Lama betul tak makan pulut beriya-iya. Berasnya memang ade dalam simpanan, namun semangat untuk membuatnya yang tak cukup tinggi..jadi terperuklah dalam fridge sekian lama.
Only lately ade kerajinan tuk buat pulut makan dipagi harii..seperti biasalah bila big boss outstation itulah kesempatan tuk melepas rendu dendam pada makanan peberet..hihih
Hari Ahad yang baru lepas,
Pulut berinti menjadi pelepas hajat.Abaikan kaler inti yang tak gelap sangat kerana gula melaka yang berlainan , namun dari segi taste tiada yang kurang..:). Lama juga teringin nak makan nie namun disebabkan malas nak mengukus bagai pendamkan sahaja. Pulut berinti memang my all time feberet..
Hari sebelumnya, sabtu pulak masak pulut kuning ngan rendang..sanggup bersusah payah..tuh pun kerisik bagai kena buat sendiri..kalau tak rajin cuba cakap sapa boleh bagi makan pulut kat Fiji nie dikala teringin..hehehe
Yang minggu sebelumnya kan makan pulut pagi..yang nie dah diceritakan sebelumnya..
Pulut ngan orang kelantan memang tak dapat dipisahkan..apatah lagi jika dah biasa makan dari kecik lagi..yang paling best sekali adalah pulut yang ditanak oleh mak kat umah..boleh makan sepuas hati. Kini perturunkan ilmu makan pulut kat anak2 plak, supaya depa suka dan biasa ngan pulut bila balik M'sia nanti inshaallah.