Saturday, 1 September 2012

Menanam Kacang Tanah

Assalamualaikum,

Bila sebut pasang kacang tanah, teringat akan kacang rebus yang panas2 selalu dijual dipasar malam, memang sedap. Seingat saya dekat malaysia jarang pulak jumpa kacang tanah 'raw' yg belum diposes dijual di pasar2, mungkin ada tetapi tak pernah jumpa setakat ini. Lain pula dekat bumi orang2 berambut afro ini, kacang tanah mentah fresh from garden banyak dijual dipasar2, hampir sepanjang tahun. Murah pulak tu, sekopi susu dalam RM1.70 (FJD1.00). Malangnya, walaupun banyak kacang tanah mentah dijual dan ditanam, tetapi nak mencari kacang tanah mentah yang telah diproses adalah menjadi kesukaran. Mungkin kerana orang2 disini tidak begitu maju dalam teknologi industri atau tak banyak demand untuk kacang mentah yang diproses (tanpa kulit). 

Menanam kacang tanah tidaklah begitu sukar sekiranya kita mempunyai tanah kebun yang gembur dan berpasir. Tanah biasa boleh hidup, tetapi hasilnya tidaklah sebaik kacang yang ditanam ditanah berpasir. Ini kerana kacang yang akan terbentuk didalam tanah akan mudah menembusi tanah yang berpasir dan gembur. Tanaman yang mengambil masa yang agak lama untuk dituai hasilnya iaitu dalam 4 hingga 5 bulan, setiap pokok yang subur boleh menghasilkan dalam lebih kurang 30 biji kacang (bergantung kepada kesuburan). 

Kacang tanah boleh ditanam dalam bekas atau container sekiranya kita dapat menyediakan ruang secukupnya untuk pokok berkembang dan bekas juga dalam diisi dengan tanah yang agak banyak dan tinggi saiznya. Walaubagaimanapun sekiranya kita ingin mendapatkan hasil yang lebih, menyediakan batas tanaman adalah opsyen terbaik, inshaallah hasil lebih banyak dan memuaskan. Batas yang tinggi dan tanah yang baik merupakan kunci untuk mendapat hasil yang menggalakkan. Tanaman tidak memerlukan penjagaan yang rapi, cukuplan dengan menyiram air selepas menyemai benih dan sehingga pokok kelihatan agak besar dan kuat. Namun begitu bila pokok dah besar dan hampir masa untuk berisi, penyiram tidak perlu kerana tanah yang lembap dan berair boleh merosakkan isi didalam tanah. Musim hujan adalah waktu yang paling tidak sesuai untuk menanam kacang tanam daripada pengalaman saya. Hujan berlebihan akan merosakkan isi dan pokok serta menjejaskan tumbesaran dan perkembangan isi bagi pokok yang telah matang.

Untuk menanam kacang, benih yang saya gunakan adalah fresh kacang tanah daripada pasar, ditanam bersama2 dengan kulit, kerana bila berada dalam tanah dan bercambah ia akan terbuka dengan sendirinya cuma mengambil masa yang agak lama sedikit berbanding dengan menanam biji kacang terus didalam tanah.
Teknik menanam adalah mengikut logik masing2 samada hendak membuat lubang berasing2 untuk meletakkan benih atau yang saya lakukan adalah dengan mebuat garisan ditengah2 batas untuk membariskan benih2 dan kemudiannya dikambus balik dengan tanah.

Cara yang saya gunakan ini adalah lebih menjimatkan masa kerana bila garisan dah dibuat lebih senang untuk meletakkan benih secara serentak,

Nampak seperti terlalu banyak benih dan sangat berdekatan kan? Logiknya tidak semua benih akan bercambah dan menjadi anak pokok. Jadi always good to put extra, untuk mengelakkan keciciran dan meningkatkan posibiliti penumbuhan. Bila pokok sudah tumbuh nanti terpulang kepada kita samada untuk merenggangkan jarak antara pokok2 dengan mencabut pokok2 yang berlebih dan tidak diingini.
Benih kacang yang telah selamat disemai, alhamdulillah.

Mungkin kita merasakan kenapalah membuang tenaga, ruang kebun dan masa untuk menanam kacang tanah sedangkan boleh dibeli dari pasar dengan harga yang murah. Seseorang yang suka menanam would look at it in different way, walapun terpaksa menunggu berbulan sebelum dapat hasil, namum saat menuai adalah saat yang paling menyeronokkan , apatah lagi bila kacang direbus sendiri untuk dinikmati seisi keluarga. 

6 comments:

  1. rajinlah sikacak ni..sayang tak sempat kut jadi calon menantu..hehehe.Aidan dah pernah balik kelantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah balik masa umur setahun dulu..sekarang kalo balik tiket maunya harga dewasa juga tu..

      Delete
  2. Little helper so capable & cute!

    ReplyDelete
  3. dah hidup dah kacang tanahnya ya..nak jugak tengok foto pokok yang bersusun tu...kembang hatikan ? bila apa yang ditanam mula berkembang dan akhirnya dituai..susunan kacang tu akan mengingatkan akak kepada ummuaidan..caiyok2 pada little helper tu..oh ya...akak nampak pulak link ummuaidan diposting mulukhiya tanamsendiri...curiousla..virus ke apa eh..dlm blog akak dah tak de dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak..foto pokok tersusun tuh ken stay tune to the next episode lah yer..heheh. sy rs kan kak mungkin automatic generated sbb dl ade gak submit blog utk free backlink..kalo yg kita cuba link kan sendiri mmg susah kak..dah cuba...

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads