Saturday, 9 March 2013

Sayur-Sayuran yang Diimport Dari Tanahair

Sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia tidak semuanya terdapat disini walaupun terdapat persamaan dari segi iklim tropika (beza siki jer lah). Salah satu faktornya mungkin suhu yang berbeza, dimana di Fiji terdapat musim yang lebih sejuk (ala2 CH) yang tidak sesuai untk tanaman tropika dan cuaca cuaca panasnya dihujung tahun teramatlah panas. Kita perhatikan sesetengah tanaman boleh ditanam di Malaysia sepanjang tahun, namun tidak semestinya disini.

Benih2 sayur dari tanahaiair adalah semuanya dari kemurahan hati rakan2 gardening blogs dari tanahair seperti Kak Puteri Purnama, Olive, Nadia Rashid dan kakak tukang kebun sendiri. Jadi setelah berbulan benih dihantar, disemai dan dijaga..dapatlah kita tengok penyesuaian mereka dengan keadaan disini lain.


Kacang botor, ditanam dari bulan puasa tahun lepas sampai hari ini masih belum berbunga-bunga apatah lagi hendak berbuah. Rasanya tunggu tengok sehingga musim lebih sejuk kalau2 nak berbunga, jika tidak kita hapuskan sahaja..


Labu kundur setelah berbuah dalam 8 biji buah nampaknya pokok menjadi semakin matang dan kekeringan..tidak panjang umur seperti pokok labu kuning. Yang 2 biji ini terletak diatas atap 'greenhouse'..tukang kebun tak tahun camaner nak petiknya...huhhuhu 


Ulam raja benih kiriman Nadia yang menjadi tanaman paling precious sekali.. sedang membesar alhamdulillah..tak sabar nak melihatnya lagi besar dan menjadi ulam..


Roselle - ade 4 pokok yang ditanam semuanya...sedang giat membesar. harap2 subur dan berbuahlah nanti dapat jugaklah merasa sirap ataupun jem roselle yang diwar-warkan kesedapannya tuh.


Kailan - kali ini pertumbuhan memang agak lambat berbanding dengan batch yang ditanam pada awalnya tahun lepas. Sudah lebih sebulan dipindahkan ke tapak ini, namun masih kecil lagi saiznya.. terbantutkah?


Bayam - benih yang ditabur hampir 3 minggu lepas..bertaraf kanak2 sekolah rendah..masih belum sesuai dipetik lagi.. namun bayam ini memang feveret ulat daun sesangatlah..walhal bayam pasir yang tumbuh meliar merata2 tidak diganggu mereka, namun bayam ini pula yang cepat menjadi mangsa..mungkin bayam pasir rasa lebih pahit dan tidak sedap, maka mereka pun tidak sukakannya seperti kita.

Sebenarnya kalau diikutkan bercita2 untuk menanam lebih banyak jenis lagi sayuran dari tanahair seperti kesum, kuchai, bunga kantan dan juga pegaga..namun tidak begitu senang untuk membawa mereka2 ini masuk kenegara ini...

Friday, 8 March 2013

Time For Okra

Masa berlalu begitu pantas, terasa cepatnya dari saat menyemai benih pada 19/1/03, dan sekarang 7 minggu berlalu, alhamdulillah bendi yang dilaman kami telah mula membuahkan hasil...the fastest bacth so far, kalau tak silap. Bosan dengan buah bendi yang besar dan berduri (mungkin baka bendi singa), bertukar pula kepada jenis yang saiz sedang-sedang sahaja dan cepat pula matangnya..

Masa untuk menghargai ahli keluarga bendi ini..layan sahajalah gambar2 yang disajikan ..:)

Bunga bendi yang berwarna kuning, saiz agak besar .. sebagai permulaan yang membawa good news.
   
Seminggu kemudian mula menghasilkan buah, dalam masa seminggu juga biasanya buah yang lembut dan saziz yang sedang2 akan ready untuk dipetik.

Pokok2 yang membuahkan hasil, juga bersaiz sedang dan tidak terlalu tinggi. Masih ade yang lewat sedikit ditanam sedang dalam proses pembesaran.

Harvest yang julung kalinya untuk batch ini. Tidak boleh dibiarkan lama dipokok kerana buah akan menjadi keras bila matang...walaupun tidak banyak, sesuaikan dengan kuantitinya...

Dijadikan ia peneman asam pedas ikan wahi.Kesedapan asam pedas yang masih terasa tiap kali melihat kepada gambar..:), ade rezki inshaallah buat lagi.

Kemungkinan bendi yang ade sekarang merupakan batch yg terakhir sebelum musim yang lebih sejuk akan dtg dalam 2 bulan lagi..waktu ini sudah tidak sesuai untuk tanaman tropika ini.

Thursday, 7 March 2013

Satu-satunya Kari Ayam Yang Popular

Seperti yang pernah diceritakan dahulu, kebanyakkan Indian di Fiji adalah dari North India tidak seperti kaum India di Malaysia yang kebanyakkannya from South India. Yang bezanya North ngan South nie selain dari kulit mereka lebih cerah, berbahasa hindi dan urdu, makanan pun agak berlainan sedikit dengan South.

So, north origin nie diorang tidak begitu gemarkan cili dalam masakan.mungkin tak tahan pedas kot. Jadi kebanyakkan masakan mereka banyak menggunakan serbk kunyitlah. Dari segi food pulak tidaklah begitu pelbagai seperti south, cara penyediaan yang agak lebih kurang sama sahaja..iaitu menggunakan banyak masala didalam masakan...mari kita tengok masala2 yang biasa dahulu...


Basic masala yang mesti ade - jintan manis, jintan putih, halba, mustard seeds, serbuk kunyit. Yang lainnya adalah seperti kayu manis, bunga cengkih,  pelaga,lawang dan sebagainya. Kebanyakkan mereka membuat sendiri serbuk kari dirumah untuk digunakan dalam masakan (buat sendiri lebih bersih lah kan..)

Untuk memasak daging atau ayam pula mesti menggunakan Hot masala..hot masalah ni yang biasanya campuran kayu manis, lawang, bunga cengkih, pelaga, ketumbar, jintan manis dan putih. Boleh pilihlah sendiri nak letak apa kan since buat sendiri. Serbuk rempah untuk ikan pulak takder hot masala nie... Sini serbuk rempah dlm paket kat supermarket tak laku...

So bila masak kari ayam menggunakan hot masala disamping rempah 4 beradik yg juga dimasukkan.. serbuk cili mintak maaf (huhuh).. dan tidak menggunakan kelapa didalam kari..


So mereka memekatkan kuah dengan memasukkan banyak sangat masala dan tambah airlah untuk jadi kuah kan. Ade orang masak dengan kentang, sampai kentang hancur dan jadi sebahagian dari kuah.. pekatlah jugak...ade jugak letak sedikit tepung jagung nak bagi pekat. Takder santan eloklah jugakkan since tidak menggemukkan sangat...:) Sesiapa yang peminat cili mungkin tak suka makan kari mereka nie..saya pun bila masak selalu curik2 guna  rempah paket (yg bercili) dan letak santan..lagi sedap dan berkuah banyak sikit.

Yang pelik sikit mereka nie hanya tahu masak ayam kari style gini jer..takdelah masak merah ker..kurma ker..goreng kunyit ker atau sup ker..memang kalau kita gie makan kat umah depa beginilah cara masakan yang utamanya (boringlah jugak)... sapa yang nakkan kelainan tuh bolehlah datang makan rumah ummuaidan..setidak2nya ade jugak ayam goreng kunyit..hehehe

Wednesday, 6 March 2013

Al Kisah Petai Versi Pasifik

Seperti biasa sisuami menjalankan tugas untuk kepasar pada hari Sabtu..si siisteri buat list jer untuk apa2 sayur-sayuran atau bahan2 yang dia nak, nanti sisuami akan cuba dapatkan semuanya. Sabtu yang lepas, siisteri tidak menyenaraikan sayur apa yang dikehendaki (yg takder kat kebun), terpulang pada budi bicara sisuamilah pikirnya.

Dikala siisteri tengah sibuk membersihkan kebun, sisuami pun pulanglah dari pasar dan meletakkan barang2 yang dibelinya didapur..kemudian keluar untuk suatu urusan kerja..siisteri jadinya tak sempat nak borak lebih2 ngan sisuami sebelum keluar. Setelah kepenatan dikebun, siisteri pun masuklah kedalam rumah melihat brg2 yg di'shopping' oleh sisuami..semuanya mcam biasalah, ikut list dan ade satu jenis sayur yg dibelinya kelihatan pelik, mcm tak pernah dilihat oleh isterinya sebelum nie...


Kacang/ Buah nie takder bau sangat macam petai..isi dalam pun besar 'taik mata jer..'

Oleh kerana sisuami memang sibuk pada hari itu, keesokan harinya barulah siisteri berpeluang menanyakan tentang sayur yang dibeli suaminya tuh..(perbualan yg dialih bahasa)

Isteri ....  "macam mana saya nak masak ade satu sayur/ kacang yang awak buat balik tu"
Suami.... "bukankah itu sayur yang pernah awak makan kat Malaysia tu..."
Isteri .... "tak pernah pun saya nampak sayur tuh kat Malaysia sebelum  nie.."
Suami... "Ohhhh..."

Kemudian siisteri teringat akan sayur2 yang pernah dibelinya dari pasar sewaktu balik ke Malaysia 2 tahun yang lepas... "petai ker? " detik hatinya.. hmmm mungkin dia ingat yang ini mcm petai kot, sebab sisuami pernah cakap kat bumi pasifik nie pun ade jugak masa dia makan petai dulu...hhuhuh..mana perginya biji2 petai didalamnya...^-^

Kemudian kedua-duanya senyap..siisteri taknak mengecilkan hati suaminya yang excited'nya buat balik 'petai' untuknya itu..tak baiklah kan mempersendakan niatnya yang suci tuh untk menggembirakan isterinya dengan petai feveretnya tuh..Jadi 'petai' tu masih tersimpan dlm fridge...sisiteri masih tidak tahu apakah sayur namanya tu dan bagaimanakah hendak memasaknya....hhuhuhu

Ade rakan2 yang tahu nama betul 'petai' tuh..dan bagaimana nak memasaknya...? Nak kata kacang sepat, kulit tebal, leper dan takder kacang didalamnya...ker buah beko? Aduhhh... konpius..konpuis...


Tuesday, 5 March 2013

Please Help - Kemusykilan Seorang Blog Reader

Ade seorang blog reader yang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan penggunaan pokok kapal terbang berdasarkan entri saya yang dahulu...berikut adalah kemusykilan beliau..

'Salaaaam.....Saya baru dihinggapi Gout....sakitnya berdenyut2....kebetulan saya mengendalikan sebuah bengkel BI pada keesokan harinya....salah seorang peserta melihat saya bergerak dlm keadaan kesakitan telah bertanya...memendekkan cerita dia mmberitahu ibunya pesakit Gout...tlh agak lama brgantung dgn ubat hospital....kini brhenti....katanya ibunya meminum air rebusan daun kapalterbang...selepas 'break' dia mmbawakan saya sedikit pohon trsebut...oleh kerana saya sampai rumah sudah malam dan tidak larat utk ke klinik...saya merebus daun itu menurut sukatan yg diberitahu.....Alhamdullillah...bengkak dan sakit kaki saya surut dan keesokan harinya saya tlh mampu menyarung kasut untuk ke tempat kerja....sebelum itu saya berselipar shj...kerana ibu jari kaki bengkak sangat dan sakit berdenyut2....saya tak tahu pulak pokok ini beracun...dok baca dlm internetlaa....mungkin saya perlu berhenti meminum rebusannya bila sakit ini telah surut....?? Siapa yang arif...harap berkongsi maklumat.....? '


Saya mintak maaf kerana kurang arif berkaitan dengan keracunan dengan meminun air rebusan daun kapal terbang nie..hanya tahu akan kegunaan luaran sebagai ubat luka sahaja. Oleh itu any readers yang ade pengetahuan berkaitan dengan isi ini bolehlah menolong rakan blog yang musykil ini.

Thanks a lot on his behalf.

Nuffnang Ads