Friday, 28 September 2012

Bracing for more heavy rain....

Assalamualaikum,

Early in the morning around 6 o'clock we received a call from SIL. Katanya menurut weather foreacast from radio, hujan lebat akan turun lagi hari ini. We don't listen to radio that much so that tahu apa-apalah, nasib baiklah she informed. Tengok keadaan kat luar pun mendung, walaupun belum hujan lagi, mungkin ada betulnya sebab diorang forecast pun beradasarkan satellite  pictures from internet, nampaklah awan2 berat dan keputihan menyelubungi kepulauan ini dan sekitarnya. Dekat meteorological website pun adalah warning untuk heavy rain yang dikeluarkan.  Biasanya penduduk kat sini conscious about weather kerana bencana alam seperti cyclone, hurricane dan tropical depression biasa berlaku pada pada penghujung dan awal tahun.

So don't want to take the warning for granted, manalah kalau betul2 terjadi kan susah pulak - macam hari tu. Bila ada masa untuk membuat persediaan, bersedialah. Yang selebihnya tu serahkanlah kepada The Al Mighty. Agak kepenatan juga mengangkat bata-bata dan zinc untuk dijadikan teduhan. Apapun alhamdulillah dah setelkan yang mana patut.

 Pokok bendi dan jagung diletakkan dan diikatkan pancang-pancang kayu sebagai sokongan.

Timun batang yang telah diteduhkan dengan zinc 

Kacang panjang - tali diikat disekelilingnya untuk mengelakkan terjatuh dan melerat 
atas tanah. 

Kacang tanah yang benihnya sudah bercambah didalam tanah (belum keluar kepermukaan tanah lagi)ditutup dengan plastik hitam, takut lapisan tanah diatasnya dihakis hujan lagi.

Sawi yang sederhana besar juga diteduhkan dengan zink.

 Pokok tomato, capsicum, kacang botor dan anak2 semaian diletakkan didalam garage. 


 Anak-anak pokok bunga (sunflower, dahlia, daisy & rainbow mix) yang paling
 disayangi juga diteduhkan. 

Sesetengahnya terpaksa dibiarkan begitu sahaja seperti kekacang dan petola kerana tanaman telah besar dan matang. Lagipun susah nak cover.
  
Kobis bulat juga dibiarkan begitu sahaja kerana telah besar sedikit dan 
susah nak tutup semuanya, tawakkal jer lah.

Anak2 sawi juga dibiarkan kerana dah kena hujan hari tu nampak macam tak sehat 
lagipun kalau rosak tak mengapalah nanti semai yang barulah pulak.


Juga sedikit tuaian sebelum datangnya hujan,

Agak banyak -tak sure nak buat apa, mungkin bagi kawan lah kot sebahagiannya, inshaallah.

Bila dah buat kepenatan membuat kerja-kerja persediaan hujan tu, kemudian terpikir 'aku nie mengharapkan hujan pulak ker nie dah penat2 nie, nanti tak berbaloi pulak berpenatan kalau tak hujan"...heheheh..

Thursday, 27 September 2012

Menyelongkar Peti Harta

'Harta' dalam bekas aiskrim? 

Harta-harta yang disimpan sejak hampir 2 tahun ber'kitchen garden' dengan seriusnya. Belek2, kira2, rupa-rupanya dah lebih daripada 50 peket yg dibeli tak termasuk dengan yang bukan dalam paket. Katakanlah average satu peket $2.50, kalau 50 peket dah $125 kurang-kurang secara kasar . Betul juga kata big boss, kos 'harta' ini pun kena kira jugak kalau nak tahu samada kos berkebun sendiri lebih mahal atau beli dari market sahaja. Apapun hasil yang dah dinikmati setakat ini Alhamdulillah berganda2 daripada costs yang dikeluarkan.

Susunan paket2 'harta' peribadi yang bukan untuk dijual (bukan nak menunjuk, hanya berkongsi cerita, korang punya sure lagi banyak kan)

Daripada,
 Yang boleh ditanam sepanjang tahun

Yang sesuai ditanam dimusim panas

Yang sesuai ditanam dimusim lebih sejuk

Yang ditanam tetapi tidak berjaya


 Yang dibeli secara tidak berpeket

Sedikit panduan ketika hendak mendapatkan 'harta',

Paling utama check expiry date, look for the expiry yang paling lambat lagi. Kalau boleh tahun 2015  keatas untuk kegunaan sekarang. Kalau tak ada ambik yang  terbaik yg available, 
take risk dulu dan balik cuba. (ada juga yang boleh tahan bertahun2)

Panduan untuk masa bertanam dan menuai hasil ada juga dibelakang. Untuk negara tropika, refer pada bhg yg ditengah2 globe. Panduan ringkas menanam biasanya juga di paparkan. 

Dan sedikit 'harta' yang baru diperolehi juga telah dihantar kepada sebahagian peminat 'harta' yang lain ditanahair sebagai cenderamata kerana menyertai teka carrot yang tak seberapa, supaya mereka dapat membuat lebih banyak 'harta' lagi. 

Penghantaran akan mengambil sedikit masa kerana jarak jauh. Mungkin juga dalam masa sebulan. Tuan blog juga tak arif sangat tentang  peraturan kastam Malaysia berkaitan penghantaran benih dari luar negara. Namun peraturan kastam disini, bungkusan hendaklah dibuka dan jika benih yang dibungkus secara komersial tiada masalah.

P/S: My dear  Olive bila nak send email? let me send some seeds for you too, ok? Ayut - nak bunger apa? bunga matahari? daisy? dahlia, bunga ekor kucing atau bunga taik ayam? ..hehehe

Sempurnalah Homemade Taugeh dan Laksam

Taugeh yang diproses secara homemade pada jumaat lepas nampaknya sudah sedia untuk digunakan. Dalam lebih kurang 5 hari jugak. Yang malas nak buat taugeh ni kena committed, pagi petang kena check dan lembapkan dengan air sebelum disimpan balik. Kadang-kadang jika terlupa, taugeh boleh jadi kekeringan dan tidak sehat. Hasil yang diperolehi adalah hampir 5 kali ganda daripada kacang hijau yang digunakan. Namun tidak begitu panjang seperti yang diingini mungkin kerana bekas digunakan tak cukup besar (kurang ruang untuk taugeh membesar).


Setelah berhempas pulas hampir dua jam menyediakan bahan-bahan laksam maka siaplah  laksam homemade dengan ulam-ulaman dari kebun sendiri tapi tiada pucuk serai kayu seperti yang dinyatakan oleh En. Adry@Daun.  Penat menyediakan semuanya sendiri untuk dimakan berdua sahaja namun berbaloilah bersusah sekali sekali waktu teringin. 

Wednesday, 26 September 2012

Cerita Aku dan Berkebun....

Yang hobinya memotong rumput dengan penyapu
Inilah cerita bagaimana bermulanya berkebun bagi orang yang asalnya tak suka berkebun. Bila diingat2 balik masa kat tanahair bukannya ada tanah pun untuk berkebun sebab dok apartment. Dah tu pulak macam malas nak pegang cangkul, berpanasan dan mengotorkan tangan dengan berkebun. Namun sampai satu waktu bila melihat mak dikampung yang tekun menanam bunga dengan jaya dan suburnya dihalaman, kakak2 yang rajin menanam bunga dihalaman rumah mereka, terdetik perasan nak bertanam bunga jugaklah.

So bila nak tinggal diaparment yang ada balcony depan belakang, mulalah 'mendatangkan' hobi berkebun bunga. Boleh dikatakan jika balik awal dari kerja, otw balik mesti singgah nurseri dekat rumah tengok pokok bunga, beli pokok, beli pasu, tanah baja dan sebagainya. Maka semakin penuhlah balcony dengan pasu-pasu bunga pelbagai jenisnya - dibawah dan tergantung diatas. Dah tu pulak mulalah berkawan dengan jiran2 yang minat 'berbunga'. Kemudian angin bertanam bunga menjadi turun naik, turun naik bila time rajin hari2 belek pokok bunga, bila time angin menurun, tengok pokok bunga pun sebelah mata tak sempat beri 'salam'. Worse situation, bila mak datang bermalam dirumah beberapa hari, bila dia terpandang pokok2 bungaan yang kekeringan tak macam cukup makan tu, maka kenalah beberapa das yang best "nak tanam pokok bunga, tapi malas nak jaga, akhirnya menyiksa pokok2 bunga, baik tak payah tanam"...

kebun kecil dahulunya
Kemudian bila tinggal dirantau asing, lain pulak ceritanya. Si suami yang pada ketika itu amat gemar berkebun. Turun kekebun setiap petang dan hari minggu, bertanam sayur-sayuran menjadi minatnya. Malah turut menggalakkan studentnya berkebun. Awalnya bila dia berkebun, hanyalah duduk  ditepi atas bata atau kayu tengok dia buat kerja. Bila dia minta tolong yang kecil2, layan jerlah. Kemudian masa preganat tak lama pulak tu, dia tak kasi ikut ke kebun bila waktu sarat takut jiran mengata dia mendera isterinya yang pregnant berkebun. So tak berkebun lagi buat sementara waktu.

Kemudian bila anak dah besar sedikit, boleh duduk diam bermain sendiri dalam stroller, kami pun turun berkebun lagi dipetang2. Buat kerja-kerja minor jer sebagai pembantu masa tuh sebab sisuami tak harap, katanya tak pandai, salah cara. So senang cerita, tak payah buat susah-susah buat kerja kotor tangan (mujur jugak).hehe... 

So bila dah selalu menghabiskan masa berpetang2 ikutnya berkebun, tolong sikit2, belajar sikit2 maka tahulah sikit2 pasal berkebun. Tapi hanya berkebun bila dia ada bersama jer, kalau dia takder tak turunlah kekebun, tak best sorang-sorang & malas. Kemudian kami rancang untuk extend kan lagi kebun slowly, kemudian save some money buat greenhouse sendiri with the lowest budget. Lepas greenhouse siap, kemudian katanya dah invest buat greenhouse ini, mestilah take gardening seriously, kalau tak membazir & tak balik modal yang telah dihabiskan
kebun yang lebih permanent
Kemudian si suami menyerahkan segala urusan dan keputusan berkaitan dengan kebun dalam  greehouse tu, Katanya "now you are the boss, the manager and the kuli".. Kerja-kerja berat seperti membuat batas pada awalnya kami lakukan bersama-sama, memang seronok walapun berpeluh dan penat namun penatnya tak terasa sangat bila bersama, malah more fun. 

Daripada tak tahu apa2 pasal berkebun, kemudiannya setelah diperturunkan ilmu sedikit demi sedikit akhirnya bolehlah buat berdikari tambahan pula dia semakin sibuk dengan kerja-kerja untuk volunteer untuk society. Alhamdulillah berkebun telah menjadi sebahagian daripada hidup tanpa memikirkan lagi samada suka atau tidak namun disitulah menemui kedamaian serta kepuasan yang sukar nak digambarkan.  Kegembiraan bila lihat tanaman  tumbuh bercambah dan berbuah, kerisauan bila tanaman tak tumbuh,  diserang penyakit atau mati. Tempat untuk keep busy dan menghayati serta berfikir akan kebesaran Yang Maha Esa menumbuh dan mematikan.

Heavy Rain for 2 Hours - Aftermath

Assalamualaikum,

Hujan lebat semalam rasanya dari pukul 3 pagi  hinggalah keawal pagi (yang betul-betul lebat dalam 2 jam). Guruh berdentum-dentum, dalam kul  4 lebih, kawan Abu Aidan yang tinggal dikawasan rendah yang sentiasa dinaiki air call untuk tumpang letak kereta (berjaga-jaga kerana takut air semakin naik). Rupanya air dah overflow sikit melihat kepada lantai simen luar rumah dan kasut-kasut yang kebasahan, beberapa helai kain diterbangkan angin masuk kelongkang dan pagar depan juga telah terperangkap dengan sampah2 yang dibawa air, Alhamdulillah keadaan kemudiannya semakin reda kemudiannya dan tiada banjir berlaku. Begitulah yang biasa terjadi bila tekanan udara rendah, cuaca menjadi sangat panas untuk beberapa ketika dan kemudiaannya hujan akan turun samada lebat atau sedikit-sedikit disertai angin dan selepas itulah barulah balik kepada normal. 

Itu baru melihat kepada kawasan sekitar rumah. Bila hari dah semakin cerah, hujan pun dah reda turunlah kekebun untuk melihat keadaannya. Not bad jugak bagi sesetengah tanaman,

Anak-anak timun batang yang baru saja nak membesar - hampir2 tercabut dengan akar2nya  

 Anak-anak radish - semuanya rebah

Pokok kacang 

 Jagung manis rebah kerana ditiup angin dan tanah menjadi longgar kerana hujan

 Kobis bulat condong ditiup angin  

 Cili burung juga tertunduk

 Anak2 sawi yang berusia 2 minggu - sesetengahnya mungkin dah mati kelebihan air

Benih2 kacang tanah yang baru disemai 2 hari lepas sudah bercambah namun tapisan tanah 
atasnya terbuka kerana ditimpa hujan, nasib baik benih masih lagi pada tempatnya 

 Anak2 semaian cili & tomato juga tak terkecuali (lambat diselamatkan)

Nampaknya banyak yang memerlukan pertolongan, namun yang termampu terbuat setakat pagi ini adalah tegakkan jagung, tutup balik kacang tanah, baiki kedaaan anak2 timun batang dan betulkan pokok kacang. Yang lainnya terpaksa tunggu hari panas sikit agar tanah taklah lembik dan berair sangat untuk buat kerja-kerja baik pulih keadaaan.  Alhamdulillah air juga tidak bertakung didalam kebun memandangkan Abu Aidan telah meninggikan batas2 dan membuat longkang kecil untuk mengalirkan air. Apapun sudah mengagak  akan terjadi macam ni kalau hujan lebat, redha jer lah.

Nuffnang Ads