Datang mood nak makan soup yang ringkas dan sedap, like chinese style yang dorang tak letak banyak sangat bahan-bahan seperti soup kita yang ade segala macam sayur dan daging..Sayur no problem sebab boleh petik jer yang fresh2 kat kebun masa nak buat,cuma yang takder fishball..kehabisan stok..nak pegi beli mahu kena travel 4 jam..tak pasai..huhuh
Tanya makcik gugel camaner nak buat,banyak jugak resources yang berguna especially chinese people mereka memang rajin buat homemade cenggini..
Bahan tak kritikal, method pun simple..boleh buat sendirilah..
400g fish fillet yang nie jenis ikan cam talapia..kalau kat M'sia leh guna ikan talapia mahupun ikan parang yang banyak isi..senang nak bersihkan.
Setelah diasing dan dibuang kulit dan tulang.
Nak lebih tradisional cincang jer ngan pisau besar..tapi kalau nak cepat dan malas sikit boleh guna food processor. Guna 1sb tepung jagung, 1/4 lada hitam, lada putih serta 1/2sk garam dan sesudu besar air..blend jerlah sampai nampak lumat.
Yang dah siap kisar.
Nak bentukkan gempal dengan tangan lepas tuh tekan keluar sikit dan kaut ngan sudu biar berbentuk sikit bulatlah..practice makes perfect.
Kemudian masukkan dalam air panas yang sedang direbus..masak sehingga bebola terapung diatas. (abaikan periuk hitam tak lawa tuh..khas tuk merebus tuh)
Kejap jer dah siap, sambil main2 ngan Arissa jer hehe..ade rupa yang kat kedai tak..heheh..taste memang sedap sebab banyak isi ikan dan bukannya menggunakan banyak tepung seperti yang komersial. Nie bolehlah disimpan dalam freezer dan digunakan anytime bila perlu.
Setellah fishball soup yang ringkas. Ala chinese tanpa perlu tumis bawang..sayurnya fresh kangkung dari ladang..very healthy diet nie..
Setellah fishball soup yang ringkas. Ala chinese tanpa perlu tumis bawang..sayurnya fresh kangkung dari ladang..very healthy diet nie..
Kalau ade yang kesiankan UA kan sebab asyik kena homemade jer bila perlukan sesuatu yang tak terdapat dengan senangnya, actually for me homemade nie adalah exciting sebab kita boleh belajar membuat sesuatu sendiri, pulak tuh fresh dan tiada bahan awet..kalau tengok laman western people cukup respect ngan mereka yang tahu banyak homemade nie..full time housewife pun kenalah kreatif dan tambah ilmu jugak kan.
Pada kakak bukan kesian tapi kakak salute sebab ummu dlm kategori ibu/isteri yg pandai mencari yg terbaik dlm hidangan yg dijamu pada keluarga. Makanan terjamin bersih dan sedap lagi.. Kakak ni tak pernah buat fishball, kalau meatball adalah itupun dek kerana nak buat bakso..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummu....
ReplyDeleteHomemade lah yang paling sedap Ummu.....sebab kita yang buat sendiri dan tahu apa yang dimasukkan....segalanya ikut selera kita...:D
Best jadi fulltime housewife cam Ummu ni, memang dah banyak dah saya belajar, bukan cam skg ni masa sangat terhad...huhu
Betul tu akak setuju Ummu, kadang2 keadaan membuatkan kita lebih kreatif, lebih rajin dan menjadi lebih pandai.
ReplyDeleteHomemade adalah yg terbaik, tiada campuran bahan kimia. Semua orang boleh melakukan mengikut kadar dan upaya sendiri. Cuma org Malaysia malas nak tanam sayur kerana sayur boleh dibeli di depan mata. Kalau dah terpaksa baru mereka serajin Ummu barangkali...
ReplyDeletebanyak ilmu dari pengalaman ni... caiyok2 UA... teringin gak nak buat ni namun bila beli ikan mesti habis dimasak macam2... tak sempat nak mengfishball!
ReplyDeletesalam UA, cantik nmpk mcm doh...putih betul isi ikn tu...pasni blh try jgk lah..
ReplyDeletemmg terbaik lah klu home made ni Ummu... dah pastinya proses membuat bersih.. sedap plak bila dah masak tu...nyum! laporrr...
ReplyDeletemmg terbaiklah ummu...rajin
ReplyDeletebuat sendiri-terjamin kesedapan dan kebersihannya
ReplyDeletewah menyelerakan kan sup ni...kalau buat mee rebus pun sedap kan...betul sy suka homemeade sebab boleh makan banyak2 puas hati
ReplyDeleteUA...ikan parang rasanya tak sesuai buat fishball sebab banyak tulang...
ReplyDeleteRajin dah tu buat fishball sendiri kalau OKje agaknya terus tak payah makan fishball walaupun teringin hehe..
Guna tepung jagung yeh,....bukan tepung ubi...
Nyam2.. homemade terbaik ni.. kami mesti cuba buat jugak..
ReplyDeleteoo... guna ikan talapia ye. Nampak cantik skit warna putih. Biasa saya guna ikan selayang. Bapak le banyak tulang. Kena tumbuk dulu guna lesung batu nak bagi tulang tu hancur. Pastu baru bebola kan. Tak letak tepung pun.
ReplyDeletetak berminyak dan homemade dan sihat...terbaik. :)
ReplyDeletenak try buat nanti.. sebab bahannya senang.. ;)
ReplyDeletesis, you are so capable. no i tak kasihan kan u but i kagum okay! sis, i try to do before but fish ball tu tak ada tekstur kenyal like store bought one..banyak kerja. but the way u wrote macam senang ja ...really a healthy & nutritious meal
ReplyDeletemmg sedap & berkhasiat sgt .. & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !
ReplyDeleteHomemade is always the best !
ReplyDeleteIt is fresh.
Lebih sedap.
Takda added preservative/chemical.
ni memang sihat mihat sesangatni... buat sendiri lebih terjaminkan...
ReplyDeleteKebetulan pulak saya semalam makan mee sup ltk sawi & calong(fishball)....fishball noodle soup versi terengganu....tp fishball tganu ni simple je....letak salt n blackpepper je takyah letak tepung pon....:)
ReplyDeleteTak kesian la, memang respek sangat dengna orang yg masak from scratch ni. I myself tak suka bahan perasa aka msg, atau ready made paste ni semua, unless betul2 perlu la, and selagi boleh buat sendri, buat la.
ReplyDelete