Lautoka Market terletak dibandar Lautoka yang merupakan bandar yang ketiga terbesar di Fiji Islands. Gambar2 diambil sewaktu pergi shopping 2 minggu yang lepas..waktu tunggu big boss mengadakan appointment untuk fisioterapi (sakit leher nak digerakkan katanya) dekat hospital. Lama sangat nunggu..sempatlah round2 market tengok apa2 yang menarik...
Jom layan gambar sambal bercerita...
Dibahagian luar pasar..ade tempat untuk berehat lagi tuh..
Kemeriahan penjual2 dibahagian luar..
Luar mahupun dalam harga tetap sama.namun panaslah sikit..
Peniaga dikaki lima
Satu-satunya penjual pokok2..tak tahulah samada herba mahupun pokok bunga
Dibahagian dalam pasar..nampak tak yang $1 tuh adalah halia
Labu kuning yang banyak dijual..ini kerana labu nie merupakan sayur utama mereka yang dimakan bersama2 roti paratha..
Yanggona.. akar kayu yang dikeringkan untuk dibuat minuman yang menjadikan peminumnya 'lalok' dan berasa hepi...ikut ulamak haram nie..
Ubi keladi ataupu orang tempatan memanggilnya 'dalo'..pun salah satu makanan utama fijians..
Gerai yang menjual pelbagai jenis dhal..agak murah disini berbanding dengan di Malaysia..
Kelapa yang murah2...selonggok $1 (RM1.70).. namun tiada yang dah siap dimesin ..beli balik kukur sendiri...
Itulah serba sedikit berkaitan dengan Pasar Lautoka nie...pasar basah yang menjual daging mahupun ikan tidak begitu popular..kena pergi kedai yang menjual frozen meat ataupun fish kalau nak beli...