Saturday, 24 November 2012

Menanam Tomato Secara Natural, Tanpa Sokongan..

Ini adalah pokok tomato yang dahulunya ditanam pada musim yang lebih sejuk dan lebih sesuai dengan meletakkan sokongan pada keliling pokok agar dapat membesar keatas.

 Kadang2 amat melecehkan kerana bila dahan patah, pokok jadi cepat mati dan tidak subur, buah pula mejadi kekeringan. 

Dua bulan yang lepas, saya menanam lagi tomato didalam musim yang lebih panas agar kami dapat merasa tomato dari kebun sendiri, inshaallah. Namun kali ini saya menggunakan pendekatan yang mudah dan malas, apatah lagi bila Abuaidan membawa balik tomato yang diberikan oleh kawan lebih besar dan cantik elok yang mana pokoknya dibiarkan hidup begitu sahaja tanpa sokongan. Jadi ditambah dengan ketidaklaratan untuk menghabiskan masa dikebun, maka saya juga membiarkan pokok2 tomato ini 'menjaga' diri mereka sendiri, inilah so far keadaan mereka....

 Dah berbuah, tidak dahan2 yang patah, pokok alhamdulillah sehat walaupun separa berbaring.

 Yang lain pula, sama juga keadaannya.

 Yang ini benih tumbuh sendiri dibatas kacang panjang, biarkan sahaja mereka jaga diri sendiri, sihat jugak, walaupun tumpang2 air siraman pokok kacang.

Yang ditanam diantara pokok2 bendi, semakin membesar, alhamdulillah.

 Pokok tertua, yang dari penghujung musim dahulu. Namun setelah dibiarkan hidup secara natural nampaknya mereka lebih panjang umur dan berbuah pulak lagi (walaupun tukang kebun tak sabar nak remove pokok ini)

Jadi itulah cerita pokok2 tomato yang hidup secara natural, diandaikan mereka ini hidup sendir dan tidak ditanam dan dijaga dengan rapi. Rasa saya mereka lebih baik dari pokok2 yang saya jaga beriya-iya dahulu, tambah pula mereka tidak menyusahkan, alhamdulillah.
I

23 comments:

  1. salam ummu...semalam 1 pkk tomato sy mati...dah buang dh pun..bunga byk tp tak jadi..betul lah bila beria-ria duk belek..tak berapa nak jadi...

    ada 2 pokok yg berbuah..tapi buah tu mcm kena serang ngan bud apa tah..lobang hitam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nadia...btul tuh..jgn dok syg sangat tomato nie..nanti depa tak pandai berdikari..syg mcm anak tirilah ..heheheh

      Delete
  2. Ada pokok sendiri puas makan Ummu. Kakak suka yg hijau kalau tumis dgn bawang besar+bawang putih+cili+ikan bilis tumis gitu aje dah tu potong kucai lebar makan dgn nasi putih sedapnya ummu.

    Baru petik lagi rangup. Heee... suka kakak tengok pokok tomato ummu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh kak..namun kena tungg jgk ms sampai boleh tuai..hehe.. sedap yer mkn camtuh..tak pernah cuba makan yg hijau...kalau dekat2 sy bg jer akak tomato2 yg hijau nie..hehehe

      Delete
  3. Oo..sya pun nak biaq sendri la tomato ni..ada 7 pokok..tp tanam dlm pasu..harap bleh tgk buah tonato tnm sendri ni...mcm ummuaidan..byk tomatonya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biaq jer...namun air tuh bagi lak jgkkan cuma biarkan dia berjalan ikut arah sendiri..baru serasi..tgk pokok sy yg panjang usia tuh..

      Delete
  4. saya setuju dgn awak.....bila saya terlalu agah menjaga dan belek,pokok tomato sy mcm mengada2. kalau saya buat tak tahu.....elok pula tumbuhnya. mungkin mereka lg suka berdikari kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...awak tgk pokok yg saya jg..daunnya pun kekuningan..yg pjg umur pulak ..daun maintain jer... jgn bg muka sgt tomato nie..nanti ngade2 lebih..baik tgk sebelah mata jer..:)

      Delete
  5. Assalamualaikum makyeng... cakkkk!!!
    makyong dah balik dari beli barang2 baby.. masyaALLAH.. ramainya tak terkata.. perpusu2 org.. dgn yg boyot2 belaka.. yang tak boyot pun sama.. hmmmm 1st time terjah jualan pureen tu, baru tau begitu ramai.. alhamdullillah.. selesai dah bab baju dan hampir complete barang2 dia.. :)
    >>> subur2 pokok tomato tu walaupun di biarkan menjaga diri sendiri.. makyong suka sangat makan tomato.. wat ulam je mentah2.. mmg sedap.. :)
    >>> dah tengah hari ni.. lapar plak.. mr mama masakkan masak asam tempoyak ikan terubuk.. :D jemput makan dulu lah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam makyong....

      wah seronok tul shopping brg baby yer.puas ati makyong...biasalah kalau sale memang melautlah manusianya...

      sedap tuh masak asam tempoyak ikan..untung makyong, mr mama rajin sesangat...

      Delete
  6. Nor,
    betul lah...subur2 napok buoh hok.biar atah tanoh tu....berapo lamo ek pucuk.muncul bilo semai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dini... biasanya lepas semai amek masa jugok nok jd anok tomato tuh.kalu camboh dale ms seminggu tubik doh daun...

      Delete
  7. saya ada juga tanam tomato,tapi dalam container,serenok ia...dapat tanam secara natural farming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rsnya kalau tanam dlm container blh jgk dibiarkan berkembang sendiri tanpa perlu ikat pd sokongan.nanti dia mcm melata kat luar jgk

      Delete
  8. Ummuaidan:
    Babah Pa'e ada tanam tomato sendiri belakang rumah.. coz suka sgt makan sambal belacan+tomato..hehe.. tanah berbatu skit..susah skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...baguslah..bila dah berbuah nanti senang nak buat sambal kan..

      Delete
  9. nice inspiring blog :)

    xoxo
    http://singingthumbelina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ummu...sedapnya kalau dpt makan tomato tu...dulu mama pun ada tanam pokok tomato ni tapi x berapa menjadi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama.... inshaallah nanti dpt merasa hasilnya... kdg susah jgk nak jadi mama...

      Delete
  11. K mar baru nak semai seedlings. .

    ReplyDelete
  12. Salam Ummuaidan,

    pokok tomato kena pandang sebelah mata dan layan mcm anak tiri ya, he he!! bagus tu utk mrk yg x berapa rajin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam makji..
      btul tuh..tp kena gaklah siram sekali sekali ..kalau keringkan leh mati jgk

      Delete
  13. yang Tedi dah nak tumbang, daun x banyak, batang tinggi je.. tinggal 1 je skrg ni... tgh cari tips, hehehe

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads