Musim yang lebih sejuk inshaallah biasanya akan tiba pada penghujung May. Dalam 3 bulan cuaca bertukar menjadi lebih sejuk lebih sedikit, kurang cuaca di Cameron Highlands lah. Oleh itu bagi kebanyakkan pekebun tegar itulah masanya dimanfaatkan untuk bertanam sayur seperti kobis,tomato, cauliflower, tomato, sawi dan sebagainya..Even yang bukan pekebun tegar pun biasanya akan cuba2 bertanam jgk waktu nie sebab subur kan...
Actually sesetengah sayuran perlulah ditanam lebih awal untuk mendapatkan hasil right on time seperti kobis, brokoli dan bunga kobis. Sayur2 nie mengambil masa lebih 4 bulan jgk sebelum matang dan dapat memungut hasil..sebab itulah planning awal untuk menanam tuh penting....
Alhamdulillah tukang kebun pun telah put some effort dalam susah payah hendak move around dan menggunakan tenaga lebih2..sebab taknak sia2kan tanah & peluang yang ade..jom tengok kebun untuk musim sejuk nie...
Sebatas kobis bulat yang telah berusia dalam 2 bulan..
Alhamdulillah semakin membesar..so yang nie takyah risau2 dan perlukan lebih2 perhatian sangat..
Batas untuk brokoli..sebagai percubaan samada boleh dapat hasil atau tidak..pembesaran tidak sekata kerana gangguan hujan yang kerap hampir2 merosakkan anak2 yang masih kecil...
Anak brokoli dalam usia sebulan lebih..
Cauliflower atau bunga kobis..mencabar benar untuk membesarkannya kerana musim hujan yang kerap..anak2 cepat mati dan lambat membesar... (tengok dalam batas macam tidak berapa ketara kan..)
Anak bunga kobis yang berusia sebulan lebih pun masih lagi kecil...lambat benar membesar
Tomato..yang ini adalah new batch actually...sayangnya yg ditanam terlebih dahulu dah besar dah namun musnah kerana tak tahan ditimpa hujan yang kerap...jadi kena tunggu lama sikit untuk yang nie membesar ..
Dan yang paling tidak diduga..sayur kobis putih dapat ditanam awal pada tahun ini berbanding dengan tahun2 yang lepas..kami nie dah dikira terlambat bila dekat pasar sayur nie dah berlambak....
Alhamdullillah mereka nie survived dengan musim hujan yang kerap..dapatlah jugak merasa hasilnya setelah sebulan lebih..
Kini cuba menanam beberapa batches lagi untuk memenuhi kebun sebelum sampai masa yang ditunggu2....harap2 dalam 2 bulan mereka semakin besar dan boleh menjaga diri masing2 bila tuan tak dapat turun kekebun nanti..tuan kebun yang sorang lagi tuh pastinya akan overlook dan tak cukup tangan kerana banyak kerja kena take over nanti...tah2 bila masuk kebun nanti tak jumpa carik sayur kerana penuh dengan rumput rumpai dan semak....:)