Friday, 5 April 2013

Tropical Garden - Harvesting Time

Our tropical garden was ready pada 14/2/13 pada entry yang lepas..kini setelah 3 bulan mengusahakan kebun tropika ini...time untuk mengecap hasil pulak ..alhamdulillah...cepat kan masa berlalu...kalau tidak dilaburkan sedikit effort untuk bertanam dahulu, pastilah tanah belakang rumah nie menjadi sarang lalang dan semak samun....

Mari kita tengok musim apakah dikebun ini sekarang....

Pemandangan kebun tropika yang ditanam beberapa jenis tanaman..kini hijau mata memandang...

Sejak seminggu yang lepas kami mula menuai jagung...alhamdulillah banyak buahnya..setiap pokok sekurang2nya 2 biji buah..jagung manis lagi segar..puas kami sekeluarga menikmati jagung tanpa perlu membeli dikedai...alhamdulillah..

Petola pun mula berbuah dengan rancaknya setelah musim hujan berlalu..sepatutnya dah berbuah lebih awal, namun dek kerana hujan berpanjangan banyak buah2 kecil menjadi rosak ditengah jalan...kini setiap 3 hari perlu petik petola....:)

Kacang panjang mula berbunga..dek kerana hujan juga pengeluaran buah terbantut..namun kini kelihatan good news is coming....

Keledek semakin meluaskan daerahnya..tidak pasti sudah berisi atau tidak, somehow we r not in rush untuk mengutip hasil...biarlah beranak banyak2 wahai keledek...

Bendi (okra).. dengan lebih kurang 15 pokok yang ditanam, semuanya telah mengeluarkan hasil alhamdulillah..2 kali seminggu kena petik bendi hinggakan tukang kebun aka tukang masak dah letih nak makan bendi..:)

Sebahagian tuaian petola dan jagung.. 

Tuaian kacang bendi..

Nampaknya kebun tropika ini terpaksa di'rehat'kan selepas ini kerana bila tibanya musim yang lebih sejuk, tanaman2 tropika tidak lagi mengeluarkan hasil mahupun hidup dengan subur..pada ketika itulah harga sayuran tropika ini pulak melambung dipasar...

Hmmm..apa pulak yang patut ditanam dikawasan luar nie selepas ini...^-^

Thursday, 4 April 2013

Telling Abang About Adik


Seorang ibu cuba memberitahu anak kecilnya yang berusia 3 setengah tahun yang dia bakal mendapat adik tidak lama lagi..berikut adalah diantara perbualan2 mereka...bahasa yg digunakan biasanya broken English yang senang difahami sianak (so harap abaikan kesilapan grammar yer)

Perbualan 1 

Siibu:  Aidan, adik is here inside mummy's tummy..and aidan will be abang soon...
          (sambil meletakkan tangan anaknya itu diperutnya)
Sianak : Here, here (sambil menarik tangan ibnya ke perutnya) one abang also here...

huhhu..konsep abang adik fail....

Perbualan 2

Siibu : Put your hand here on mummy's stomach ... one baby is here...
Sianak : Yes..baby will come out from your mouth...

Mind setnya masih lagi ' mummy eat baby and that's why baby is inside here..." 

Perbualan 3

Sianak : Mummy i want baby
Siibu : Make doa to Allah to give you one baby....inshaallah Allah will give u one baby to play 
          with. You will love baby or not?
Sianak : Yes..yes.. I will
Siibu : You will take care of baby of not
Sianak : Hmm.hmmm.. I will
Siibu : You will beat baby or not 
Sianak : No, no ..will not.. I will take baby to masjid with me...

So itulah pencapaian so far..tak tahulah sejauh mana dia paham baby akan hadir dalam family sehinggalah masanya tiba...

Kadang2 terpikir jugak bila adik dah kuar nanti..tak dapatlah abang tidur dan bermanja dilengan mummy seperti kebiasaaannya kan..will miss semua tu.....


P/S : Macam mana pengalaman rakan2 didalam memberitahu anak2 kecil kalian yang mereka bakal mendapat adik? 

Wednesday, 3 April 2013

[Wordless Wednesday] Kuih Bom Made in Fiji

After almost 5 years...
Kuih yang menjadi feveret suatu ketika dulu..
Akhirnya berjaya dibuat sendiri..:)


Macam terkurang bijan sikit kan...
Namun rasanya tetap tiada yang kurang..:)
Resepi ilham dari sini

Tuesday, 2 April 2013

Setting up Cooler Season Garden

Musim yang lebih sejuk inshaallah biasanya akan tiba pada penghujung May. Dalam 3 bulan cuaca bertukar menjadi lebih sejuk lebih sedikit, kurang cuaca di Cameron Highlands lah. Oleh itu bagi kebanyakkan pekebun tegar itulah masanya dimanfaatkan untuk bertanam sayur seperti kobis,tomato, cauliflower, tomato, sawi dan sebagainya..Even yang bukan pekebun tegar pun biasanya akan cuba2 bertanam jgk waktu nie sebab subur kan...

