Rasa teringin nak makan laksam. Hmmm.. apa yang perlu ada untuk buat laksam? Laksam tuh sendiri yang dibuat dengan tepung beras, isi ikan, kelapa dan ulam-ulaman. Part laksam tuh boleh buat sendiri, isi ikan walaupun takder ikan kecik mcm ikan kembung atau selayang (ikan besar pacific banyak disini) tetapi boleh buat dengan ikan tuna dalam tin, tak beza sangat rasanya lagipun tak payah rebus, buang tulang - jimat dah sikit masa.
Ulaman basic yang mesti ada - kacang panjang, timun batang, kobis - beres, taugeh? Takder taugeh memang tak perfect rasa laksam. Malangnya takder dijual dimana-mana disini.
Hari ini angin rajin nak buat taugeh sendiri kerana laksam. Mulakan proses hari ini, inshaallah isnin dapatlah tengok hasilnya.
Barang2 yang digunakan,
Kacang hijau (moong) dalam setengah cawan
Balang besar & panjang (kaca atau plastik pun boleh)
Kain net (jarang& nipis) untuk menutup muka botol agar udara boleh mengalir
Senang jer sebenarnya nak buat taugeh nie, rendamkan sekejap kacang hijau dalam air (sejam atau dua), kemudian buang air, masukkan dalam botol kemudian tutup muka botol dengan kain,
Pastuh,
Letaklah ditempat yang gelap, yg udara boleh mengalir. Mesti dikeluarkan 2 kali sehari pagi petang, siram dengan air bagi dia lembap sikit. Buang air, kemudian letak balik ditempat gelap.
Inshaallah kita akan lihat lagi perkembangan taughe ini seterusnya...
p/s - Kak Mar nanti ajarlah HS yer cara nak buat nie, kesian dia.
Salam ummuaidan,
ReplyDeleteteringat balik masa sekolah rendah dulu, buat projek tanam taugeh...
guna bekas plastik marjerin, letak tisu lembap, letak biji-biji kacang hijau, pastu letak tepi tingkap.....hehhehe..syok sangat masa tuh dapat tengok pertumbuhan pokok taugeh....
wak, sy dulu tak ingat ade tak projek taugeh..tp dah besau2 nie pulak kena buat project...nasiblah kan...
Deletehaahla..same mcm mixed-family cakap..teringat masa sekolah rendah bt projek tnam taugeh..hihihi..smga tcapai la hajat mkn laksam ummuaidan ye :)
ReplyDeletegambar apa pulak nie yut kat profile? itik ker? ke kuda mainan..selalu buat akak conpius...
Deletenext week akak ckp tercapai ker tak hajat..hehe
orang disana makan taugeh? maaf yer bertanya. apa makanan ruji masyarakat fiji?
ReplyDeletenasiblah saya tak suka taugeh. kalau tak mesti buat sendiri juga :)
makanan orng fijian ubi kayu, indian roti paratha..nasi/ beras pun ade jgk.. diorng bak makanan kurang kreatif sikit..ubi kayu tahu rebus jerr,..heheh
DeleteSatu lagi ulaman wajib utk laksam Kelantan ialah pucuk serai kayu atau serai samak.
ReplyDeleteBetul tu en. adry, pikir2 tp tak ingat nama..somehow serai kayu mmg lg sedap kalau ade..tp tak dapatlah..
Deleteok...nanti akak tunjukkan HS auntie fb buat..(dia gelar blog ni fb )
ReplyDeletehehe..untie fb..good luck to HS
Delete