Panjang juga pakunya, sehingga tembus kedalam kasut but dan juga menusuk kedalam kaki, nasib baik sempat sedar dan kaki tidak tertekan lebih lagi, kalau tak...
Sakitnya kepalang juga, sampai berjalan terjengket-jengket. Cepat2 basuh luka denga air sejuk dari fridge. Kemudian Abuaidan menyediakan air garam untuk merendam kaki seketika. Takut juga dengan paku yang agak berkarat boleh menjadi mudarat atau bengkak dan sebagainya.
Dikala luka begini teringat alangkah baiknya jika ada daun kapal terbang (namun disini tidak ditemui),
Pokok kapal terbang mudah tumbuh dimana-mana sahaja. Senang didapati. Untuk kegunaan luaran sahaja, jika luka ambil beberapa helai daunnya kemudian letakkan sedikit air liur, dikisar menggunakan tapak tangan sehingga keluar airnya menjadi warna hijau. Itulah yang selalu dibuat semasa kecil-kecil dahulu jika mendapat luka. Agak berkesan, darah cepat kering dan cepat sembuh lukanya.
Begitu juga jika anak kecil mengalami kembung perut atau cirit birit. Daun ini dikisar bersama kapur makan sehingga mengeliarkan buih dan kemudian letakkan pada perut anak yang kembung atau cirit birit tadi. Inshaallah akan beransur baik.
Namun pokok kapal terbang ini ada juga racunnya, maka perlu berhati-hati didalam penggunaan dan penanamannya. Dari sedikit pembacaan dikatakan merbahaya kepada binatang ada boleh membawa maut. Juga keracunannya boleh menyebabkan kerosakkan hati kepada kanak-kanan, wallahua'lam.

As salam ummu,
ReplyDeleteMasa kecik, daun kapal terbang ni la jadi ubat luka kecil. Kalau terluka, ambil je pucuk kapal terbang atau pucuk senduduk, gumpal sehingga lumat dan tmpal pd tmpt luka. Pendarahan akan terhenti dn luka akan sembuh.
Nk tau kenapa ia dipanggil pokok kapal terbang dan khasiat serta infonya blh baca kat blog saya.
Thanks en. adry ..memg paling mujarab daun ini..
DeleteRasanya ada nampak tumbuh kat laman ni. Kadang tu sayang nak cabut rumpai sebab rasa mesti ada khasiat herba yang kita tak tahu.
ReplyDeleteGet well soon ye..
Thanks mama...mmg elok jika ada dilaman,namun hati2 takut anak2 tersalah bermain dengan daun ini blh jadi keracunan pulak
DeleteNostalgia masa kecil, bila jadi kudis atau luka ayah akan mengambil daun kapalterbang ditumbuk dengan sejenis ubat putih bulat dipanggil "MB". Memang mujarab, dua tiga hari kulit akan pulih..
ReplyDeleteSekarang susah nak jumpa daun kapalterbang. Tapi baru2 ni saya jumpa ketika berjoging dekat Taman Rimba Alor Setar...
Mmg mujarab..sy dari kecil lagi belajar guna daun nie...
DeleteAgak sebab kawasan dah kurang berhutan, pokok nie susah nak hidup sebaba tuhla semakin susah nak ditemui
semoga cepat sembuh ye kak.
ReplyDeleteThanks hijaudaun..dah semakin better dah today..
DeleteOkay kah tak luka sis? kena beli but baru dah. tak tahu pun abt this pokok.
ReplyDeletegetting better olive, namun masih jalan terjengket2..hehe..but tuh boleh guna but then takut masuk air kalau banjir kan... pokok nie mujarab..cuba tanya nenek2 u..tapi kena tanya dalm bhs cina lah yer nama pokok nie..hehe
DeleteAduh boleh bygkn sakit kaki masa kene tu kan....pokok aloe vera pon buleh ganti kot pokok kapal terbang tu ummuaidan....
ReplyDeletemmg sakit dini..pokok aloe vera pun takder yg berdekatan...tp nasib baik tiada jangkitan..
Deletesaya tak tahu apa kaitan nya petua ini... dulu-dulu kalau terpijak paku... mak akan ketuk guna tukul pada bahagian yg kena paku tu (biasanya kat tapak kaki la...)
ReplyDeletesampai sekarang pun saya tertanya-tanya... motif kena tukul semula?
* lepas ni kena kemas kebun dgn lebih lagi... terutama kat area ada kayu-kayu lebihan berkebun... nasib baik kena kat kita (org dewasa)... kalau kena kat anak... aduhai...
laa naper tak tanyer ma..pi balik tny..sy pun nak tahu..heheh
Deletetuh sebab selalu guna kayu recycled utk buat trellis & mcm2 pancang lg...itulah ms kena tuh aidan senang dtg dekat ..aaii nasib baik..
Salam. Harap luka dah baik. Jangan paku berkarat sudah, takut kena juga ngadap doktor untuk kena barang sejarum?
ReplyDeleteSalam Mak Aji dah getting better...nasib baik tak bengkak pun...air garam mujarab juga..hehe..abuaidan pun kata biasanya kena paku berkarat kena inject tuh..tp tak nak lah..
Deletedaun kapal terbang?1st time dgr kak..hihi.mgkn pernah tahu ni tp nama len.. :)
ReplyDeleteBaru nampak entry ni..kalau paku karat. .ayah K Mar akan ambil belerang mancis. .cucuk dlm luka dan bakar. .supaya karat disedut keluar..lepas tu sapu dgn spirit....seriau sungguh masa tu.. Sepatutnya ambil injeksyen. .takut kancing gigi.. Dah lama ok la ni ya ummuaidan..
ReplyDeleteSalaaaam.....Saya baru dihinggapi Gout....sakitnya berdenyut2....kebetulan saya mengendalikan sebuah bengkel BI pada keesokan harinya....salah seorang peserta melihat saya bergerak dlm keadaan kesakitan telah bertanya...memendekkan cerita dia mmberitahu ibunya pesakit Gout...tlh agak lama brgantung dgn ubat hospital....kini brhenti....katanya ibunya meminum air rebusan daun kapalterbang...selepas 'break' dia mmbawakan saya sedikit pohon trsebut...oleh kerana saya sampai rumah sudah malam dan tidak larat utk ke klinik...saya merebus daun itu menurut sukatan yg diberitahu.....Alhamdullillah...bengkak dan sakit kaki saya surut dan keesokan harinya saya tlh mampu menyarung kasut untuk ke tempat kerja....sebelum itu saya berselipar shj...kerana ibu jari kaki bengkak sangat dan sakit berdenyut2....saya tak tahu pulak pokok ini beracun...dok baca dlm internetlaa....mungkin saya perlu berhenti meminum rebusannya bila sakit ini telah surut....?? Siapa yang arif...harap berkongsi maklumat.....?
ReplyDeletesalam ..sy ade buat entri yg terbaru tanyakan pendapat reader..nanti rujuk entri yg baru tuh - "Please Help - Kemusyklan Blog Reader"
Deletekat sana payah nak jumpa yea pokok kapal terbang ni.
ReplyDelete