Sambungan dari entri lepas tentang bandar Suva nie...
Suva adalah sebuah bandar pelabuhan yang terletak dipersisiran pantai..dan juga pelabuhan dapat dilihat dengan jelas...
Kelihatan sebuah kapal yang begitu hampir dengan bandar..
Juga terdapat taman rakyat dipinggir laut
Pengangkutan utama adalah bas dan teksi...namun penduduk kota lebih memilih bas kerana lebih murah berbanding taxi..tiada komuter mahupun LRT..
Bas terbuka yang begitu popular..tiada cermin tingkap..jika hujan labuhkan sahaja tirainya..praktikal untuk negara yang panas...
Manakala coffee shops dan tempat makan yang biasa kita lihat ditanahair juga terdapat disini..Starbucks, Gloria Jeans, Nandos, Pizza Hut dan sebagainya semuanya ade..hanyalah tinggal persoalan halal atau tidaknya sahaja...
Restauran McD yang terbesar..Fiji Muslim League certified McD nie halal, namun tidak bagi KFC mahupun Pizza Hut..
Aktviti shopping kilat bersama big boss pada pagi Isninnya yang unfortunately hujan... namun diredah jugak untuk mencari apa yang patut...
This time Aidan with his permanent bodyguard..berpayung, berkopiah..
MHCC salah satunya shopping kompleks yang paling popular, namun dianggap high standard dan mahal oleh penduduk tempatan.. Kalau kita oklah ..taraf Sogo atau Jaya Jusco..byk departmental store jugak..
Pemandangan didalam kompleks..ramai jugak pengunjung..
Bahagian yang dikunjungi adalah bahagian pakaian kanak2..big boss kebahagian pakaian lelakilah..Pakaian untuk baby kat sini adalah lebih berkualiti dari yang diluar, walaupun kedai diluar jauh lebih murah..namun tidak kena dengan selera kita..orang kelantan cakap pakaian tuh nampak 'darat' sikit..huhuhu, bg diorang itulah yang disukai..apapun ikutlah selera & kemampuan masing2...
Pemandangan2 bandar yang berhujan... lebih kurang 2 jam jugaklah sebelum reda...nasib baik tak lebat sangat...
Big screen pun ade jugak..)
Sebuah kedai pakaian..
Overall untuk shopping, Suva nie bukanlah good place pun jugak..tapi better than other town..Shopping complex yang berkualiti very limited..kalau nak yang bagus2 dan berkualiti eloklah bawa stock siap2 dari tanahair..barulah kena dgn taste kita... Apapun hidup yang sementara ini..tak perlulah berlebih2 kan..cukup ngan apa yang ade..then bersyukurlah..:)
Somehow untuk pengetahuan semua, pulau yang kami tinggal nie tidaklah sehebat pulau2 kecil Fiji yang lain yang lebih terkenal sebagai destinasi perlancongan..namun pulau2 itu adalah tersangatlah tinggi kosnya untuk dijejaki..bagi yg betul2 berada bolehlah..:)
Somehow untuk pengetahuan semua, pulau yang kami tinggal nie tidaklah sehebat pulau2 kecil Fiji yang lain yang lebih terkenal sebagai destinasi perlancongan..namun pulau2 itu adalah tersangatlah tinggi kosnya untuk dijejaki..bagi yg betul2 berada bolehlah..:)