Monday, 22 July 2013

Sudah Datang Semangat Biskut Raya

Hari ini baru hari yang ke 12 puasa disini, namun mak dalam pantang nie dah bersemangat untuk membuat kuih raya..hehe..padahal bukannya hari raya nanti boleh melantak biskut atau kuih raya pun sebab masih dalam pantang kan..mungkin seminggu lepas raya barulah boleh beraya..hiiii bestnya..:)

Anyway perancangan nak buat kuih raya nie, mestilah kena ade kan untuk seisi keluarga (wpun mak pantang, dorang nak jgk merasa suasana raya) dan juga mana boleh tempah dihulu hilir mahupun dari Norihan Chocolate Bakery yang ade jual rempeyek yg laris dan sedap tuh..so order dari dapur cabut, tukang masak cabut  rumah nie lah jawabnya..

Meh kita senaraikan dulu apa yang dirancang2kan nak buat..mana tau kena gaya sempat buat dalam 2 minggu lebih nie..yg penting kena rancang..betul tak..

Calon-calonnya :

  1. Biskut kacang/ mazola
  2. Biskut suji
  3. Biskut Almond
  4. Tart Nenas
  5. Biskut gunting
  6. Kerepek bergula
  7. Marukku
  8. Sweet Puri
  9. ?
  10. ?
London almond semua tuh mmg takdapek rsnya nak membuat..tart nenas pun dah mencabar ngan takder acuan yg betul..tp sebab teringin kan...terpaksalah.

Biskut raya tahun lepas

So dalam 8 items yang diharapkan dapat dibuat..tak tahulah ngan anak kecik dalam pantang nie sempat ker tak..nampak gayanya kena kerah tenaga En. Abuaidan sebagai assistantlah jawabnya nanti...


Actually kalau tak buat..takkan nak tunggu yang orang bagi kan,..dah tu lak yg biskut raya melayu nyer mana depa tahu buat kan..lagi satu lak, En. Abuaidan lagi kena bawak biskut raya kesekolah ..mcm jamuan tea raya lah sikit2..:)

Doakan semoga berjaya yer..:)

Sunday, 21 July 2013

Masa Yang Sesuai Untuk Menuai Brokoli..

Alhamdulillah brokoli dari 'ladang' kecik kami telah mula berbunga sejak hampir sebulan yang lepas. Oleh kerana kesibukan menyambut orang baru dalam keluarga, maka tiada masa untuk monitor closely bunga brokoli yang terhasil sehinggalah waktu untuk memetik hasil yang sesuai..

Oleh kerana pertama kali mendapat bunga brokoli, maka tukang kebun kurang arif tentang handling nya..ingatkan macam bunga kobis yang perlu ditutup pada bahagian atasnya agar tidak rosak. Jadi sebelum bercuti bersalin, ditutuplah bunga yang terhasil tuh..
Seminggu lebih kemudian bila berpeluang menjenguk kebun, bila dibuka tutupan tuh alangkah terkejutnya melihatkan keadaan brokoli yang menguning dan terlebih matang..malah ade seekor ulat pun jgk sedang menikmati sayur yg best nie..:)

Yang ini terkemudian sedikit darinya. Juga telah menjadi matang sebahagiannya..bunganya seperti hendak sprouting sudah..jika dimasak pun sudah tidak berapa lembut sangat.


So daripada pengalaman yang kedua kali menuai brokoli yang terlebih masa..tukang kebun mengambil langkah lebih berhati2 dan peka..sentiasa look closely dan harvest sebelum bunga2 yang kecil menjadi matang..agar sayur ini dapat dinikmati dengan segar dan enak. So the right time untuk harvest adalah selepas dua minggu pembentukan..tidak perlu dibiarkan untuk menjadi lebih besar kerana ade limit jugak saiz bunga yang boleh dicapai..bergantung kepada cuaca setakat mana bunga boleh membesar..makin sejuk,makin besar dan subur.


Friday, 19 July 2013

Yang Terpaksa Kutuai

Nasehat rakan2 bloggers agar tidak berkebun tidak diambil sambil lewa oleh mak yang berpantang nie..namun gitu,tarikan untuk kesana tetap ade :)

Tapi taklah bermakna keluar umah pagi2 pergi kebun..berkebun..cuma curi-curi jer..heheh..alaaa dalam 2 atau 3 hari sekali jer jenguk..tuh pun ms tengahari dah..tak sejuk dah..sebab it breaks my heart tengok tanaman2 kesayangan seperti brokoli, bunga kobis dan cili kekeringan..en. Abuaidan pun tak berkesempatan nak jenguk pada hari bekerja..

Alang-alang jenguk tuh..nampak jugaklah yang mana telah sedia untuk dituai..takkan nak biarkan sahaja kan dok matang kat pokok..penat2 jer nanam..

Inilah yang diperolehi dari ladang semalam...

 See bukti turun kebun tengahari..sayur sawi tuh cam layu sket kan..ulam raja pun dipetik jgk..bolehlah buat ulam gitu saja tanpa budu mahupun sambal belacan..

Dapat jugaklah buat sup sayur ikut resepi berpantang kan..korang surenya tak terliur sayur yg camni..tp sedap nie..blh bertambah nasi silap2 nie (tuk ibu dlm pantanglah..)

Semalam ngan hari ini cuaca mendung jer..hujanlah jugak, alhamdulillah setelah beberapa lama tak ujan..dapatlah menyirami anak2 kat kebun tuh...

Thursday, 18 July 2013

Bila Dah Dua..

Menjawab pertanyaan Cik Puan Besar Okje, Aidan tak jeles ker ngan adik?

Daripada pengamatan unsur2 jeles tuh tak ketara sangat..(sebab lain caranya kalau dia jeles..cam ayahnya takleh dekat2 ngan maknya..mesti dia masuk line nyer..). Tapi ngan adik dia macam OK..cuma at the same time dia pun nak attention jugak..huhuh

Maknanya kalau tengah tidurkan adik tuh dia nie nak jugak tido disebelah bahu yg sebelah lagi.selagi tak benarkan ..selagi tuhlah dok melompat2 menjerit2...susahlah sikit kan sebab bila nak tidurkan baby perlukan suasana yang senyap...namun apakan daya..part of the raising children process kan ..kenalah sabar.

Gambar 2 beradik pertama kali dirakam..

Abang nie seperti kata majoriti rupa banyak ikut mak...yang adik masih terlalu awal nak judge kan..apapun kita tengoklah nanti ..inshaallah.

Awalnya malu2..sekarang pantang ade peluang nak jer dok dekat2 ngan adik..nak pegang tangan..cium..tapi takleh terlepas pandang sebab takutlah  nanti terkasar ker..budak2 bukannya tahu apa..

So far tiadalah cabaran lain melainkan nak handle kedua2nya sekali at the same time...  

Before Arissa lahir lagi dah decided yang kalau anak perempuan maknyer jerlah yang handle untuk menghormati dan menjaga maruahnya dari awal lagi..so ngan Arissa, si ayah takderlah banyak invlove dalam tukar diaper mahupun mandikan..kecuali bila simak dah tak larat sangat..that's why masa changing diaper pun asyik gaduh ngan siabang agar jangan dok busy tengok orang cuci poo poo adik...:)


p/s-alhamdulillah nie lama sikit cek mek molek tido dptlah wat keje umah ngan layan blog sikit.

Wednesday, 17 July 2013

2 Minggu Sudah..

Dalam duduk tak duduk, diam tak diam..rupanya dah 2 minggu berlalu dan usia Che Mek Arissa nie..heheh. Tapi masih panjang lagi nie perjalanan 44 hari pantang dan diet tension..huhuh


Alhamdulillah Arissa so far in good health, takder demam mahupun meragam. Cuma kalau cuaca panas tuh cepat naik ruam panas..tak boleh balut lebih2 atau pakaikan lebih2..sebab tulah bila perhatikan bahagian muka, dada dan lengan kalau berpeluh tuh banyaklah heat rashes yang kuar. Agaknya sebab masa ngandung dulu tuh asyik panas jer kot, tuh yg Arissa dapat tempias..huhu

Sekarang cuaca dah jadi sejuk,bila malam tuh tido mesti nak kena selimut tebal dan ber sweater..tapi Arissa kena balut berpada2 sahaja..yg abangnya lagilah kebalnya..selimut mahupun stoking memang allergik..tido ngan t-shirt lengan panjang (tuh pun singsing lengan) dan seluar track jer. Ade sekali letak selimut, dia terjaga tengah malam, boleh lagi bangun dan pulangkan selimut tuh balik dekat mummy..heheh.

Arissa kalau siang hari tidurnya tak berapa panjang, asik jer terjaga..tambah2 lak ade tukang buat bising dan tukang pemerhati bila nak tidurkan mahupun susukan adik. Tapi kalau malam tuh, alhamdulillah lebih panjanglah jugak..cuma jaga dalam 3-4 kali untuk susu.

Walaupun begitu, alhamdulillah sempatlah curi2 masa untuk buat apa2 yang perlu perlu sediakan iftari dan dinner tuk ayahnya, kemas2 apa yang patut dan berehat2 ngan blog nie..:)


Nuffnang Ads