Monday, 28 January 2013

[Our Garden] Aktitivi Dipagi Ahad Yang Mendung

Setelah sekian lama experiencing hari2 yang panas bermula dari selepas subuh sehinggalah lepas asar, atas rahmat Allah datang juga hari yang mendung dan nyaman..bilamana tiada kepanasan cahaya matahari yang terik.

Kesempatan diambil untuk membaik pulih our garden yang bersemak samun tunggang langgang kerana taufan hari tu..masih ade yang kelihatan buruk mata memadang..

Trellis petola yang kecundang dilanda taufan..kali ini memujuk Abuaidan membuat yang lebih kukuh lagi..yang hurricane proof..supaya tahan lama..inshaallah...

Pemandangan trellis yang dah hampir nak runtuh..

Kerja2 membuat rangka trellis oleh two 'strong men'


Kemudian membersihkan tapak dan membuat lubang untuk menanam..

 75% siap..nampak lebih bersih dan kemas, kan...

 Kemudian dipasang jaring untuk trellis diatasnya..dia buat sendiri mmg lebih kuat drp yg tukang kebun buat dahulu..

 Kemudian petola siap ditanam..lihatlah tanah yang kasar dan kering kerana cuaca panas..

 Disungkupkan dengan rumput kering..agar tidak mudah kekeringan bila hari panas..

Petola dan trellis hurricane proof yang telah siap..bereslah satu kerja yang ditunda2 ..alhamdulillah..

Sememangnya betullah lelaki diciptakan dengan kelebihan berbandingan wanita terutamanya dari segi kekuatan fizikal.. kalau mengharapkan tukang kebun untuk membuat semua kerja2 diatas, kebun dah naik hutan tu belum mampu buat lagi..:)

Sunday, 27 January 2013

Selera Kampung Dihujung Minggu

Sebelum balik ketanahair buat pertama kalinya pada tahun 2010, tidak tahu bahawasanya pucuk paku banyak dijual dipasar disini. Ini kerana kerja2 kepasar setiap minggu menjadi tugas Abuaidan..amatlah jarang mengikutnya ke pasar.. jadi tidaklah aware pasal pucuk paku nie..

Sehinggalah bila berada dikampung, membeli pucuk paku untuk dibuat sayur.. Abuaidan cakap sayur ni ada berlambak kat pasar fiji..laaa apsal tak beli....katanya tak tahupun yang kitorang makan bat sayur...kat fiji cuma Fijians jer lah yang makan masak ngan kelapa..indians tak reti makan pucuk nie..

So setelah sekian lama..semalam suruh dia buat balik dari pasar..

For $2.00 mmg banyak..tak habis sekali buat..

Sayur lemak (tp cair sikit..heheh) pucuk paku..

 Buat kawan ngan ikan masin pemberian Kak Puteri Purnama

Makan ngan nasi putih panas2...

Mmg berselera sekali hidangan lunch semalam..sampai bertambah2 the big boss...:)

Saturday, 26 January 2013

[Our Garden] Yang Diatas Pagar

Sebenarnya mengikut perjanjian persefahaman dengan big boss setelah pagar baru dibuat tahun lepas, tak boleh dah tanam pokok2 menjalar ditepi pagar..namun setengah tahun selepas itu, tukang kebun nampaknya telah melanggari persefahaman dalam diam2..huhuhu..ni pasal malas nak buat trellis ngan nak mudahlah... 

Semua yang ditanam dan menjalar atas pagar nie Malaysia mari punya benih...

Kacang botor.. dah 5 bulan tanam tak berbunga2 nyer jugak...tak paham lerr naper..

Yang ini lak..ditepi pagar, sebelah greehouse..(greenshade pun dah removed sementara). Bermacam2 ader..3 or 4 in 1 (Kacang botor, labu kundur, kacang panjang dan bunga telang)


Pokok bunga telang...sedang dalam penilaian samada nak terus biarkan atau remove sebab bukan rajin sangat kerja2 buat sirap bunga telang..lagipun taste  sirapnya tuh biasa jer lah... cabut buang better kan drp dok berserabut kat pagar?

Kacang botor yang kat sini pun belom jgk berbunga mahupun berbuah..brapa lama lagi kena tunggu nampaknya....huhuhu

Labu kundur benih dari Kak Puteri Purnama yang pesat menjalar..mula menguasai pagar..

Banyak dah bunga2 dan buah yang kuar..actually tak begitu sure labu kundur nie sama ker ngan labu air..atau mcm mana rsnya yer..? kena tunggu buah besar baru dapat tengok kan...

Yang diatas pagar nie..baru2 nie dapat warning daripada boss verbally.. katanya kena remove semua pokok2 dok bergayut atas pagar tuh sebab boleh merosakkan pemandangan, nampak tak elok dan susah nak maintain lah..huhuhu.. so mintak extensionlah sikit sehingga dapat melihat dan merasa pokok2 kacang botor berbuah ..gitu jugak labu kundur tuh kan..dah 5 bulan lebih menunggu takkan nak sacrifice cam tuh jer kan (walaupun dia dah cakap awal2 jgn tanam apa2)....sia2lah hari2 keja dok ngecheck kacang botor bila nak kar bunga...

Hmmm..moga2lah terselamat yang diatas pagar nie untuk beberapa bulan lagi..inshaallah..:)

Friday, 25 January 2013

[Cerita Sempena Maulud] Seorang Budak Kecik dan Masjidnya...

He's a naughty but spoiled boy, can be hyper-active sometimes, pagi2 kena berperang nak suruh buang air kecil..(huhuh.)..somehow he loves masjid sooo much.

Dia mula kenal masjid sejak berusia 2 tahun dan selalu melihat his father pergi masjid. Kat sini big masjd, tapi small jemaah dan people hardly bawak anak2 kecil ke masjid (kerana perempuan jgk tidak kemasjid). Sebenarnya dah lama keinginan untuk melihat Aidan ikut his father to masjid.tapi sebelum nie we were waiting for the right time. Tahun lepas ketika umur 2 tahun lebih masuk 3 tahun tidak sangatlah tak sesuai, bila dok masjid sempat lagi keluar merayau-rayau diluar ruang solat, suka explore sana sini..so nak slamat his father tak bawak lah dia.

Somehow since masuk umur 3 tahun, bila mana melalui masjid kat town..he was so happy always cakap "Aidan want to go to majid (panggilannya untuk masjid..heheh). Only this new year, barulah his father berani sikit nak cuba bawaknya kemasjid masa solat jemaah samada asar, maghrib atau isyak.

Budak kecik yang baru berjinak2 dengan masjid. Everyday he's looking forward untuk pergi masjid with his father.


Alhamdulillah he was well behaved so far. No roaming around in the masjid, shouting or making noise. Bila enter masjid dia akan cakap "Assalamualaikum masjid.." heheh. Bila orang solat, dia duduk sebelah his father diam2..sometimes follow solat..sometimes dok baring2 pandang sekitar solat hall, sometimes bila his father kena jadi imam ganti, dia dok sebelah tepi (bila tak ramai orang)..& ikut bacaan yg dibaca his father.

He also alhamdulillah knows how to make friend with the elders in the masjid.. one time his father told the story, he was sitting beside a man..and following him bersolat sampai habis dan siap berdoa lagi tuh..heheh. So his father was waiting outside the masjid for him lepas solat selesai, then dia keluar with that man walking together holding hand and talking like a friend....heheh..pepandai pulak..

And one time, salah seorang jemaah datang lambat, solat dah mula. So dia datang sebelah Aidan duduk berdekatan dengan his father, without anybody telling him..he shifted kebelakang an let the makmuun yang baru datang tadi join the saf. The man was very impressed with him and praised him in front of the everyone. 

'Aidan's majid'

Yang bestnya bila dia balik baru solat terutamanya solat asar dan maghrib, sampai jer didepan pintu rumah dia akan cakap.. "Assalamualaikum mummy, Aidan has come from majid.." proudly..hehehe..mmg dia seronok bila dapat  pergi ke masjid.

Yang kelakarnya one day masa kitorang on the way from visiting some villages, dia pun siap cakap "Mummy don't go to Aidan's majid, mummy go to mummy's majid..Aidan will go to Aidan's majid.." heheh..siap brlagak lagi tuh... Then his father asked him "where is mummy's masjid, Aidan?"...

So bila kitorang passed by 1 church, then he said .."this is mummy's majid!"..budak2 kan biasalah mana boleh beza in between masjid atau church..semuanya kelihatan sama bagi mereka. Then his father said to him "this is Didi's masjid, Aidan not mummy's masjid.."..didi tuh panggilan untuk kakak..jiran yg sebelah umah kami...

Begitulah how excitednya dia dengan masjidnya.. sampai terbawa2 dalam mimpi.."Aidan want to go to majid..Aidan want to go to majid...." nangis2...hehehe..

Semoga berkekalanlah cintanya pada masjid sehingga dewasa kelak...inshaalah...ameen. 


Thursday, 24 January 2013

Percubaan Membuat Karipap Pusing..


Bukan, bukan... bukan disebabkan  mengidam yer bersungguh nak buat karipap pusing yang agak banyak prosedur dan time consuming nie. ..cuma buat sebab dah lama tak makan karipap dan takder kuih nak makan kat umah..bosan jugak kalau asyik makan biskut ngan kerepek jer kan..

Since Kak Azlina Terminal Hijrah sangat bermurah hati mengongsikan resepi step by step dan berserta ngan photo yang lengkap lagi didalam blognya last week..rsnya why not cuba rajinkan diri mencuba kan.. mmg malas actually nak buat nie..nak buat inti lagi..berbanyak2 doh pulak tuh..kerja2 mencanai yang meletihkan..namun since ade bahan2..cubalah merajinkan diri sikit2 (walaupun malas).. Inilah hasilnya...

Taklah secantik yg Kak Azlina (kan dah cakap buat sambil malas2)..yg part kelim tuh sorry lah yer..itu hasil kerja orang yg tak pernah bother mcm mana nak buat karipap ms kat M'sia.. namun dari segi taste mmg mebeles..mmg rangup dan inti pun sedap..(aidan makan byk, sedaplah tuh tandanya..)

Ditemani ngan anak teruna yang tak brenti2 membebel bercerita tentang dinasour nya..(most of the time kena cakap hmmm..hmmm..hmmm.. jerlah utk layannya)..

 Siap ngan dinasournya sampai atas papan canai pun nak dipanjatkan..

 Siap untuk dijadikan frozen karipap.. 

Yang tak bestnya tak cukup inti pulak..kulit masih banyak lagi yg belum habis digunakan..hhhmmm...malasnya nak kena buat inti pulak lagi....kerana sibuk buat karipap pusing jugaklah  dah kul 12.00tgh hari lunch belum ready lagi utk kami berdua (tuh yg malas nak buat kuih muih..byk keja jdnya)..huhuhuh, nasib baik kenyang ngan makan karipap..

Oklah oleh kerana resepi Kak Azlina nie mmg first class, senang nak buat kulit yg berpusing2 tuh serta tak mudah pecah., intinya pun sedap jugak, marilah kita mencuba resepi beliau itu (klik sini utk karipap pusing). Selain itu banyak jugak resepi yang beliau sajikan didalam blognya..baginda eeehhh baginda lak. beliau pun minat berkebun jugak..marilah kita berkenalan ngan beliau..@http://terminalhijrah.blogspot.com.

p/s : tak sedar rupanya kat Malaysia maulidurrasul hari ini 12 Rabiulawal ..sebabnya kat sini derang celebrate  pada Isnin dpn sbg public holiday.. SELAMAT MENYAMBUT MAULID NABI yer...sama2lah kita mengingati akan bermulanya sirah pemimpin terhebat didunia...Muhammad S.A.W

Nuffnang Ads