Saturday, 4 August 2012

Berbelah Bagi

Ini 5 pokok labu yang ditanam,
Yang ini pun ditanam dahulunya pada batas tapi sebab lambat sgnt tumbuhnya, dirobohkan batas buat tanambenda lain. Tiba2 mereka tumbuh pulak dipinggir batas - 3 beradik..

Nampak sehat2 semuannya..tetapi byk sangat pokok labu nak buat apa? menjalar satu garden tak terlarat bila dah jd semak...tak dpt tanam pokok lain pun jugak..
Tapi nak cabut buang tinggal 2 pokok jer ker sayang pulak...kena pikir panjang lg nie nampaknya....

Friday, 3 August 2012

Jom buat Biskut raya sendiri

Assalamualaikum...

Hari ini yang ke 14 berpuasa kan..dah semakin bertambah hari yang kita meninggalkan ramadhan...makin dekat hari2 membuat persediaan raya spt kuih raya dan baju raya..
Teringat hari2 raya yang dah bermula sepanjang kat sini ;
 - Thn pertama - tak buat kuih raya melayu sebab sarat pregnant ms tu dan tak pandai (buat sikit versi Abu dgn pertolongan Abu)..
 - Thn kedua - jgk tak buat sbb Aidan masih kecil susah nak buat keje..buat yg versi Abu  jerr..(masih tak terpikir nak buat biskut raya kita)
 - Thn ketiga (last year)- alhamdulillah berjaya membuat bbrp kuih raya sendiri seorang diri utk dua2 versi (wpun tak pernah buat kat m'sia sbrg kuih raya-beli jer lah)
 - Thn ini? insyaallah cuba membuat semampu mungkin, sekarang dalam proses menyediakann bahan2...

 Ini yang Abu dah belikan so far

So sini saya kongsikan resepi terpilih yang telah dicuba dan mudah nak dpt bahan, rasa pun sedap. Bagi 4 resepi dulu..(sstgh sumber2 dah lupa sebab copy& paste jer masa tuh-maafla kpd pengarang)

MINI POPIAH [hanieliza] (ni nak compete ngan Ayut nie)
Bahan
Kulit popiah [saiz besar]
Inti serunding ikan
minyak untuk goreng mini popiah

Cara
1. Kulit popiah dipotong 4.
2. Ambil sekeping dan bubuhkan sesudu kecil inti serunding dan gulungkan.
3. Gorengkan dalam minyak yg banyak.
4. Sentiasa kacau supaya kulit popiah tidak hangus.
5. Bila kelihatan kuniing keemasan, angkat dan toskan.
6. Bila telah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT SUJI
(Sumber : Majalah RASA)
Bahan-bahan :
250 gm minyak sapi
150 gm gula aising
150 gm tepung suji
300 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
secubit garam
ceri merah - untuk hiasan
cawan kertas secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang.
2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu.
3. Adunkan hingga jadi doh yang lembut. Rehatkan 15 minit.
4. Bulatkan dan masukkan dalam mangkuk kertas. Hiaskan dengan ceri

TART NENAS
Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm marjerin
1 biji telur(dipukul)
2 sudu besar air
sedikit garam
Untuk Intinya:
185 gm gula pasir
1 biji nenas diparut
3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara
Nenas di toskan airnya, kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih, bila pekat angkat.
Tepung dan marjerin digaul (diramas) sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukan telur dan air dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
Canai dan terap dengan acuan acuan tart dan isikan inti nenas di atasnya

Almond London
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
Cara-cara
1.        Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2.        Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
3.        Masukkan serbuk badam, kacau
4.        Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
5.        Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
6.        Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
7.        Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
8.        Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
9.        Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
10.     Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
11.     Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


Kali Pertama Menanam Carrot


Assalamualaikum,

Dalam penghujung March tahun ini selepas banjir yang agak serius melanda bumi Pasific ni, datanglah bantuan dari pelbagai negara dan organisasi untuk distribute some foods and aids to the victims. Salah satunya Human Care Society dari Canada, they shipped  few container full with boxes of foods and clothes, and one retired couple also was here to represent the organisasion. Before they leave, adalah beberapa packet of seeds yang the wife gave to me..one of the was a packet of carrot seed. 

