Tuesday, 18 September 2012

Yang PATUT ADA Dihalaman Belakang

Assalamualaikum,
Pada entri yang lepas kita dah bincangkan yang mesti ada dihalaman belakang, kali ini kita lihat yang patut ada pula. Maksudnya yang kita bukan guna hari-hari dalam masakan dan kalau hendak beli daripada kedai juga tidaklah mahal. Juga boleh disimpan untuk tempoh seminggu dalam peti sejuk sebelum menjadi rosak.

Pokok Kari 
Kalau pokok pandan menjadi penghias laman atau identiti yang berkait rapat denga orang melayu, maka pokok kari pula yang berkait rapat dengan kaum india. Percaya atau tidak, orang india yang 'pure' akan meletakkan daun dari dalam setiap masakan mereka atau 'curry' (mereka panggil)  sebelum menumis bawang dan sebagainya. Daun kari untuk memberikan rasa dan bau, juga baik untuk kesihatan. Pun begitu, sperti disini daun kari tidak dijual dipasar kerana setiap rumah pasti akan menanamnya. Rasanya bagi orang melayu pokok kari macam optional samada nak tanam atau tidak sebab kegunaan tidak sebegitu kerap. Menanam pokok kari lebih senang menggunakan anak pokok. Biasanya anak pokok terhasil daripada buah2 kecil yang akan menjadi benih kemudiannya. Senang hidup terutamanya pada kawasan rumah yang agak teduh sedikit dan tidak mendapat cahaya matahari direct. 

Pokok Serai
Yang bagusnya tentang serai, ianya digunakan dalam masakan yang istimewa seperti satay, kuah kacang, masakan goreng berempah, percik nasi kerabu dan sebagainya. Mungkin serai tidak digunakan hari2 dalam masakan, namun jika ada ruang dan harga serai agak mahal eloklah juga ditanam, kerana jika ada keperluan, sudah tersedia, tidak perlu mencari dikedai. Tanaman yang mudah tumbuh menggunakan batang pokok berakar yang telah dikerat daun-daunnya. Tidak memerlukan penjagaan rapi, cukuplah disiram pada awalnya, namun setelah pokok besar ia boleh hidup sendiri. Sekali sekali dibuang daun2 yang telah kering dan mati agar pokok lebih sihat. Selepas 6 bulan barulah boleh menuai hasil kerana lebih banyak pokok yang akan terhasil dalam tempoh itu.

Lengkuas
Masakan Kelantan rasanya paling banyak menggunakan lengkuas daripada menyinggang ikan, kari lengkuas kunyit, merebus ikan dan bermacam lagi. Setengah orang membuat tomyam homemade dari lengkuas. Pokok lengkuas mudah hidup, daripada lengkuas yang dibeli dari pasar pun boleh ditanam. Juga mudah berkembang tetapi agak mengambil ruang jika tidak diambil isinya dan dicantas batang-batang. Pokok lengkuas berciri seperti pokok2 hutan, tanpa penjagaan pun akan tetap hidup berkembang sendiri. Jika tidak kerap menggunakan lengkuas, rasanya tidak perlulah ditanam dihalaman kerana jika ruang sempit boleh jadi semak kemudiannya.

Limau (Limau nipis, limau kasturi, limau purut)
Limau terdapat pelbagai jenisnya seperti limau nipis, limau kasturi, limau purut dan sebagaimanya. Banyak kegunaannya  keluarga limau ini, boleh dibuat jus limau, perahan dalam budu dan lain2 masakan, berkesan untuk menghilangkan bau hanyir ikan yang melekat pada tangan, juga untuk membersihkan kulit kepala, menghilangkan gatal dan sakit kepala. Saiz pokok bergantung kepada jenis baka, ada yang besar dan ada yang kecil pokoknya. Pokok bersaiz kecil elok ditanam dihalaman kerana kurang mengambil ruang, jika pokok rendah senang untuk memetik buah dan juga tidak menjadi menghadang cahaya untuk tanaman lain. Biasanya ditanam melalui anak pokok kerana mudah tumbuh. Pokok yang telah matang dan berbuah tidak memerlukan banyak penjagaan, cukuplah memangkas dahan atau ranting yang berlebihan ataupun kering pada pokok.

Terung
Biasanya dimasak mengikut kesukaan samada sebagai kari, sayur putih, ulam mentah atau rebus, dibuat dalca atau goreng. Percaya atau tidak kaum india menggunakan terung untuk menjadikan kuah yang pekat kepada masakan lain seperti kekacang atau kentang, biasanya terung dipotong kecil dan dimasak sehingga lembik dan menjadi sebahagian dari kuah (sehingga rupa terung tidak dapat dikenalpasti lagi). Sepohon terung cukup untuk kegunaan seiisi rumah kerana terung yang subur boleh menghasilkan banyak buah pada waktu yang sama. Juga ditanam menggunakan anak pokok, tidak memerlukan banyak penjagaan malah tanpa baja juga mampu menghasilkan buah. Pokok terung yang baik mampu hidup dan berbuah sehingga bertahun-tahun sekiranya tidak mendapat serangan penyakit seperti penyakit akar.

Tanaman-tanaman yang disenaraikan diatas adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman sendiri. Setiap kita mempunyai pilihan pokok-pokok kegemaran masing-masing, pokok-pokok yang dibincangkan diatas adalah diantara yang senang hidup, tahan lama dan tidak memerlukan maintenance yang banyak atau dalam erti kata lain tidak menyusahkan kita malah berjasa pula.

Antara pokok-pokok tanaman lain yang menjadi pilihan juga adalah seperti cili besar pokok limau purut, limau kasturi, kunyit, ketumbar dan sebagainya. Yang penting adalah praktikal - menanam sesuatu yang kita sukai, sesuai dengan saiz halaman, selalu gunakan, tiada perlu banyak penjagaan, boleh hidup sendiri dan tempoh hidup lama.

Selamat bertanam dan memenuhi kebun untuk kawan-kawan semua.

16 comments:

  1. Daripada senarai di atas, yang saya ada ialah pokok limau, lengkuas, dan terung pendek. Namun sayang sekali serai dan pokok kari saya telah menemui ajalnya. Kedua-dua tanaman tersebut di tempat yang agak teduh. Mungkin, terlalu teduh barangkali, sepaptutnya saya letakkan di tempat yang lebih terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serai kalau tgh panas pun tak apa..pokok kari yg sy notice bila ia tumbuh sendiri dicelah2 pokok lain, walaupun pokok besar tumbuhnya lebih subur berbanding yang kita tanam ditempat yg terbuka...pokok kari berusia mmg boleh lama kalau diikutkan..

      Delete
  2. As salam ummu,
    Dlm senarai kat atas, pokok terung je yg blm saya ada. Dlm proses semai biji benih utk ditanam. Limau tu nampak pesen mcm limau kasturi je. Ummu ada sebut budu... Pernah makan ulam cicah budu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam En. Adry, kdg terung yg benih tumbuh sendiri tuh senang jer nak idup, yg kita tanam susah pulak. Anyway thanks psl gambar limau tuh..tak perasan sebenarnya, betul limau kasturi tp terlupa.dah buat perubahan..trima kasih kerana membetulkan..budu & ulam mmg biasa bg orng kelantan-penambah selera, tp kat sini jer tak dapat..

      Delete
  3. Kalau tak ada sayur- sayur ni rasa tak lengkap laman di rumah kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..yg patut tinggal bersama2 dirumah kita..hehehe

      Delete
  4. akak tak pernah berjaya menyemai pokok kari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanam dari anak dia tu...biasanya tumbuh gitu jer sendiri dekat pokok2..kdg2 tumbuh kerana burung bawa..

      Delete
    2. Heh, saya tanam dari anak pokok, beli je, murah dan mudah. Tak pandai nak semai benih :D

      Delete
  5. Baguz idea nie... mmg ada cadangan nak tanam limau-limau tu... serai ditanam masih belum menjadi, nak kena perbaiki kaedah penanaman agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tuh..eloklah dipercepatkan...nanti cepat jgk dapat hasil ...:)

      Delete
    2. he he heee... nanti nak tinjau kat mana murah nak beli pokok2 limau nie... tp kena tinjau juga kawasan untuk ditanam sbb kaw kat rumah terhad :D

      bab serai tu, masih gagal nak dpt serai tumbuh subur... kena kaji silap kat mana...

      Delete
    3. serai tu, cuba tanam lebih sikit, 2/ 3 tpt ker..dlm byk2 mungkin ada yg akan tumbuh, inshaallah..

      Delete
  6. dah 3 kali percubaan menanam terug tapi x menjadi-jadi..geram sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lynhelite..cuba tanam lagi tapi tanam lebih byk sikit pokok..buat back up..

      Delete
  7. Saya setiap kali pindah rumaj MIL mesti dtg menanam serai sekeliling rumah..selain xnk bg lalang atau semak..baiklah menanam kan..dan memanh betul..sangat berguna sbb kita memang slalu masak hari2 kan..jd pucuk2 ubi..serai..lada api..memang berguna..

    Nnt boleh cuba tanam sayur2 lain pulak :)
    Nway nive entry!

    Jemput ke blog saya utk info kesihatan n pemakanan sihat ye..

    Www.adaa-inspiration.com
    ;)

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads