Monday, 17 September 2012

Yang Mesti Ada Dihalaman Belakang

Sebenarnya list yang mesti ada ini adalah yang paling basic dimana perlu ada dihalaman kita walaupun ruang tanah itu sikit sahaja. Dalam erti kata lain, lebih praktikal untuk menanam daripada membeli dikedai.


Pokok Pandan

Pandan menjadi seperti identiti orang melayu dan juga indonesia dimana dikebanyakkan halaman rumah mereka mesti ada tanam pokok pandan. Sekiranya kita berada ditempat asing dan terjumpa dengan pokok pandan dikawasan rumah seseorang, berita baik- kerana ada jejak orang berketurunan seperti kita disitu. Banyak digunakan didalam masakan,kuih muih, pengat, pewarna dan juga sebagai bunga rampai majlis kahwin. Bayangkan jika bangun pagi teringin nak masak nasi lemak, jika ada pokok pandan dihalaman senang kan tak payah tunggu mencari2 dikedai.  Pandan biasanya ditanam menggunakan anak pokok yang kecil yang diambil dari induk. Boleh membesar dan berkembang membiakkan banyak anak2 lagi pada pokok induk. Penjagaan pada awalnya semasa kecil memerlukan siraman air setiap hari. Selepas pokok berkembang besar, siraman air 3 hari sekali atau seminggu sekali memadai sekiranya pokok subur dan tidak kekeringan. Pokok pandan boleh tahan bertahun2, sekali sekala maintenance seperti membuang rumput rumpai dan letakkan rumput kering dipangkalnya boleh menggalakkan kesuburan pokok. 
Cili

Kebanyakkan kita penggemar cili, bila makan nasi, mee atau sup tidak lengkap tanpa cili - macam sesuatu kekurangan. Sepokok atau dua cili dihalaman adalah cukup untuk keperluan dapur. Berbanding dengan jika dibeli dipasar, ditanam sendiri lebih segar, senang dipetik bila2 masa sahaja yang diperlukan. 

Cara menanam pun tidaklah susah, dengan biji cili yang telah masak dipokok pun boleh ditanam (daripada pengalaman). Samada ditanam dalam pasu atau direct diatas tanah. Gali lubang, gemburkan tanah kemudian taburkan beberapa biji cili yang telah dikeringkan ditengah panas, kemudian ditutup dengan secara nipis dengan deburan tanah. Siramkan air 2 kali sehari, inshaallah tumbuhlan ia. Cili juga sekali ditanam, boleh tahan bertahun-tahun jika tidak diserang penyakit dan berbuahnya juga berterusan sepanjang tahun.

Hanya 2 jenis tanaman ini dahulu sebagai pilihan yang mesti ada, jika rasakan ada yang lain yang lebih utama kawan2 boleh berikan pendapat pada ruangan komen inshaallah.
Inshaallah lain entry kita akan berbincang tentang yang patut ada dihalaman kita.

7 comments:

  1. Pokok pandan saya baru menjadi arwah :-( rasanya sebab duduk di shade kot. Kena cubalagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam byk sikit kalau 1 mati, ade 1 lg ..heheh..mcm sy tanam byk2 tp gunanya sikit2...tp kalau sy tak tanam mana nak dpt kan...hehe

      Delete
  2. Ummuaidan,
    tanah saya kecik jer. So dah penuh dgn pandan, lengkuas, kunyit, kari, cili, gajus, mulberi, samok, kucai, limau purut, calamansi, serai, ulam raja & ulam jenerih. Pokok2 herba english saya tanam dalam pasu : rosemary, thyme, dill, oregano, lavender, thai basil, lemon balm,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..itu dah cukup malah dah hampir perfect garden tuh..tak payah beli kat luar lg....limau purut susah nak dpt kat sini...

      Delete
  3. pandan, cili padi, pokok kari, limau purut dan limau kasturi... pokok febret saya... masa tinggal di apartment dulu, sanggup tanam dalam pasu... skrang ni dah ada rumah atas tanah... harus la pindahkan ke tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg feberat eja semua ada kat umah sy kecuali limau purut..so msk tomyam tak perfect sikit tanpa daun limau purut...

      Delete
  4. semangat nak menanam kat halaman belakang rumah masih belum kesampaian.. lalang lagi tinggi dari pokok cili.. hehehe..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads