Hari jumaat yang lepas big boss tiba-tiba cakap kena make something untuk dibawa kesekolah on Monday sebab ade fund raising..kelasnya punya turn untuk berjual mual..huhuhu..so nak bawak apa untuk dijual yer? blur jugak..bukannya pernah masak banyak2 untuk dijual mahupun berkenduri..
So dia cakap buat Bara (masalodeh) sebab pernah buat sekali jer then dia sangat2lah suka dan sedap katanya..heheh (angkut bakul indirectly)..and buat Gulgula (ala2 jemput2 manis)..yg nie pun dia like so much tiap kali goreng..so kira yg dia approved lah tuh dicadangkan utk dibuat.. then cakap why not buat kerepek ubi..dia agreed tapi tak larat nak cabut serta cuci dan potong..huhuh
At the end..mendpt persetujuan tukang yg kena masak dan yg kena bawak kesekolah untuk buat just Bara dan Gulgula..kang buat karipap takut tak laku .tak pasal2 lak...:)..
Projek yang bermula pagi ahad lagi kena rendam dekat sekilo dhal .. lebih 10 jam jugaklah...sehingga kembang berganda dan lembut...kemudian petangnya sebelum maghrib blend guna food processor..
Kemudian campurkan ngan semua ramuan yang patut..daun ketumbar, daun kari hiris kecik2.. garam..bawang putih dan halia..simpan siap2 untuk digoreng pagi esoknya.
Pagi ini seawal kul 4.30am bangun..mix semua bahan2 untuk gulgula..ngan self raising flour,air, susu tepung..serbuh buah pelaga, gula dan buah kismis..biarkan rehat dekat sejam sementara habis solat subuh.
Proses menggoreng bermula kul 5.30am..menggentel bulat2..leper2..dengan2 buah kuali..big boss tolong gentel dan goreng masalodeh..bos kecik pun bangun seawal pagi..tukang bercerita bertanya2 dan food tester...:).
Dekat kul 7.00am siap kerja penggorengan, alhamdulillah..namun berpeluh-peluh dipagi hari tukang masak yang dah cepat panas dan berpeluh ...big boss keluar beli bread untuk breakfast...
Bara atau Masalodeh yang semerbak wangi dan sedap baunya dari jauh lagi..lebih dari 100 keping....mungkin 10 sen satu kot nak jual..
Gulgula atau jemput2 manis..rasanya lebih 150 biji kot..big boss kata nak jual 50sen tiga biji..
Semua pulangan dari jualan fund raising akan disimpan untuk kegunaan pihak sekolah katanya...takperlah..
By the time siap hantar dia kat pintu nak pegi kerja..terasa kepenatan dan kepanasan bagi nak pengsan..penat rupanya nak masak untuk berjualan nie kan. Next week katanya kena buat lagi...pengsan..pengsan...berpeluh-peluh lagilahlah jawabnya...:)