Actually sesetengah sayuran perlulah ditanam lebih awal  untuk mendapatkan hasil right on time seperti kobis, brokoli dan bunga kobis. Sayur2 nie mengambil masa lebih 4 bulan jgk sebelum matang dan dapat memungut hasil..sebab itulah planning awal untuk menanam tuh penting....

Alhamdulillah tukang kebun pun telah put some effort dalam susah payah hendak move around dan menggunakan tenaga lebih2..sebab taknak sia2kan tanah & peluang yang ade..jom tengok kebun untuk musim sejuk nie... 

 Sebatas kobis bulat yang telah berusia dalam 2 bulan..

 Alhamdulillah semakin membesar..so yang nie takyah risau2 dan perlukan lebih2 perhatian sangat..

 Batas untuk brokoli..sebagai percubaan samada boleh dapat hasil atau tidak..pembesaran tidak sekata kerana gangguan hujan yang kerap hampir2 merosakkan anak2 yang masih kecil...

 Anak brokoli dalam usia sebulan lebih..

 Cauliflower atau bunga kobis..mencabar benar untuk membesarkannya kerana musim hujan yang kerap..anak2 cepat mati dan lambat membesar... (tengok dalam batas macam tidak berapa ketara kan..) 

Anak bunga kobis yang berusia sebulan lebih pun masih lagi kecil...lambat benar membesar

Tomato..yang ini adalah new batch actually...sayangnya yg ditanam terlebih dahulu dah besar dah namun musnah kerana tak tahan ditimpa hujan yang kerap...jadi kena tunggu lama sikit untuk yang nie membesar ..

Dan yang paling tidak diduga..sayur kobis putih dapat ditanam awal pada tahun ini berbanding dengan tahun2 yang lepas..kami nie dah dikira terlambat bila dekat pasar sayur nie dah berlambak....

Alhamdullillah mereka nie survived dengan musim hujan yang kerap..dapatlah jugak merasa hasilnya setelah sebulan lebih..

Kini cuba menanam beberapa batches lagi untuk memenuhi kebun sebelum sampai masa yang ditunggu2....harap2 dalam 2 bulan mereka semakin besar dan boleh menjaga diri masing2 bila tuan tak dapat turun kekebun nanti..tuan kebun yang sorang lagi tuh pastinya akan overlook dan tak cukup tangan kerana banyak kerja kena take over nanti...tah2 bila masuk kebun nanti tak jumpa carik sayur kerana penuh dengan rumput rumpai dan semak....:)

Monday, 1 April 2013

Suva, Fiji Islands - Around the Town

Hari ini Easter Monday plak..cutilah lagi dan aktiviti biasa berehat2 dirumah..manalah ade kedai bukak hari nie pun kalau nak shopping2..big boss ade urusan sket pagi2 nie so dapatlah mengadap blog dengan harmoninya..:)

Anyway sambung sikit lagi citer pasal bandar Suva nie..kali ini inshaallah kita ronda2 dalam bandar tengok pemandangan..actually kebanyakkan gambar diambil oleh En. Abuaidan masa dia ke Suva last week (sebab hari tuh tak sempat nak ambik byk2..)..

Pemandangan hujung minggu hari Ahad dimana bandar kelihatan lengang kerana town tutup sempena church day..(hari utk pergi church)..hari biasa sibk macam bandar kita jugak...apapun layanlah gambar2 yang termampu dihidangkan..:)

Sebuah taman rakyat dipinggir pelabuhan..nampak tak kapal sedang parking...?


 Bangunan2 pentadbiran 


 Bangunan2 komersial diatas bukit..

Dipersimpangan yang selalunya sibuk namun lengang dihari Ahad



Sebuah bangunan lama..kurang pasti samada embassy ataupun church, intai2 tengok takder signboard mention...

 Inilah Pelabuhan Suva


 Kapal dagang dan juga penumpang..

 National Mosque yang masih dalam pembinaan...

Tidaklah semewah dengan pelbagai decoration jutaan ringgit seperti Masjid2 besar di Malaysia namun cukup untuk menampung jemaah dari seluruh bandar..

Maaflah yer sekiranya tidak banyak gambar dapat dihidangkan..ini kerana big boss pun rushing masa ambik gambar nie..inshaallah lagi entri yang lebih menarik coming soon... round island trip yang mana kita boleh lihat keadaan pulau nie dengan lebih jelas....inshaallah.

Nuffnang Ads