Main campak direct jer benihnya kat batas..berasak2 dalam tempat sempit..namun alhamdulilah boleh buat masak beberapa kali.
Showing posts with label Chinese Cabbage/ PakChoy. Show all posts
Showing posts with label Chinese Cabbage/ PakChoy. Show all posts
Wednesday, 16 July 2014
Saturday, 31 May 2014
Pakchoy Lagi..
Samakah keseronokkan menanam sayur dan memetiknya dari kebun sendiri atau memetiknya dari pasar?
Tentulah tak sama kan...yang dari kebun sendiri tentunya lebih fresh, organik dan boleh petik bila masa jer nak once ready...cuma yang dari pasar tuh tak perlulah berpenat lelah menanam menyiram menjaga bagai...
Cam pakchoy nie adalah sayuran yang telah ready di'ladangku' nak petik hari2, selang sehari pun boleh hingga habes..pastuh tanam balik yang baru..
Cam semalam dah harvest dengan gembiranya..
Inilah baru betul2 sesuai usianya tuk harvest..masih lembut dan daun pun dah cukup besar..
Masak apa?
Untuk seorang makan masak dengan sos tiram ala stir fry letak sikit isi ayam..kawan ngan nasik yang panas2 memang sedap weyyhh..
Lunch ari nie plak,
Style sayur campur tapi kat sini dorang panggil chop suey..pelbagai sayur dimasak bersama2 ngan ayam atau ikan atau udang dengan soya sos dan sos tiram..febret seisi keluarga..hampir2 tenggelam pakchoy dicelah2 sayuran lain kan...
Korang plak hujung minggu gini lunch kat mana?
Thursday, 22 May 2014
Pakchoy & Kuey Tiaw
Kalau ade dikalangan peladang yang paling zalim terhadap tanamannya, tiadalah terkecuali peladang sekangkang monyet di Ba Town nie..kenapa dia dikira zalim?
Kerana dia kurang belas kasehan pada tanamannya yang masih kecik..baru nak jadi muda remaja sudah dituainya..
Pakchoy nie eloknya tunggu seminggu lebih barulah besar sikit banyak 'isi' sikit tapi oleh kerana takdek stok sayur lain yg ready..maka jadilah mereka ini mangsa..
Mangsa kerana tuan peladangnya nak makan kuey tiaw...
Simple jer...tapi jangan underestimate kesedapannya ...heheh..angkatlah bakul sendiri.. sebekas nie dia sorang jer makan walaupun 3 round heheh...orang lain surrender sebab takut pedas...:) Setiap kali memandang gambar nie membuat aku telan liur lagi...huhuh
Korang bekfes ngan kuey tiaw goreng tak pagi nie? asik2 nasik lomak jer...aku sebenarnya jeles sebab takleh beli siap dah...huhuh
Sunday, 19 May 2013
Selera Dari Pak Choy Yang Ditanam
Alhamdulillah rezki yang pakchoy yang ditanam sebulan lebih yang lepas. Actually sayur hijau yang ditanam sendiri adalah jauh lebih baik dari yang dibeli dari kedai kerana lebih fresh..kita tak letak sebarang racun, dan bila nak petik boleh petik anytime..masak yang fresh2 gitu...best kan..
Selain sawi hijau, tuan blog lebih suka pakchoy dari sawi putih kerana pakchoy lebih lembut dan tidak begitu berbau berbanding sawi putih..rsnya pun lembut..masak 10minit dah cukup. Biasanya selalu goreng ngan sos tiram letak sedikit potongan ayam..namun kdg2 nak lagi simple masak air jer...lagi terangkat...:)
Pakchoy yang dimasak dengan cuma bawang besar, bwg putih, udang kering dan letak sedikit suhun. Memang cukup menyelerakan dipadankan dengan ikan goreng mahupun ayam. Boleh bertambah nasi kalau makan ala sup sayur gini...
Selamat berhujung minggu untuk rakan2 semua...agaknya apa aktivit dihujung minggu nie yer...?
Saturday, 6 April 2013
Menanam Sawi & Pak Choy (Kobis Cina)
Ini merupakan sawi dan pak choy (ataupun kobis cina) yang pertama ditahun ini dan juga dimusim ini. Benih yang telah disemai pada 19/3/13 baru2 ini..kini setelah hampir 3 minggu barulah sedia untuk dialihkan..
Anak2 pakchoy
Anak2 sawi.
Pada peringkat ini agar sukar unuk membezakan diantara kedua2 anak semaian ini, sehinggalah mereka semakin membesar dah membentuk dan yang bercorak lebih kekal. Apabila daun anak semaian terbentuk lebih daripada tiga maka agak sesuailah untuk dialihkan ketempat yang lebih kekal.
Dikongsikan sedikit bagaiman bagi menanam sawi dan pakchoy ini..
Batas tanaman disediakan mengikut keluasan yang dikehendaki dan dicampurkan dengan kompos serta baja asli, tanah digemburkan sebelum anak2 semaian dialihkan. Siram dengan air selama beberapa hari agar tanah menjadi lembut dan sebati sebelum dialihkan anak2 semaian...
Lubang kecil digali dan diletakkan anak pakchoy untuk ditanam (gambar kuning sedikit krn pencahayaan kamera)
Kemudian dikambus 1/3 drp bahagian batang dan akar..bahagian daun jgn ditutup dengan tanah..
Setelah anak2 sawi dan pakchoy dialihkan, siraman dua kali sehari pagi & petang untuk mengelakkan anak2 semaian daripada kekeringan...sekiranya cuaca panas, tutup dengan jaring untuk selama seminggu sehinggalah ana2 sawi dan pakchoy kelihatan kuat..
Anak2 pakchoy yang telah selamat dialihkan..
Biasanya sawi dan pakchoy mengambil masa sekurang-kurangnya 40 hari setelah dialihkan untuk matang dan sedia dituai hasilnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
