Thursday, 17 April 2014

Bertahun Lamanya Rindukan 'Badok'

Walaupun dah berpuluh tahun meninggalkan memori masa kecik2 dulu..namun tetap aku ingat akannya..

Badok nie masa kecik2 dulu bila mok aku beli kuih kat kedai pagi2, mesti beli badok nie lah..badok nielah jugak kami adik beradik berebut..

Masa berlalu tanpa disedari..bila sesakali balik tidak lagi aku jumpa Badok nie walaupun yang lain ade jugak yg masih kelihatan..

Sudah pupus agaknya badok nie..

Pernah aku aku gugel cari camaner nak buat badok nie..namun sungguh tak percaya badok nie takder orang pernah tulis tentangnya...adakah orang2 kelate asli tak tahu, tak suka atau sudah lupa..?

Aku? akutak pernah lupa akan rasanya yg manis serta garing diluar, namun sedikit kenyal dan rasa kelapa muda yang enak didalam...

Lama aku memendam rasa nak makan badok nie..kerinduan yang bertahun lamanya..

Hinggalah hujung minggu yang lepas bila aku menelefon mak nun jauh disana..sambil berborak2 tetiba teringat akan nak tanya camaner buat kuih badok nie..

Terkejut mak aku..mengidam ker? ehh ehhh eh..belum belum..Acicha belum bersedia nak jadi kakak lagi..hehe..

Mak aku tak tahu camaner nak buatnya..tapi memang bernasib baik kerana kakakku yg umah nya dekat umah mak aku ade disitu..tak sangka aku dia tahu buat badok nie..? napalah tidak aku tanya dari dulu lagi kan...isshhh issshh isshhh...

Nasib baik aku ade lagi kelapa muda yang dah parut aku simpan dlm freezer..juga sedikit tepung beras yang tinggal dalam simpanan..

Bila En.AAAdah pegi kerja, apa lagi ade kesempatan..berbadoklah aku...heheh

Campuran kepala muda yg diparut serta sedikit garam..menjadi doh yg boleh dibentuk (tidak lembik, tidak keras..kalau lembik tanpa tepung lagi)..

Dirupa ala donutkan ia..

Setelah digoreng

Akhirnya disira dengan gula..



Alhamdulillah..sungguh aku tak sangka begitu senang nak buat kuih badok nie..cuma agak berbeza bila dinikmati setelah sekian lama..kalau dulu aku suka sangat dengan salutan gula yg tebal namun kini kalau banyak sangat gula memang takleh terima sangat..sib baik aku sira nipis jer gulanya..:)

p/s - aku masih lagi tak paham kenapa dipanggil badak..apa kaitannya ngan binatang tuh? yg cucur badak tuh pun kenapa badak jugak dapat nama?badak berendam?  huhuhu

Wednesday, 16 April 2014

[WW] Main 'Anok'


 Permainan kami masa kecik2 dulu..terkenang memori..hehe..sajalah aku buat tuk Aidan main2..tapi Aidan panggil nie monkey..



Tension muka tengok adik rosakkan baby monkey..



Korang pernah buat dan main nie masa kecik2 dulu tak..?

Tuesday, 15 April 2014

Nyaris Termakan Racun

Kebelakangan nie aku perasan yang sawi putih En.AAA tanam tuh semakin besar dan sedang elok jugak untuk dipetik. Masa dok menyiram semalam dok berkira2 yang aku harus tuai nie esok atau lusa..boleh masak bersama2 ngan sup atau buat bihun ker kan..


Pagi nie perasaan nak makan bihun tuh menguat. Pagi2 lagi aku rendam bihun..so lepas tidurkan Arissa aku pun pergilah amek beberapa pokok sawi putih tuh...

Entah camaner terdetik plak dalam hati... En.AAA nie letak racun ker tak nie sebab hari sabtu lepas dia ade tanya pasal racun sebab sawi nie dah banyak yang kena serangan ulat..nak kena sembur sikit bagi mati ulat2 tuh..

Malangnya dia takleh jugak nak letak racun sebab racun dah habes dalam simpanan..

So aku dalam dua,samada nak tanya dia yang dia letak racun ker tak atau aku terus jerlah masak..

Namun gerak hati lebih kepada nak call dia..nasib baik dia takder kelas masa tuh (biasanya kalau ade kelas dia takkan amek call)..

"I put the poison last night .." katanya..

Ya Allah ..nyaris..nyaris...rupa2nya Allah masih sayangkan aku lagi..masih berpeluang tuk susukan Acicha lagi..Alhamdulillah..kalau tak ntah apa yang bakal terjadi pada aku dan Aidan kerana kami berdua jer yang makan bihun goreng...

 Terus buang kat luar rumah..basuh tangan ngan sabun cuci2..(nie gambar dah petanglah yg layu tuh)

En.AAA actually tak expect yang aku nak harvest dah sawi tuh..lagipun taklah sebesar pada padanya sawi tuh...lagipun dia letak racun malam tadi dan terlupa nak inform pulak..hmmmm

Jantan Betinanya Sibetik

Aku pernah terbaca dalam blog Kak Puteri Purnama tentang jantan & betina pokok betik yang dapat dikesan sewaktu mereka baby lagi iaitu daripada akarnya..boleh baca sinilah tuk tambah ilmu..

Tapi satu masalah ngan tanam betik nie adalah nak untuk dapatkan anak pokok yang kuat dan cepat berbuah. Dalam enrti dulu, Kak Zakie bagi petua bapaknya tanam betik adalah dengan tabur benih dalam lubang dan tidak alih2 dah  lepas tuh..inshaallah pokok akan menjadi lebih subur dan kuat dari yang dialihkan dan ditanam ditempat lain..

Aku dah cuba dua2 cara dan terbukti betul seperti yang petua Kak Zakie tuh. Cuma...

Cuma (sorry yer kakzakie) bila aku cuba kaitkan dengan ilmu untuk mengetahui jantan dan betina pokok betik daripada blog Kak Puteri Purnama, dimana kita perlu cabut dan tengok akarnya tuk mengetahui jantan betinanya itu..kalau cabut tengok, tanam balik biasanya pokok tuh tak sekuat yang tumbuh tak beralih2 dah..

Satu permasalahan, kenapa perlu discriminate in between jantan dan betina?

Kerana pokok yang jantan akan menghasilkan bunga jantan..manakala pokok betina menghasilkan bunga betina (dan mungkin jantan juga) bila mereka berbunga (harap betulkan jika aku salah yer)

Macam yang aku discovered pada betik yang aku tanam secara tanam biji direct pada lubang tanpa alih..dimana banyak benih ditabur dan banyak jugak anak2 akan tumbuh..cuma pilih satu yang dirasakan paling bestlah..

Cam yang nie dipilih oleh En.AAA lepas pokok tumbuh dan menjadi besar hanya 1 sahaja berpeluang meneruskan penghidupan yang lain kena berkorban..fair tak?

So bila pokok nie dah berbunga dalam 3 bulan usianya, barulah kami dapat tengok bunganya dan mengetahui apakah boleh berhasil ker tak pokok yang ditanam..

Seperti orang yang mengharapkan sangat anak perempuan namun akhirnya dapat anak lelaki jugak..apakan daya tak dapat mengatasi takdir kan..satu pokok semuanya bunga jantan sahaja..sib baiklah cepat jugak berbunga..kalau dah setahun  lebih baru berbunga dan jantan lak tuh? huhuhu..haru ke biru..

Bunga jantan beginilah..tidak membentuk kelopak seperti bunga betina..kalau tiada kelopak tiada sistem pembiakan bagaimanakah ia akan membiak berbuah kan..

 Beginalah kalau betinanya..indah putih berseri  bunga berkelopak..menjadi tarikan tuk pendebungaan..

 Pokok yang mempunyai bunga betina*

So apa nak buat bila pokok betik berbunga jantan? Kalau kami amek golok cantas sahaja batangnya rapat2..tapi awas pokok betik boleh tumbuh dari batang yg dicantas selagi tak dicabut akarnya...so cabut jerlah senang cerita kan..:)


*sori tidak dapat nak dipastikan samada pokok nie cuma berbunga betina sahaja atau kedua2nya. Jika pokok berbunga betina sahaja, ia memerlukan pokok kedua untuk persenyawaan (pollination). Ade pokok yang mempunyai kedua2 bunga jantan dan betina, jadi tidak memerlukan pokok yang kedua tuk pollination. Ade jugak yg berbunga bisexual dimana ade bahagian jantan dan betina pada bunga yang sama dipanggil perfect flower..semuanya bergantung kepada variety betik tuh dan jugak paling pentingnya kuasa Allah yang Maha Berkuasa menciptakan segala sesuatu mengikut kehendakNya.. 

Monday, 14 April 2014

Nasi Lemak Ayam Berempah

Menu lunch ari nie...En.AAA cuti hari nie sekolah nie, hari Vasakhi ker tak silapnya..tapi A besar sekolah jer ari nie sebab dia kan sekolah kat Muslim school. Bila big boss ade kat umah mestilah kena masak bezz bezz sikit kan..

Bezz bezz pun bekfes tadi cuma biskut kering ngan air teh serta oat masak dengan susu jer..

Sebabnya dah plan nak masak lunch special sikit kang...

Special2 pun nasik lemak jer lah..heheh


Tapi best lah sikit sebab aku dah awal2 lagi buat perancangan tuk masak ayam goreng berempah..lama dah tak makan..so while En.AAA sibuk membersih dan menyiapkan ladang, bini dia pun pepagi jugak sibuk memasak ditemani ngan anak dara kecik..tak panjat kaki ari nie sebab dok dalam walker kan..tapi sambal yg versi manis tuh plain jerlah takder ikan bilis sebab dah abes stok..yg fresh ikan bilis kat sini pun dah abes musim..

Oleh kerana makan nasik lemak bertambah2 maka mulalah rasa mengantuk nie..tapi rasa cam tak puas makan kan..nasik lemak biasanya aku suka jer ratah gitu jer tambah2 yang berkerak..ooohh dapnya..tak sedar boleh abes bersenduk jugak gitu kan..:)

Nuffnang Ads