Kalau hari Isnin yang lepas melepaskan kekecewaan kerana buah kuih sagu yang tidak menjadi..walaupun resepi tuh dari blogger masakan yang femes...
Kali ini kita bercerita tentang kejayaan pulak..
Iftari semalam..macam tak cukup kuih sagu pulak tuk berbuka....hhuhuh
Sikit pulak baki sagu yang tinggal tuk aku buat percubaan yang kali ketiga...yang akhirnya menjadi seperti seadanya..alhamdulillah..
Yang second time aku cuba pun masih jugak lembik dan tak memuaskan ati....tapi aku makan jugak dan bagi si aidan yang akhirnya dia buat main kacau2 dalam bekas..hiiii geram btul aku taknak makan cakap taknaklah. ni buat main lak...
Anyway yang kali kedua dan ketiga aku buat tanpa refer resepi...aku cuma cuba pahamkan sifat sagu dan air...sebenarnya bila masak kuih sagu nie memang takleh guna banyak air..cukuplah direndam dalam air dahulu hingga kembang lepas tuh masak dengan sikit sangat air yang cukup untuk menjadikannya masak.
Kuih yangg sangat mudah, murah dan cepat untuk dibuat actually...cuma bab air jer perlu hati2..gula perang pun tak jadi masalah kalau kaler lebih dominan...dessicated coconut pun ok tak menjejaskan rasa...dalam masa tak sampai 10 minit pun boleh siap..cuma kena tunggu sejuk barulah boleh potong elok sikit...
Terima kasih yer kepada kengkawan yang beri aku sokongan moral tuk buat kuih nie..kerna koranglah aku tidak putu asa...Hmmm nak kena order sagu lagi nie nampaknya dari boss....:)
Ni klu makan sambil minum teh diwaktu petang mmg sedap ... :)
ReplyDeleteakhirnya, jadi juga....warna fev
ReplyDeletehaaaa...dah jadik pun..tahniah UAA...
ReplyDeletetu lah namanya Usaha Tangga Kejayaan...hihihiii...
Salam Jumaat Ummu...
ReplyDeletewahh..akhirnya menjadi kan kuih sagu... adui, dah lama tak makan...hehe
cantik & kemas jak kuih tu..
Haaa... kan dah semenggah skit rupa dia. Tahniah UAA.
ReplyDeleteItu dia gigih dan usaha tak kenal jemu akhirnya berjaya..
ReplyDeleteSekali buat belum tentu menjadi Ummu...akak pon kalau buat kadang2 terlembek.
ReplyDeleteSayangnya kt tab ni gambar teramatlah lambat loading..
ReplyDeleteNanti buat 'sagupal' pulak ya..sedap utk buka posa..
Tahniah UAA menjadi akak smpi skrg tak beri Cuba Buat kuih tu.. Selalu beli siap jer ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah akhir nyer menjadi juga selepas dua kali huhuhuu.. :D
ReplyDeleteJika berada di perantauan dapat buat masakan melayu memang nikmat dia lain dari yang lain kan :D
Ini baru betul kuih sagu sedap kuih sagu saya suka :) banyak ke ganti puasa ummu
ReplyDeletesedap.. suka sangat dengan kuih tu tapi setakat ni belum pernah cuba nak buat sendiri lagi.. bulan puasa nanti mungkin.. ;)
ReplyDeleteCantik! Usaha tangga kejayaan...:D
ReplyDeleteyeyeh... msti puas hati time mkn kan kak
ReplyDeleteAssalamu'alaikum UmmuAidan-Arissa
ReplyDeleteCantik jadinya tu. Diurap dengan dried coconut flakes ke tu?
ini ke kuihnya kak? ya Allah ampun. fav sy ni. sy panggil kueh sirap. sebab bila mkn rsa sirap.
ReplyDeletebtul tu. air kena pndai agak. 1st time sy buat kmarin mmg lembik habis. dh lama2 main agak2 je air dia.
kuih ni buh gula merah cair dan susu cair.. sejukkan kejap dlm peti es.. tudiaaa.. mabeles!! fav utk bulan puasa esk.
Kalau bulan puasa kehadiran kuih ini sangat membantu melancarkan selera.....
ReplyDeletesalam UAA, napok sedak nye ummu...tahniah!!! ni mesti berebut ngan aidan tu....hehehe
ReplyDeleteSalam UAA,
ReplyDeleteWah menjadi dah kuih sagu! Mak Aji pernah try dulu2 tapi fail, x ingatlah pulak, rasanya terlebih lembik. Lepas tu x try lagilah, give-up terus. Mak Aji kalau poso2 ni ingat butir nangka, tapi semalam untuk berbuka x buat apapun sebab letih melepek. Last2 Pak Aji beli je kuihnya - tak sedap pulak tu! Sekarang komplenlah sebab semalam xleh komplen depan makanan, he he!
wah, syabas UAA… bulih jugok makan bronok hok srupo dengan kat kedai….
ReplyDeleteTu ore putih kato, practice make perfect!
klau nekcik buat utk makan dgn susu tu kna 1 mankok sagucyg dah rendam...2 manbkok air..klau tak sukat slalu terlembik
ReplyDeletesedap kuih ini walau simple tapi tak pernah buat...
ReplyDeleteRasanya tips dia kena rendam dulukan UAA...pas tu buh ayaq sikit je...barulah cantik jadinya
ReplyDelete