So pada 25/5/12 setelah batas disediakan segala tangan 2 kerat nie..maka benih2 carrot tadi pun ditabur direct pada batas (ni mengikut bebrp rujukan kat internet cara nak tanam), tabur byk jugak tapi tak tebal sangat dan jarangkan sebab malas nak buat kerja penjarangan, kadang bila alihkan balik pokok boleh mati. 
Lama jugak tunggu tengok benih cam bercambah ke tak, mcm mana pokoknya i really have no idea.. so bila nampak jer anak2 pokok baru tumbuh kecik2 ingat ni mesti anak carrot nie...contohnya yang 2 anak pokok nie :

ni anak terung yang bijinya terjatuh kat batas
Nie tak tahu anak pokok apa

Sehinggilah 7/6/12 baru nampak ada beberapa pokok mcm dibawah nie tumbuh, ada yang kecil, ada yg besar, sebab benih2 yang ditabur tak bercambah at the same time..ada yg cepat ada yg lambat
Tapi disebabkan tak puas hati tak dpt capture moments yg diorang membesar, so buat sedikit test tabur dlm small container, inilah actually rupa benih carrot yang baru bercambah (selepas 4/5 hari), lihatlah daunnya dari awal lg memanjang dan tirus..(sedikit mcm pokok ketumbar pun ada pada awalnya)
Rupa batas pada 10/6/12 (selepas 2 minggu), memang tak ketara pokok2 tuh sebab kecil sgt dan pokok2 yang tak berkaitan pun berhuni jugak..
Yang nie pada 1/7/12, nampak ada container yg mengandungi anak pokok dari 'test' yg telah dibuat, ingat nak sulat pada tempat2 yg jarangnya agak ketara, tapi pokok carrot amat sensitif, dengan daun2nya yg lembut, panjang2, bila terkena panas senang mati.

Kira-kira dalam selepas 2 bulan barulah menampakkan pokok kelihatan lebih besar dan mula menampakkan hasil. Hampir2 nak cabut pokok2 tu untuk tanam benda lain sebab ingat tak menjadi kot..





Sometimes bila kita least expected, then good news would come..
Almost 8am now, time to go to my 'office' before it's getting hotter. kalau panas sangat tak seronok pulak nak berkebun.

Ketumbar - Day 6

Daripada entry  Mari Menanam Ketumbar, latest updates - hari ke 6 setelah disemai benih,

Benih dah mula bercambah,

Ada juga mula membentuk,
 Ada yang dah menjadi anak2 ketumbar yg kecil,
Keseluruhannya,


Thursday, 2 August 2012

Orang buat Buah Melaka kita pun nak buat, tapi...

Nie gara2 Kak Mar suka-suka buat buah melaka nak buat jgk, tapi kita takder tepung beras..

Beras adalah pulut dalam simpanan. Nak beli tepung takde kat sini, so terpaksalah bekerja keras memproses tepung beras sendiri..Sebenarnya malas sbb byk kerja kena buat tp since Abu Aidan dah bwk balik dessicated coconut dan jaggery (gula melaka), kenalah rajinkan drp dok sia2 jer bhn2 tuh..

Proses tepung dululah secara manual, :-
- basuh dan rendamkan beras pulut sekejap (dalam 2/3 jam)
 - Toskan dan jemur kat tengah panas sambil betul2 kering
 - Blend kering beras yang dah kering tadi.
 - Tapiskan untuk asingkan yang halus dan kasar
 - Dapatlah tepung dalam lebih 300g
Bila dah ada tepung tuh dapatlah sempurnakan cita2 nak buat buah melaka atau onde2 tadi. yang resepi tuh bagi sukatan air yg tak betul.. lembik tak dpt bentuk doh, maka terpaksa jd kreatif sikit tambah lg tepung2..so terjadilah banyak..padahal yang nak makan cuba 3 orang jerr..
Nie lagi, macam mana nak habiskan..kena paksa Aidan makan ni.. (makan 3 biji dah cakap "this one stick on Aidan's teeth"), maknanya tuh? lambat la nak habis ...
Nampak gemuk2 onde2 nie sbb nak cepat habis doh..

Nuffnang Ads