Saturday, 9 November 2013

Bila Pisang Tak Berhabisan

Since takder pokok pisang yang berbuah lagi maka bila hendak makan atau menggunakan pisang maka kami perlulah beli dari pasar. Agak murah kalau $2 tuh boleh dapat dalam 10 biji jugak pisang masak. 

Dulu yang hantu pisang adalah si Aidan, namun kebelakangan nie dia kurang makan, kurang selera sampai pisang pun tak mao pandang. Jadi kalau 10 biji pisang tuh nak habes sempatlah jadi hitam dulu kalau tak diapa-apakan.

En. Abuaidan lak suka  buat balik pisang dari pasar, dia makannya cuma sket jer..UA pun sebiji sehari bolehlah habes..lebih2 kang nak termuntah jugak sebab pisang kat sini tak byk variety..jenis cam nie jerr..

Nama pisang ni dalam  bahasa Melayu tak tahu..bahasa Inggeris lagilah..bahasa Fiji..hmmm jauh sekali..:)

Macam minggu nie, dia ade beli pisang dari pasar semalam, sebenarnya nak sebiji jer letak dalam apam balik..tapi mana boleh beli sebiji kan..kemudian ade rakan bagi pulak sesikat pisang yang dalam gambar diatas tuh..susah hati jugak dok pikir takut terbuang jer nanti...

So pepagi nie carilah resepi yang menggunakan banyak pisang sekali..lagi banyak lagi bagus, biar cepat habes dari buang kerana buruk sendirnya..resepi tuh kata Apam pisang kukus..menggunakan 7 biji pisang, setel..dapatlah habiskan semua pisang yang dah masak.


Tapi bila siap nampak rupa cam lepat..rasa macam lepat..apapun sedap weyyhhh lama tak jumpa jumpa walaupun tak pakai baju cap daun pisang yang kebiasaannya, yang hero kecik dan tua pun beriya makan walaupun awal2 cam teragak-agak. Apa beza apam kukus ngan lepat yer dari segi rasa?


Ini lak idea lain untuk menghabeskan pisang..muffin pisang..kejap jer abes..Aidan kalau dah proses gini barulah dia makan banyak sikit.

Kalau nak buat pisang goreng tuh memang tak sesuai pisang gini..pengat tuh jauhlah lagi..cekodok pisang lak malaslah berminyak sangat..sebiji cekodok tuh pun dah tinggi sangat kalorinya...

Apa lagi yang sedap dibuat ngan pisang daripada dok terbiar buruk gitu jer yer kalau tak mendapat sambutan? Banana Milk Shake? Kek pisang pun dah bosan daa..

Resepi muffin atas permintaan rakan-rakan..

1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk serbuk kayu manis/ cinnamon
Sebiji telur
1/4 cwn gula
1/4 cwn minyak masak
1 cwn tepung gandum
3 biji pisang
secubit dua garam

- Gaulkan rata baking powder, baking soda n tepung gandum, masukkan garam serta serbuk kayu manis, boleh letak vanilla brg sesudu teh jika nak. Masukkan minyak masak, telur, gula serta pisang yang telah dilenyekkan. Gaulkan rata sehingga menjadi cam mixture kek. Griskan acuan muffin, masukkan adunan. Bakar sehingga 30 minit atau masak..lps 30 minit boleh check ngan cucuk sampai dasar tengok masak ket tak muffin tuh.

p/s - resepi nie low calorie resepi, so bhn2 takderlah mewah sangat..tp dr segi taste tidak kurang..alhamdulillah.

19 comments:

  1. A'salam..salam kenal..pisang ni biking apa pun sedap...

    ReplyDelete
  2. Tadi pun saya beli pisang awak di pasar Alor Setar. Sekilo RM2, beli 2.5 kilo, penjual tu kira RM4 saja...Sebentar lagi nak goreng untuk minum petang...

    ReplyDelete
  3. hihihi sy baru karang entry banana milkshake...tapi tak tahu lah sesuai tak pisang yang ummu dapat ni untuk buat milkshake..kalau jenis lemak2 manis ok kut...cuba lah...

    ReplyDelete
  4. saya pun tadi menghabiskan stok pisang...buat cekodok pisang kembung, tak berminyak sangat...

    ReplyDelete
  5. comel nye muffin pisang tu..tentu sedap. Tempat akak nama pisang tu 'pisang masak hijau'.

    ReplyDelete
  6. k mar suka roti canai pisang.. tapi kat sini guna pisang berangan.. paratha UA hari tu modify buh inti pisang pun sedap gak.. gelek2 terkeluar pulak pisak tu hi hi saranan je he he kut menjadi pulak!

    ReplyDelete
  7. Bar lps mkn pisang goreng...dh dua hari tak berhabisan juga...pandai ummu membaking rupanya...curah aje dgn coklat tu...mesti aidan lg suka...

    ReplyDelete
  8. sis, buang kulit pisang, n keep d isi pisang in freezer. can use them for cake making or blend wif chocolate milk. very nice to drink

    ReplyDelete
  9. sis, buang kulit pisang, n keep d isi pisang in freezer. can use them for cake making or blend wif chocolate milk. very nice to drink

    ReplyDelete
  10. baru nak teka tu pisang nangka sebab warna cam hijau2 tapi kalo tak sesuai goreng tu bukan le maksudnya.

    Buat eskem pisang. hehe.. sedap ke.

    ReplyDelete
  11. I selalu konon beli pisang nak buat lepat setalam (sebab takdak daun pisang) tapi tak pernah jadik lagi sebab selalu habis dulu hihihi. Muffin pisang tu sedap jer, faveret I dulu tu, sini tak pernah nampak lagi orang buat. Apam kukus ngan lepat bezanya cuma lubagn2 tu jer la kot yer. Apa pun, lepat pisang adalah pujaan hati beta huhuhu lama tak rasa ni. lama sungguh.

    ReplyDelete
  12. muffin pisang tu nampak sedapnye. Kalau ada resepi boleh la share. Nak bookmarked! :)

    ReplyDelete
  13. Nampak macam pisang berangan kak..tapi takut salah pulak..kalau sayer macam best pisang buat masak lemak..macam pisang 44 hari

    ReplyDelete
  14. muffin tu nampak sgt sedap...
    kalau pisang masih muda,boleh la jugak dibuat kerepek,kan...

    ReplyDelete
  15. Yang apam tu nampak sedap Ummu.......aku pun tak berapa gemar makan pisang gitu je, lebih suka kalau ianya dah diubahsuai menjadi kuih atau kek...hehe

    ReplyDelete
  16. sedapnya muffin pisang...
    kalu wak kek pise pon sedap gak ummu..lebih kure jer rasa ngan muffin tu dih..

    ReplyDelete
  17. Salam Ummuaidan,

    Kami pulak suka pisang, terutama berangan. Kalau sesikat sekejap aja selesai! Mak Aji dan copy resepi muffin ya, nak buat bila tak taulah! Jenis pisang apa dalam foto ni??

    ReplyDelete
  18. suka makan pisang goreng cicah dengan cili kicap.. dapnye.. ;)

    ReplyDelete
  19. Menarik jugak nampaknya resepi ni UA...yelah kadang tu kalau cengkodok pisang hari hari pun jemu jugak yek...

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads