Sepasang suami isteri agak excited, berdebar-debar dan sedikit kerisauan menunggu kelahiran anak pertama mereka. Tarikh expected delivery telah hampir tiba, sisuami menasihatkan isterinya agar banyaklah membaca artikel2 diinternet untuk persediaan kelahiran. Hasil pembacaanya..si isteri mula mengajak sisuami untuk melalukan banyak berjalan untuk memudahkan bayi kelahiran.
Dua malam berjalan-jalan lebih kurang sejam, maka pada malam kedua setelah pulang dari berjalan dikota, setelah berehat2 rehat dan membuat persediaan untuk tidur tiba2 siisteri mendengar seperti letupan belon pecah dari dalam perutnya. Terkejut jugak dan excited pun ada, mungkin masanya telah sampai kot. Namun siisteri masih lagi ingat tips-tips yang dibacanya untuk memudahkan bayi keluar iaitu dengan memakan telur kurang separuh masak dan air milo untuk memberikan tenaga.
Setelah makan & minum 'terakhir' itu, mereka pun bertolak & register dihospital. Belum cukup bukaan kenalah tunggu dulu dalam wad sehingga cukup bukaan. Dalam kesakitan 'labor pain', ada pesakit yang menawarkan segelas air milo juga, diminumya sebagai mengambil hati. Oleh kerana sakit yang teramat sangat, termuntahlah siisteri dan keluarlah segala isi perut, hilanglah segala tenaga.
Masa yang ditunggu telah tiba, labor room dengan hanya seorang midwife yang menjaga dan menguruskan kelahiran, tiada seorang doktor mahupun nurse untuk membantu. Pukul 4 pagi, sisuami yang tidak dibenarkan masuk kewad mahpun labor room, pulang sekejap kerumah menguruskan barang2 kerana jarak hospital dan rumah adalah dalam 10minit memandu. Berduaan dengan midwife, beliau yang kerjanya asyik mencatat dan mengesan denyutan bayi, menyuruh siisteri tadi berbaring diatas katil dan meneran sendiri tanpa sesiapun disisi melainkan midwife yang rajin mencatat tadi.
Sekejap-sekejap dimarahnya kerana tidak berbuat seperti yang disuruh. Hatinya terpikir beginikah yang harus dilalui oleh semua wanita yang bersalin disini, walaupun first time? Hampir 3 jam tidak ada progress, emergency, sisuami masuk dan sisiteri tidak dapat bersalin, sibayi tidak dapat keluar, harus dipindahkan kehospital lain.
Didalam ambulans dengan oxygen mask dan glucose yang disuntik pada pergelangan tangan, ditemani oleh midwife yang 'bagus dalam mencatat denyutan bayi' itu menuju kehospital lain dibandar yang lebih besar yang jaraknya hampir 40min drive. sisuami mengikut dengan kereta dari belakang. Sebelum berpisah sempat lagi lagi mengucapkan thanks dan meminta maaf pada midwife pencatat tadi walaupun dalam hati teramatlah bengang.
Sampai di'labor's war' dihospital yang pernah mendapat anugerah baby friendly hospital, terus dibawa ke labor room dengan team yang lengkap seorang/ dua doktor, dengan hampir 10 jururawat dikanan kiri yang memberi sokongan padu. Salah seorang daripadanya kelihatan seperti lelaki dengan bermisai, gusar dihatinya malupun ada, macam mana boleh ada lelaki dibilik ini. Masa untuknya, namun sibakal ibu telah kehilangan seluruh tenaga untuk meneran.
Last option, inject lagi, bius lagi dan baby terpaksa disedut. Beberapa minut kemudian lahirlah bayi yang ditunggu walaupun tangisan yang ditunggu agak lambat berbunyi. Sedikit complication, bayi terpaksa dijaga diunit rawatan rapi dan diasingkan dari ibu. Siibu pula, menjalani proses penjahitan. Selesai proses ditanya pada doktor, "how many stiches?", jawab doktor "too much", kemudian ditanya lagi untuk kepastian "too much but how many"... sidoktor hanya tersenyum dan tidak mmeberikan jawapan yang tepat, mungkin dia pun tak terlarat untuk mengira jumlah jahitan yang terlalu banyak itu.
Selesai urusan menjahit dan rehat sekejap, siibu yang sudah hilang tenaga dibawa kebilik air untuk pembersihan oleh salah seorng jururawat bermisai tadi, lagilah dia berasa serba salah nak ditemani oleh si bermisai dalam bilik air, apalah nasib badan ini, namun no choice...
Setelah semuanya beres barulah siisteri dapat berjumpa sisuami dan mereka sama-sama menjenguk baby yang berada dirawatan rapi,
Alhamdullllah. Aaah bayi yang besar 3.25kg, patutlah susah nak keluar dan banyak sangat jahitan.
Alhamdullllah. Aaah bayi yang besar 3.25kg, patutlah susah nak keluar dan banyak sangat jahitan.
Kemudian rakan2 baik dan ahli keluarga mula datang menziarahi dan kesemapatan digunakan untuk bertanyakan tentang nurse bermisai yang diragukan tadi. "A woman, not a man.." jawab rakan2. Oooo nasib baik. Memang biasa wanita2 disini terlebih hormon testosterone...
wanita bermisai -gambar hiasan sahaja
Hari ini, 12/10/12 genaplah 3 tahun usia bayi yang telah dilahirkan dengan sedikit cabaran itu,
Happy Brithday and we always love you so much.
p/s: 1 month toilet training 90% lulus.


Sweetnye baca....A very happy birthday lil Aidan. May Allah bless you,semoga menjadi anak yang soleh kepada ummu dan abbi aidan dan menjadi hamba Allah yang patuh segala suruhanNya. Aminn. :)
ReplyDeleteThanks Ibuqis.. semoga doakan dimakbulkan..ameeen
DeleteHEPI BESDAY Muhammad Aidan Hussaynie... comelnye dier... :) mcm2 dugaan nak bersalin kan... banyak pengalaman kita... semua tu di jadi sebagai kenangan paling manis dalam hidup.. :) yang paling indah pernah kita rasa..
ReplyDeleteThanks Untie Jass.
Deletemmgg banyak dugaan...tpi bila bayi dah lahir hilang semua kesakitan kan...how sweet pengalaman bersalin...
comel jer yg 1yr tu aidan senyum...selamat hari lahir aidan.smga jd anak yg berjaya dunia dan akhirat yer :) meh turun kl meh..nnt auntie ayut beli kek utk aidan..leh mkn sama2x..hihi :)
ReplyDeletethanks aunti ayut..tak dpt tahun nie, tahun dpn aidan still claim lagi kek tu tau..boleh tak..hehehe
Deleteselamat hari lahir aidan, semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa diberkati Allah. Comelnya anak bujang ni!!
ReplyDeleteAidan ckp, Thanks a lot untie Ummu Madihah..
Deletewah! susah + mulia nya jadi mak! Bulu roma i berdiri reading ur bab bersalin. takut!!! haha..nurse perempuan bermisai! nightmare! hensem la Si AIdan tu. Tak mao la photo nurse tu
ReplyDeleteItulah betapa susahnya nak melahirkan kita bila ada anak baru sedar kan...heheh itu gambar hiasan jer lah moii..bukan nurse tu..hehee
Deleteepy birthday to u too ye sayang. luv from untie KA
ReplyDeleteAidan ckp thanks untie KA
Deletehepi besdei Aidan
ReplyDeleteThanks auntie rose..:)
Deleteselamat hari lahir aidan. moga menjadi anak yang soleh ;)
ReplyDeleteThanks acik MS...
DeleteOqh happy belated b'day aidan...semlm aunty tak sempat BW....
ReplyDeleteThanks untie dini..tak mengapa...
Deletesalam... sedihnya baca entry ni .. Auntie Mar dah expired waktu nak wish aidan Happy Birthday.. masa ni aunti tengah sakit kot... balik Sabah hari banyak hari juga sakit..mc lama..anyway happy belated birthday ya.. dah ada adik jgn nakal2 he.. pengalaman bersalin ni memang nasib kita la .. ada yg mudah ada yg sukar..anak pertama memang sukar.. menunggu pun memang lama.. anak kedua mudah sikit kalau jarak dekat.. HS dgn abannya 11 thn beza.. dah jadi macam anak sulung pula.. amalkan zikir Nabi Yunus selalu..
ReplyDeletekesian akak..sakit lately yer..
Deletemmg begitulah la kak bab bersalin nie..rs azab sakitnya, namun bila tgk muka baby hilang terus sakitnya...zikir tuh ade jgk amalkan.
masa nak pertama saya lahir, kami inginkan sangat normal delivery, tapi ALLAH maha berkuasa terpaksa cessarian sebab kepala anak mendongak dalam rahim.masa tu saya sorang saja melayan perasaan di bilik menunggu setelah bersama dengan isteri semasa nak normal delivery.
ReplyDeletebili keluar bagai tak percaya manusia yang seberat 3.6kg di tangan saya adalah anak yang 9 bulan di kandung...sampai sekarang kalau di kenang masih tak percaya