Peace be upon you all...
Sambung citer sikit pasal taufan hari tu (jangan bosan ya..:) ). Meskipun alhamdulillah tiada kerosakan pada harta benda mahupun nyawa kepada kami.. ada jugaklah sedikit kerosakan pada tanaman2 dan pokok2 dilaman. Actually before taufan dah expect the worst, so bila terjadi taklah sedih sangat....
Kita layan gambarlah tengok nasib mereka2 ini..ada yang masih ada harapan, ada yang sudah sampai ajal mereka....
Pokok pisang sudah selamat... mostly pokok pisang yang dilanda taufan tidak dapat bertahan..kat luar sana banyak yang kecundang.. Tercapai jugak hasrat Abuaidan nak clearkan pokok2 pisang...indirectly...hehe
Pokok limau mandarin dan limau kasturi..wpun pokok tidak tumbang namun hampir semua buah2nya telah selamat gugur kebumi. Beberapa biji sahaja yang masih lekat pada tangkai..tak dapatlah merasa mandarin oranges dari laman sendiri...huhuh
Dahan limau kasturi yang patah kena ribut..
Pokok nona yang cuba bertahan pada pagar rumah..kejutan besar buat mereka kerana 50% hampir tumbang. Namun alhamdulillah nampaknya seperti mengalami kejutan, daun2 kekeringan..namun pokok masih belum jadi arwah lagi...
Hampir semua buah nona menjadi seperti ini..hitam kekeringan walaupun yang hampir masak. Namun masih boleh dimakan lagi yang masaknya...alhamdulillah.
Pokok2 betik yang masih kecil yang ditanam didepan rumah jugak condong. Namun alhamdulillah sampai hari ini masih survive except 1 jer yang dah sampai ajalnya...
So overall not that bad at all alhamdulillah sebab walaupun hasil yang diharapkan dapat dikecapi tahun ini tidak kesampaian namun masih ada peluang inshaallah untuk merasa ditahun depan pula. Belum cerita pasal tanaman2 dikebun lagi nie...agak sadis jgaklah nasib mereka.....


