ditanam sendiri atas batas kat luar tumbuh tak mahu, hidup pun malu2..daripada banyak2 benih yang ditabur, tak sampai 10 pokok yang tumbuh..agaknya sebab cuaca terlalu panas kot kat luar tuh yang tak mao bercambah tu...

Friday, 13 September 2013

Pertama Kalinya Cecah 2000

Kalau mula2 berblog rasa macam mimpi kan nak dapat traffic 500 mahupun 1000 mahupun 2000. Namun over the period of time semuanya tuh bisa berubah...bergantung kepada prestasi blog kita.

Alhamdulillah semalam kali pertamanya cecah 2000, kalau 1900++ tuh dah capai beberapa kali namun tak reach nombor yang  baik nie..

Takder rahsialah..korang pun leh tgk total pageviews kat blog nie ade terpanpam 

Nak lebih traffik semuanya adalah hasil dari penulisan kita..orang suka ker tak..kalau dalam merepet2 tuh kita share sikitkan menda yg bermanfaat yang orang suka, boleh jadi goodwill yang tetap dalam blog. Maksudnya adalah dalam search engine untuk orang cari2 dan datang ke blog kita..

Kalau kita memang boleh tulis interesting story tentang our daily life yang orang dok tunggu2 nak tahu perkembangan hari2..macam drama swastalah, yang berkaitan ngan search engine tuh tak penting manalah sebab blog kita ade dah kekuatan sendiri.

Lagi satu yg banyakbantu dalam traffic nie adalah penyumbang traffic..mana2 yg meletakkan link blog kita dalam blog mereka...terima kasihlah semua.

Beruntung sangat kerana adanya link dari blog Sis LG dan bro Google..banyak pageview melaluinya..thanks Sis LG dan rakan2 yang lain. 

Juga Linkwithin Widget tuh jangan pandang remeh..boleh beri banyak pageview jugak..macam bg pelawaan untuk readers baca cerita2 yang  lain yg kelihatan menarik.

Blog picisan ini hanyalah coretan bodo-bodo tentang aktiviti bodo2 kami disini..tiada yang menarik kecualilah bagi yang berminat ngan aktiviti bodo2 kami..:) 

Tak tahulah apa yang korang suka atau tak suka dalam blog bodo2 nie.. kalau nak beri komen membina sangat dialu-alukan.. nak kutuk pun silakan..:)



Thursday, 12 September 2013

Projek Membuat Tomato Puri

Dok berpikir-pikir apa lagi nak buat dengan tomato yang tak berhabisan dari kebun,asyik dok masuk deep freezer jer manjang tak best jugak. Teringat akan tomato puree yang selalu dibeli dari kedai, naper tak cuba buat sendiri kan..boleh manfaatkan tomato lebihan cara lain..

Kemudian menggoogleah caranya..

Setelah tomato dikumpul cukup sekilo, maka projek bermulalah pagi ini.


Fresh tomato yang beratnya lebih sekilo. Sesiapa yang berminat nak cuba takder tomato sendiri kat kebun boleh jer beli kat kedai kalau murah-murah gitu.


Mula-mula tomato dibersihkan dengan membuang tangkai, daun dan sebagainya yang tidak patut dipuri.


Kemudian dihiris pada bahagian ujung bertentangan ngan tangkai seperti dalam gambar agar mudah dibuang kulit nanti.


Air direbus sehingga mendidih, kemudian tomato dimasukkan dan direbus selama 10 hingga 15 minit.


Lepas tuh direndam dalam air sejuk lebih kurang 5 minit agar mudah kulitnya dibuang nanti.


Kulit dibuang dengan mudahnya.


Yang dah siap dibuang kulit.


Lepas tuh tomato dibelah dua dan dibuang biji serta jus untuk mendapatkan puri yang lebih pekat, tinggal isi jer. Kalau taknak buang pun takper...belasah jer.


Dah siap dibuang biji dan air/ jus.


Kemudian blend dengan blender atau food processor hingga hancur semuanya.


I kg tomato dimasak bersama 1/2 cawan cuka, 1/2cawan gula dan 1sudu besar garam. Masak ikut kepekatan yang dikehendakilah..nak cair pun boleh jugak.


Siaplah sebotol homemade tomato puree.

Mudahkan? Masa yang diambil tak lama pun dalam 40 minit menyiapkannya. Yang bagusnya homemade nie adalah menggunakan sumber yang segar dari kebun, lebih bersih dan tiada sebarang pengawet. Nak tahan lama simpan dalam deep freezer. Pasni bolehlah guna tuk masak pizza atau spaghetti.

 Mungkin boleh cuba buat sos tomato pulak kan lepas nie..:)

Wednesday, 11 September 2013

[Wordless Wednesday] Tuaian Kacang Dhal

Pokok kacang dhal cuma berbuah sekali sahaja iaitu masa musim yang lebih sejuk..selepas itu pokok mula mengering..nak hasil lagi, kena tanam lagi..

Daripada 2 pokok yang ditanam..hasilnya memang tak berhabisan ..dan yang ini mungkin tuaian yang penghabisan..yang tinggal diatas pokok sudah menjadi sangat kering dan sesuai dibuat dhal.

Sebesen besar kacang dhal yang dituai

 Bercampur-campur..ade yang dah matang ade yang belum

 Setelah dibersihkan..hampir separuh bekas

Kacang dhal - kulit lebih cerah tandanya sudah matang manakala yang hijau belum cukup matang...namun begitu mana2 pun boleh dimasak.


Untuk entry tentant pokok dhal klik sini

Nuffnang Ads