Sunday, 5 May 2013

Hukum Mengundi

Tentunnya anda sedang bersiap2 nak kuar mengundi hari nie kan..heheh..good luck yer..tuan belog tak dapatlah kuar mengundi sebab tak register sblm tinggalkan negara..nie rs sesal sket sebab now kedutaan dah ade facility untuk membolehkan rakyat yg berada diluar negara mengundi..

Atau adakah kita terasa malas atau tak kesah samada nak kuar mengundi atau tidak..? Sebagai orang islam kena tahu serba sedikit tentang hukum ngundi nie yer..agar tidak menyesal dikemudian hari. Meh kita sama2 baca tentang hukum mengundi nie yer...


Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Secara ringkas:

      Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam
      Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
      Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan     raya sahaja  iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
      Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.


Muhamad Zuhaili Saiman, Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Dari blog – Permata Perjuangan


SELAMAT MENGUNDI DAN BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK :)

Saturday, 4 May 2013

Cara Kami Menanam Kobis : Part 1 - Menyemai

Entri ini adalah perkongsian dari pengalaman sendiri untuk mereka2 yang minat berkebun dan bertanam sendiri sahaja. Moga2 perkongisian dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan info.

Mari kita cuba tanam kobis sendiri di laman..kalau beli kat kedai agak mahal kan ..kalau kat sini bukan season sebiji tuh boleh jadi $5 dollar (RM7.50) lah. Tanam sendiri inshaallah dapat menjimatkan belanja, menambah pengalaman berkebun serta boleh menjadi aktiviti yang menarik.

Kobis sebenarnya lebih sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai suhuh yang rendah, namun begitu tidak bermakna tak boleh ditanam pada musim panas..saya sendiri pernah menanamnya dimusim panas 'trang tang tang' alhamdulillah mendapat hasil yang berbaloi walaupun tidak sebaik yang ditanam dimusim yang lebih sejuk. Kalau nak tanam musim panas, perlulah diletak ditempat yang mendapat cahaya matahari kurang dari 70%..nak praktikal letakkan dibawah jaring..inshaallah dapat mengelakkan cahaya yang panas terik..dan kobis bolehlah terbentuk..kalau panas sangat biasanya takkan berlipat kedalam membentuk.

Langkah2 untuk menanam :

  • Dapatkan benih kobis daripada pembekal mahupun yang dijual didalam paket. Yang biasa saya gunakan dan sesuai untuk iklim tropika/ khatulistiwa adalah benih yg dibekalkanb oleh Yates dari variety KK Cross.
Pastikan benih yang dibeli adalah yang terbaru atau fresh seeds. Benih yang lama biasanya tidak akan bercambah sebaiknya.

Beginilah benih kobis kelihatan
  • Kemudian sediakan bekas untuk menyemai benih
cara menanam sawi
Pastikan bekas ditebuk dibawah dan sisi untuk membenarkan pengaliran air dan tidak bertakung didalam bekas.

cara menanam sawi
Isikan dengan tanah sekurang2nya melebih 3/4 daripada bekas.
  • Taburkan sedikit benih didalam bekas yang telah diisi dengan tanah tadi
Benih yang ditabur mengikut keperluan. Setelah itu siram sekurang2nya 2 kali sehari dan diletakkan ditempat yang tidak mendapat direct sun..untuk mengelakkan kekeringan.
  • Benih yang segar biasanya akan bercambah dengan cepat, selepas 2 atau 3 hari akan kelihatan sudah percambahan,
Benih yang bercambah selepas 3 hari

Anak2 kobis pada usia seminggu

Dalam usia 2 minggu lebih banyak daun2 yang terbentuk. Munculnya daun ketiga yang berbentuk gegiri menandakan anak kobis hampir sedia untuk dialihkan ketempat yang lebih tetap. 

Inshaallah pada bahagian berikutnya kita akan lihat bagaiman kobis dialihkan dan ditanam. 

>Happy gardening and Happy Voting< 

p/s - Rakan2 yang fr non gardening blog tak perlulah susah2 komen if not interested yer...:) 

    Friday, 3 May 2013

    Penantian Yang Membuahkan Hasil

    Salam Jumaat Semua,

    Kalau kita pikir2kan apakah sifat2 yang perlu ade dalam diri seseorang yang minat berkebun, pastinya kesabaran, rajin dan suka bereksperiman menjadi diantara ciri2nya. Kerana bila berkebun kita tak boleh mudah putus atas jika tanam sekali tak tumbuh kena tanam lagi kan..jika sayuran kena serang oleh serangga, jangan putus atas..cari jalan ataupun cabut jer & tanam balik...:)

    Bermukaddimah pulak untuk entri nie, sajer jer..cuma nak kongsikan sedikit berita2 yang mengembirakan tukang kebun atas hasil usaha dan kesabaran menunggu..alhamdulillah...

     Hampir 10 bulan menunggu kacang botor nie..barulah ada melihat baby kacang yang muncul dari bunga2 yang telah kering..first time tengok...:)

    Kacang panjang agak agak melewati masa..lebih 3 bulan berbunga tetapi tak nampak buah..namun lately kelihatan banyak baby kacang yang muncul..alhamdulillah burung2 telah mengambil rezki mereka dan kini bahagian kami pula yang tinggal..:)

    Bunga tomato yang pertamanya di tahun 2013. Local tomato tiada dipasaran sekarang..yang ade cuma imported yang agak mahal..somehow alhamdulillah dengan cuaca yang menjadi lebih sejuk sekarang dapat meransang perkembangan tomato inshaallah.

    Itulah beberapa berita yang menyenangkan kerana penantian akhirnya hampir berakhir..heheh..berita yang lain masih dalam progress..coming soon inshaallah.


    Thursday, 2 May 2013

    Mee Kari Desperado..^-^

    Semalam cuti hari buruh di tanahair, kami pun tetap cuti disini kerana cuti sekolah kan :). Somehow big boss tiba2 decided nak ke Suva atas satu urusan dan bermalamlah dia inshaallah, petang nie baru balik. So bila big boss takder, apalagi bini dia pun bereksperimenlah..heheh

    Dek kerana banyak sangat tayangan di blog kawan2 tentang mee kari nie..sapa yang tak jumpa bertahun2 maunya tak tergoda..ditahankan jer keinginan sebab tak cukup bahan..dan yang pentingnya takder bahan utama iaitu mee kuning...hohohoh

    Somehow kalau dah teringin kan mestilah kreatif dan redha walaupun limited bahan2 yang ada..so terhasillah mee kari yang mebeles nie..(izinkan tuan belog angkat bakul masuk sendiri yer..heheh)..


    Percubaan buat mee kuning sendiri tak berjaya..huhuh..actually ms balik M'sia dl ade beli mesin pasta tp sebab tercicir handcarry bag kat airport yang ade mesin pasta dlm tuh..makan putih matalah...kat sini mmg takder jual mesin tuh. Cuba buat ngan acuan marukku lak pagi nie..hampeh..liat sangat nak kuar lubang..yang kuar pun rupa cam ulat gonggok jer...heee lupakan lah mee kuning tuh. So mee kuning diganti ngan spaghetti ..


    Stock udang frozen pun takder kat umah..kerang jangan  mimpilah..tauhu, fish cake, fish ball semuanya jauh panggang dari api kalau nak ade..huhuhu. Sayur lak, sawi takder ditanam (takder benih) mahupun dijual yang ade cuma sawi putih jer..sib baik kan. Taugeh pun tak sempat  nak di homemade kan. Timun out of stock, cili besar merah, not available..Yang ade cuma ayam, telur ngan kentang jer..alhamdulillah kan..santan pun guna yang dalam tin jer..hhuhu

    Somehow mungkin sebab kempunan kot nikmatnya tuh tiada tandingan walaupun tak cukup bahan (cam kat kedai dah dah..ngehngehngeh..)...spaghetti pun dah tak ade beza ngan mee kuning..hehehe..apapun alhamdulillah merasa jugak. Inshaallah nak buat lagi dengan lebih banyak sket bahan..cuma mee kuning tak dapat den nak nolong...:)..nie dok nulis teringin nak makan lagi tuk 2nd round..sayang cuma buat sikit jer...huhuhu

    Wednesday, 1 May 2013

    [Wordless Wednesday] Keembung Pertama Saya

     Dari benih kiriman Nadia Rashid

    Baru kukenal...

    Pokok Keembong
     Keembong hidup sendiri dalam semak tanpa jagaan tuannya...:)


    ^SELAMAT HARI PEKERJA^

    Nuffnang Ads