Showing posts with label mangga. Show all posts
Showing posts with label mangga. Show all posts

Monday, 17 March 2014

Buoh Mung Aku Tunggu

Pada awal2 berblog dulu ade dibuat entri berkaitan dengan Pokok Buah-buahan Dilaman. Salah satunya darinya adalah pokok mangga yang local nie. Dimana pokoknya tumbuh dari biji yang dibaling2 lepas dimakan2..kemudian besar sket, peladang isteri alihkan ketempat yang lebih strategik without any hope yang akan dapat makan buahnya suatu hari nanti..yerlah pokok mangga kan makan masa bertahun2 tuk berbuah.


Inilah pokok mangga itu pada 1 tahun setengah yang lepas. usianya ketika ini adalah dalam 2 tahun kot.

Setelah baca kat blog kengkawan ..cam blog Mak Aji, katanya mangga boleh berbuah seawal usia 4 tahun lebih. Kira punya kira pokok mangga nie kalau ikutkan tahun nie celebrate besday yang keempatlah...heheh


Dah besar panjang dah anak mak nie.. Kerana mengharapkannya berbuah ditahun nie jugak maka peladang isteri pun mengerahkan tenaganya tuk membesarkan pokok nie.baja jugak ditabur..secupak jer baru ..serta ikut tips MakAji buang daun2 yang berada pada dahan serta batang utama yang boleh menghalang angin. Malah pokok puding dibelakangnya pun kucantas jugak..pokok nona pun habes jer buahnya cepat2 kucantas..mana2 yang cuba menghalang angin mahupun cahaya dari pokok manggaku ini pastiku cantas juga..huhuhu

Musim mangga kat sini biasanya dari bulan Jun hingga hujung tahun...harap2 buah mung nie dapatlah kupetik sebelum balik kampung tanam jagung nanti. Inshaallah..doakan yer kalau tak kempunanlah nanti...huhuhu


Nuffnang Ads