Tuesday, 8 January 2013

[Our Garden] Recovering..

Dah tiga minggu berlalu since taufan yang melanda dan merosakkan sebahagian tanam2 dikebun kami. Namun kini alhamdulillah dalam proses pemulihan, banyak yang telah hampir pulih dan kembali seperti yang dikehendaki.. 

 Lengkuas- setelah dicantas yang patah..yang baru cepat pula tumbuhnya..

 Bendi - Abuaidan tegakkan dengan pengikat pada pancang, alhamdulillah tegak kembali dan subur..

 Kacang merah, kerana trellis sudah roboh, trellis dicabut, menjalar atas tanah pulak lah..

Tebu kesayangan - potong semua daun2 yang patah, akhirnya tumbuh yang baru....

Main garden yang masih dalam proses pemulihan..lihatlah 2 hero yang tekun membuat batas..ditengah2 panas pun bekerja (mcm manalah Aidan tak sunburned gilerrr...)..almaklumlah tukang kebun bagi dateline sebelum 20hb nie utk siapkan..(kejam gilerr kan..) hari2 dok remind..heheh

By end of this month kami akan mula untuk bertanam tanaman yang bercuaca lebih sejuk seperti Kobis bulat, cauliflower dan brokoli inshaallah. Sebab tanaman nie semua mengambil masa lebih 4 bulan untuk matang, by June kira cuaca dah semakin sejuk dan due date makyong pun dah semakin hampir (20hb June)..bertuahlah tuh kiranya menanam, menuai hasil dan dalam pantang..huhhuhu (boleh makan sayur kan pantang?)..

Monday, 7 January 2013

Garden of the Sleeping Gaint - Part 2

Sambung lagi ya a tour around Garden of the Sleeping Giant nie.  Kita bercerita sambil layan gambar ok, so that tak payah banyak merapu rapa...



Sangat tenang dan damai berada dikolam teratai ini.. berehat-rehat sekejap sambil cuci mata tengok keliling..


Bunga2 teratai yang sedang kembang...cantikkan..?

Ini pula lobby garden ini yang terletak diluar kebun..dah keluar depa bagi segelas fresh orange buat basah tekak

Pemdangan dari luar lobby..tak payah bayar nak duduk kat sini...

Pokok2 besar yang rendang..menarik...

Pokok2 bunga yang ditanam sekitarnya..

Ah... kelihatan seorang anak kecil tekun memungut buna diluar..mcm familiar yer toddler nie... bunga yang dikutip diberi pada mummynyer..

Macam batu nisan kubur kan? heheh..ini adalah kayu2 yang di pacakkan untuk orkid..ade orkid tuh atasnya kalau tengok betul2..

Kawasan sekitar parking...kelihatan begitu damai...

Redup dan terjaga... 
Inilah main place yang mereka peilihara orkid..(betul ker perkataan nie..)


Pemandangan jalan on the way balik dah nie...

First part and  second part nie kita banyak melihat akan landskap dan persekitaran garden. Actually too many photos to share with you all tapi kena banyak sort and edit lah dulu... next part will show about their tropical plants and orchids.. inshaallah..

Click here for Part 1

p/s: Aiii...ade tetamu pulak datang umah nie..

Sunday, 6 January 2013

[Selera Melayuku Di Perantauan] Homemade Dadih

Sebenarnya dah lama teringin nak buat dadih nie but since stock agar2 takder kat umah dah lama, tak dapatlah nak menunaikan hajat. Agar2 susah nak dapat kat sini, kedai cina yang terhampir dalam 30km pun dulu ade jual namun agar2 lama yang dah berabuk..tak berselera tengok..

Alhamdulillah masa Abuaidan ke Suva (Ibukota Fiji) baru2 nie orderkan dia beli agar2 dari kedai cina disana..barang lain yang makanan orang Asia pun ade jugak kat situ.. 

Salah satu objektif lagi yang rajin nak buat dadih nie adalah untuk mededahkan Aidan terutamanya kepada makanan tempatan yang mak dia biasa makan..agar dia biasa dan menjadi sebahagian dari kegemarannya jugak nanti..kalau tak kesian dia tak jumpa semua tu..:)

Simple sahaja maklumlah diperantauan, bahan2 pun limited. Janji dua2 big and small boss suka. 

Perasa vanilla dan milo. Buat sikit jer cukup 2 cawan sorang, dah buat 2 kali dah sebab ade demand..



Dikongsikan Resepi ringkas Dadih :
- 1 peket kecil agar
- 500 ml susu segar
- 500 ml air
- Gula mengikut rasa 
- sedikit vanilla dan milo sebagai perasa
> Panaskan air, gula dan agar2 sehingga larut.  Kemudian masukkan susu segar serta sedikit vanilla atau sesudu besar milo untuk perasa. Masak dalam 3 minit hingga bercampur rata..masukkan dalam acuan dan sejukkan. Dah sejuk sikit boleh letak dalam fridge.


Tomato Yang Paling Sesuai Untuk Musim Panas

Cuaca panas di negara2 tropika kadang2 tidak menggalakkan penanam tomato yang mana paling produktif masa musim yang lebih sejuk. Namun begitu tidak bermakna kita tak boleh tanam tomato dimusim panas. Ini kerana ada variety ada yang agak sesuai dan tahan denga cuaca panas serta penyakit.

Salah satunya dari variety Roma atau orang tempatan memanggilnya Jamun. Percubaan menanam untuk pertama kali 3 bulan yang lepas, alhamdulillah kini telah mengutip hasil. Dari pengalaman menanam tomato pada musim yang lebih panas ditahun lepas yang mana hasilnya tidak begitu memuaskan, namun berlainan dengan tomato jenis roma ini. Tidak memerlukan banyak penjagaan, pokok yang lebih rendah, tahan serangan penyakit dan matangnya lebih cepat.

Tomato yang masih putik

 Yang telah masak selepas datangnya taufan

Siap dituai.

Kalau diperhatikan buahnya lebih bujur dan panjang, Didalamnya tetap juicy seperti baka biasa. Kalau inginkan hasil yang lebih baik elok juga memberikan baja NPK sekali sekala untuk menggalakkan pembuahan.

Saturday, 5 January 2013

From Garden : Saturday Morning Harvest

Pagi nie merajinkan diri turun kekebun setelah Aidan dan ayahnya selamat ke pasar. Cuaca agak redup. since semalam pun hujan. Ingatkan bila time cuaca lembap camnilah elok untuk berkebun dan menyemai benih, namun kudrat untuk buat kerja yang lebih berat tuh takder, kena tunggu Abuaidan jugak sediakan. (tak boleh nak buat kuat)....masih dalam progress menyiapkan batas part by part, banyak kerja menunggu untuk dia..huhuh..

So pagi nie meninjau2 kebun disamping menuai mana yang patut..supaya tak terlebih matang lagi...

 Siapa sangka diam2 carrot yang tidak dijaga dengan sempurna oleh tuannya berisi jugak..alhamdulillah. Harvest sikit dulu untuk current usage...tomato pun ade jugak sebijik dua...

  Yang terakhir bagi kacang tanah, (setengah besen besar tu)..so 3 kali tuai dahla...ini pun rajinkan diri takut bercambah dalam tanah..dah lama dok biarkan disitu..Jom rebus kacang...

Semoga Abuaidan dapat menyiapkan batas secepat mungkin, bila cuaca panas balik..susahnya benih nak bercambah...nak keluar kekebun pun malas...uhuhuh

Happy weekend, happy gardening...

Nuffnang Ads