Tuesday, 4 June 2013

Minggu Ke 38

Alhamdulillah selesai semua urusan pagi ini dapat jugak mengadap laptop nie kejap sebelum beransur untuk mengular kejap ditengahari..heheh

Actually pagi tadi ade check-up kat klinik..alhamdulillah semuanya ok, dah cukup 37 minggu yang dikira baby dah  cukup term untuk lahir bila2 masa..inshaallah. Namun daripada pemeriksaan doktor, baby dah turun, tapi belum tetap lagi dalam pelvik tuh...nampaknya either next week or minggu jangkaanlah (week after that)..wallahua'alm.

Pun dah setel urusan untuk transfer folder ke hospital lain yang lebih lengkap sikit dari segi facility dan kakitangan..cukuplah bad experience lepas branak kat hospital kat umah nie..hanyalah sesuai untuk orang2 yg kuat meneran sahaja..yang boleh beranak with less supervision dan bantuan..kalau tak leh teran jugak last2 kena gak gie hantar kat hospital yang kami transfer foldernyer tuh..so untuk precaution kan...lagipun hopsital 1 lagi cuma 30km sahaja dari umah..proses kesakitan pun will takes time kan..moga2 sempat sampai ..inshaallah..

Lama menunggu turn hari nie..kul 10am baru setel. Tengah jalan, jiran indon kat umah lak buka pintu suruh singgap borak2 kejap. Dah sampai umah ..kalut2 masak lunch dalam 1/2 jam..beres..tinggal lagi nak solat zuhur dan berehat2 kejap...


Ini lak budak yang malu2 kucing masa mula2 dok dalam klinik..ramai sangat pompuan ngandung kot yg malunya tuh..tak lama kemudian kemain lak lagi, boleh cakap kuat2 lak tuh "mummy, doctor has call you or not"..semua orang pandang dan gelakkannya..heheh..:)

Monday, 3 June 2013

Round the Island of Viti Levu, Fiji Islands - Part 2

Pada entri yang lepas kita telah round suku daripada pulau nie, iaitu bahagian Barat Fiji...rupa bentuk bumi lebih kepada bukit bukau..yang dihiasi dengan tanaman2 tebu...kali ini kita layan suku kedua pulak, (iaitu bahagian selatan) daripada pulau nie yang mana sedikit berbeza yang suku pertama..


Perjalanan suku kedua bermula dari Singatoka sampai ke bandar Suva, iaitu ibu negara Fiji, yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Layan sahajalah gambar2 dibawah ini yer tuan puan....jangan mengantuk sudah yer..:)

Setelah separuh dari perjalanan yang awal adalah seperti bentuk2 muka bumi bahagian barat dengan bukit bukau yang rendah tidak berhutan serta pokok pines..namun setelah sejam memandu kita akan mula menyusur jalan yang hampir ngan pantai...

Perhatikan bukit yang didepan jalan yang mana hutannya lebih kurang ngan hutan khatulistiwa di Malaysia...


Laut dan pantai yang indah dan tenang..

Sebelah kiri jalan adalah pagar2 yang memisahkan private beaches..

Kawasan yang dikenali sebagai Deuba..banyak chalet2 serta tempat untuk ber 'camp'. Area nie pun kelihatan seperti kawasan pantai di Terengganu danPahang kan...

Hotel yang bercirikan reka bentuk rumah tradisional ataupun 'Bure'

Resort yang cantik dan mahal nie...

Tidak ketinggalan juga resort yang ada kemudahan Spa...

Juga terdapat Canoe Club disini...sapa berminat bolehlah join..


Setelah menuyusuri pantai..kami tiba disebuah pekan yang dinamakan Lami..pekan kecil sahaja...

Kurang setengah jam dari pekan Lami..sampailah di Suva..yang merupakan bandar pelabuhan..

Kapal sedang berlabuh..

Inilah bandar Suva..entry yang lepas tentang bandar ini (kliksini)

Kemudian dalam perjalana balik from Suva kami membuat keputusan untuk melalui jalan yang disebelah timur pulak instead of melalui jalan yang sama..nak tengok jalan baru siap yang dibuat oleh kontraktor Malaysia..

 Inshaallah bersambung pada bahagian yang seterusnya...

Sunday, 2 June 2013

Beriyani Menjadi Nasi Tomato

Gara2 kena goda berlalu2 oleh Okje akan nasi beriyani..akhirnya tuan tanah pun kecundang jugak..mana tidaknya orang disana dapat makan nasi beriyani kenduri yang begitu enak..orang kat sini berkurun tak jumpa nasi beriyani..not even masa kenduri kendara...

Nak makan kena buat sendiri..nak buat kena google recipe..try and error..untung badan sedap..tak untung, lekat kat tekak jwbnya...hehehe

So google nyer google.. jumpa satu resepi yang cam gempak jer tajuknya..mcm dah konpiden habes mesti sedap nyer nanti...heheh.. pun mulalah operasi memberiyani..taklah susah sangat pun..takyah buat banyak2 lauk (sebab katanya ya ampun sedap)..semua masuk sekali...akhirnya terhasillah....


Nasi Beriyani Pakistan katanya resepi. Dalam dok men'try' tuh timbul kemusykilan..naper rasanya cam nasi tomato jer..ade masam2 sket...resepi tuh mesti tak salah kan sebab ikut taste tuannyer mestilah sedap pdnya..pd kita blom tentu..atau mungkinkah kerana kreatif sangat dok adjust resepi ikut bahan2 yang ade..tomato takde, letak tomato puri.. yang lainnya tuh tak material sangat jika terkurang...hmmmmm...

Alhamdulillah big boss jenis tak cerewet..tetap makan dengan bertambah2 lagi dan sedap tak sedap, tetap cakap "nice...very nice...".  Cuma small bos yang berani mengatakan..."not nice..i don't like" (berkali2 cakap tuh)..huhuhu sampai hati ko nak.

Sib baik semuanya habes jugak 2 kali makan...:)

Nasib Mereka Yang Terbiar ...

Hujung minggu ini nampaknya kami berhujan kat sini..smalam cuaca mendung, hujan seharian dan gelap..langsung takleh kuar kelaman tapi kuar jgklah ke bandar..last minute shopping...

Hari ini alhamdulillah setelah sedikit hujan dipagi hari..cuaca semakin clear..matahari juga telah muncul dan dapatlah jemur pakaian kat luar..Alhamdulillah..cuma terlalu becak untuk kekebun..

Dek kerana tukang kebun sibuk ngan urusan tanaman..semuanya nak tanam sebelum 'maternity leave' nanti..maka laman depan agak terbiar..terutamanya patch bunga-bungaan...

Inilah yang terjadi...

 Zinnia yang dah hampir jadi arwah...kekeringan dan banyak yang telah mati..si taik ayam yang menguasai tempat nampaknya...hajat dihati nak simpan benih tapi belum terbuat lagi..huhuh

 Si marigold atau bunga taik ayam nie pun wpun berbunga tapi pokok dah2nak menyembah bumi ..mungkin sebab angin kot.

 Nasib zinnia putih..hidup segan mati tak mau..Aidan asyik dok kerja petik bunga nie...

Keembung pun hidup sendiri jer selagi hayat dikandung badan...yg nie si tukang kebun kecik tak berminat nak petik..selamat..

Big boss dah mula berbunyi..katanya bunga2 tuh dia nak buang ..buruk sangat kelihatan..huhuh ..itulah kan tukang kebun mmg dah tak larat nak uruskan mereka nie...biarlah dia nak buang pun..nanti lepas 'maternity leave' mungkin leh tanam elok2 semula...inshaallah...:)

Saturday, 1 June 2013

Projek Tanaman 4 Jenis Cili

Kebelakangan ini agak tidak berpuas hati dengan bekalan cili yang ade di'ladang' sendiri.. hampir kepupusan bekalan dan bekalan yang ade tidak memuaskan hati..

Semuanya cili ..tp kepuasan yang berbeza..yang berwarna hijau tuh adalah cili yang asal dari tanahair...manakala yang kecik tuh cili hutan yang tumbuh sendiri. Cili dari M'sia semakin berkurang buahnya dan pernah keputusan, mungkin pokok dah tua kot..kerana tak mau tunggu..dah hijau pun petik dah...

Inilah cili cilik hutan yang tumbuh sendiri..berbuah lebat namun tidak puas makan..sangat kecik dan perlu kutip lebih banyak untuk sekali makan. Sebab tiada choice, terpaksa jugak amek cili hutan nie...

So untuk back up plan, projek menanam 4 jenis cili telah dimulakan dari lebih sebulan yang lepas..agar mendapat bekalan secukupnya...inshaallah..

Yang masih dalam semaian nie benih cili tempatan..ianya berbuah walaupun cili Malaysia tidak berbuah..so back up planlah kiranya...1st choice mesti cili dari tanahairnya...:)

Juga projek tanaman 2 jenis cili besar yang berbeza walaupun kelihatan bentuknya sama... yang gelap sikit dipanggil capsicum Red Cayenne..dan yang pokok lebih cerah mungkin jenis seperti cili kulai...ditanam dibeberapa lokasi agar kebarangkalian untuk berjaya lebih tinggi..inshaallah..

Macam nie lah cili yang ditanam..bentuk panjang2 gitu..bila dah berbuah nanti bolehlah tahu sama jenis atau tidak..:)..inshaallah.

Dan juga cili dari Malaysia..yang dijadikan warisan..turut disemai dan akan ditanam. Sememangnya cili M'sia yang terbaik untuk cili jenis kecil kerana rasa pedasnya mencukupi..

Cili Malaysia yang masih dalam semaian..

Nuffnang Ads