Monday, 18 November 2013

Hanya Mampu Lihat Sahaja

Kalau korang masih ingat lagi, dulu ade cerita pasal sebuah pokok mangga jiran dirumah sebelah yang tak berpenghuni (entry nie). Kini lebih sepurnama sudah, mangga pun telah masak, namun tuannya pun tak nampak muka jugak.

Adakah korang ingat mangga tuh terbiar gitu sahaja kan..since ianya ditepi jalanraya dan memang takder sapa datang amek hingga ianya semakin banyak yang masak..

Abuaidan kata kalau terbiar begitu dan menyebabkan pembaziran, hukumnya menjadi harus pulak untuk diamek (kang dalam islam membazir tuh sedara setan), jadi tidak mengapa jika kami ambik berpada-pada sahajalah asal tidak membazir..

Jadi, adalah tiga kali rasanya Abuaidan kait dengan galah yang terus masuk bekas (galah rekaannya) tanpa jatuh dilaman yang takleh nak amek..beliau tak panjat..dan adalah tak sampai 20 biji pun kami amek makan...Alhamdulillah.

Kemudian seminggu lepas nampak fijian family ade panjat pagar, makan setakat yang mereka mampu yang dah masak..takperlah rezki mereka..

Kemudian hari sabtu lepas, adelah sekawan budak-budak Fijian 4 atau 5 orang datang meng'harvest' mangga dipokok tuh..


Hanya mampu melihat dan mengintai dari dalam rumah sahaja (disebalik screen tingap-kat sini kebanykkan umah guna screen) mereka nie panjat pagar, panjat pokok. Yer lah bukan mangga kita kan nak larang pun..huhuhu


Kemain lagi sorang demi sorang panjat, tak perasan aksi dirakam..hehehe..siap goyang2 dahan ala monyet agar buah jatuh semuanya..


Haa amek ko,dekat 4 guni..habes sepokok kena harvest dalam masa tak sampai sepagi. Nak kata apa bukan hak kita, dah rezki mereka. Abuaidan kata mereka amek banyak2 mungkin gie jual kat pasar, banyak boleh dapat tuh walaupun tak semuanya masak, orang tetap beli..

Inilah yang tinggal, fruitless mango tree..mungkin ade less than 10 biji kot atas pokok tuh. 

Sedey? Taklah, takder rezki kami..setakat tuh jer..rezki budak2 tuh Allah dah tetapkan..No worry, rasa nak makan boleh beli lagi kat pasar.:)

Sunday, 17 November 2013

Crackers Pemusnah Diet

Seperti yang korang sedia maklum yang Ummuaidan Arissa nie kan suka buat2 homemade nie kan..terlebih rajin, takdek kerja carik kerja..huhuhu. 

Since sebulan lepas sibuk berdiet rendah kalori, makanya sibuk jugaklah mencari resepi dan makanan yang rendah kalori. Biskut umpamanya walaupun kecik saiznya, namun kalori agak tinggi, plain crackers contoh nya 2 keping dah 100 lebih kalorinya..malah ade lebih tinggi dari biskut yang berkrim..so daripada makan biskut yang tak berapa nak mengenyangkan tuh baik makan nasi setengah cawan..lagi kenyang sikit walaupun lebih sikit kalori ikut lauk plak.

Kerana datang jugak keinginan nak ngunyah, maka gugellah sana sini carik biskut rendah kalori, dengan tak semena terjumpa lak resepi homemade crackers..apalagi semangat berkobar nak mencubanya. 

Dalam pada dok membakar biskut tuh pun dah mula mengunyah dengan alasan nak try lah sedap ker tak hasilnya..anak jantan pun sama naik seronok ngunyah..


Batch pertama yang dibuat pada minggu lepas memang sedap, lemak masin kerana butter dan seasoning ngan garlic powder..kejap jer dah abes, takleh nak brenti makan..tak nyempat simpan tuk big boss..dah selamat. 

Dengan itu jugak tergendala segala diet..lagi kuat dugaan ngan crackers yang dibuat sendiri..makan bagai tak hengat..ahh ..macam addicted lah..:)

Hari nie buat lagi sebab nak bagi big boss rasa..yang anak jantan lak laju jer mengangkut..biasa kalau  biskut lain memang susah nak suruh dia makan kecuali ngan air milo atau teh..yang mak dia buat nie makan gitu jer ..rangup dan hard to resist sebab ada rasa berserat whole wheat flour.

Ahh..tersangkut lagi diet...hmmm mmg tak kuat iman betul..:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dikongsikan resepi bg siapa yang rajin nak cuba, memang tak rugi membuat, cuma rugi menambah lemak!

Whole Wheat Cracker Recipe (source)

(makes 24)

1/4 cup all-purpose flour
3/4 cup whole wheat flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons butter
2 tablespoons olive oil
1/4 cup water

Preheat oven to 400 F. Line a baking sheet with parchment paper or dust with all-purpose flour. Put all the ingredients except the water into a food processor and pulse until combined. If you don't own a food processor, mix the ingredients by hand in a bowl until little balls form.

Add the water and keep running the machine (or mixing in a bowl) until the mixture forms a ball (add a teaspoon of water at a time until you have a dough ball). Dust your counter with flour and roll out the dough until it is 1/4 inch thick. Transfer to the baking sheet, add any additional spices, and cut into 24 pieces. A pizza cutter is a very helpful tool for cutting the dough.

Bake until lightly browned, about 15 minutes. Store in a container at room temperature for a few days (if they last that long).

For one cracker = 37 calories, 2.1 g fat, 4.0 g carbohydrates, 0.5 g protein, 0 g fiber, 57 mg sodium, 1 Points+

Saturday, 16 November 2013

Tip Berkesan Untuk Menghalau Semut

Kalau nampak semut buat barisan panjang dan menuju kedalam rumah, biasanya apa yang anda akan lakukan? Amek Ridset atau Sheltox terus sembur pada semut-semut tuh..? Jangan..kesian..mereka pun hamba Allah yang tumpang lalu, kadang2 berbaris bawa makanan atau telur..

Jadi, kalau tak mau membunuh mereka nie yang dianggap mengganggu dan menakutkan, cubalah petua nie,


Taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka yang menuju kedalam atau arah kedalam rumah, blok laluan mereka dengan meletakkan serbuk kunyit sepanjang jalan yang membolehkan mereka masuk atau lalu didalam rumah.. (abaikan dinding dan lantai garage yang kelihatan buruk dan usang tuh).


Lihat..tak sampai seminit mereka pun dan bertebaran dan mencari arah lain..tak masuklah kedalam rumah. Memang berkesan untuk semua jenis semut tanpa membunuh..

Teringat akan semut dalam kisah Nabi Sulaiman seperti didalam surah AnNaml (Ayat 18-19) :

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh." 



10 Biji Terung

Terung adalah tanaman sayuran yang tertua dilaman kami. Satu sahaja pokoknya..mungkin sudah berusia lebih 2 tahun kalau tak silap,


Makin tua, makin besar, makin lebat berbuah. Bila musim yang mendapat hujan yang cukup seperti sekarang (hujan  hampir setiap petang), buahnya memang banyak tidak berhabisan untuk dimakan oleh kami berdua, dak Aidan tak makan sayur nie.

Selepas yang lebih besar dituai, masih banyak lagi yang kecik menunggu masa.


10 biji terung yang dituai pagi ini. UA bukanlah penggemar terung yang tegar, selalu tak ade idea nak dibuat apa ngan terung selain ulam..kalau nak buat kari atau gulai putih pulak banyak M nyer. Kebanyakkan terung digunakan tuk masak kari style Abuaidan jer..

Pajeri 10 biji terung

Namun hari ini terbuka hati tuk masak pajeri terung since Abuaidan ade  kat umah ujung minggu,suruh dia kukur dan keluarkan santan dari kelapa..plus suruh dia tumbuk lagi kelapa tuk buat kerisik..senang kerja, masukkan bahan2 jer sampai masak. Sedap jugakkan sekali sekala makan pajeri terung yang rasanya manis2 gitu, dipadankan dengan ayam goreng..memang lunch yang menyelerakan..:)

Friday, 15 November 2013

Rezeki & Nikmat Yang Sepertinya Dihari Asyura

Alhamdulillah seperti yang kita semua sedia maklum semalam merupakan hari yang kesepuluh Muharram, iaitu hari yang dipanggil Asyura.

Semalam jugak alhamdulillah sempat menuai rezki Allah yang fresh dari ladang..

 Kailan, tomato, cili, baby corn serta kacang bendi. Sebagai rezki untuk berbuka puasa..alhamdulillah.

 Kailan dan baby corn dicampur capsicum dan ikan masin ala-ala kailan ikan masin.

 Sambal belacan dari cili, tak cukup cili kecil lada besar pun gasaklah, main mesin jer semua bahan..janji ade rasa sambal belacan cukuplah..:)

 Main course - Sup ekor yang penuh berlemak berkrim...termusnah-musnah jadinya diet..

 Ah..mesti ade telur dadar goreng jugak..baru complete nasi hidang yang selalu diorder bila makan direstauran...sesekali maka begini..puas hati jugak..:)

Agar-agar Oreo yang berserongeh..tak nampak biskut kan..bila dah siap lapisan susu tuh baru teringat yang Oreo patutnya duduk ngan lapisan susu bukannya milo..hmmm..sudah terlambat..namun masih sedap seperti seadanya..


Memasak seperti selalu tidak menjadi kesusahan..namun bila masa hendak bersantap yang selalu menjadi masalah tak dapat menikmati hidangan sebaiknya..maklumlah ngan baby haruslah sentiasa bersedia menunggu panggilan...:)

Nuffnang Ads