Kenapa pepatah guna 'pisang' berbuah dua kali'?
Sedangkan aku rasa realitinya pisang takkan berbuah dua kali..tetapi 'perkara' yang disamakan dengan 'pisang' ade kebarangkalian berlaku berkali2...betul tak?
Actually peribahasa ini selalunya digunakan bagi seseorang yg pernah mengalami perkara yg buruk di dlam hidupnya..sehingga dia merasa serik dan meminta supaya tidak berulang lagi..
Pada pemerhatian aku setakat inilah kenapa pisang tak...antara sebab kenapa pisang tak berbuah 2 kali adalah sekali berbuah pun mempertarungkan nyawa sepenuhnya tuk memberikan kita buah..
Lihat pokok pisang semakin kekeringan dan hampir mati sepenuhnya kerana buah yang begitu berat hendak ditampung (buah dibalut ngan guni tu)..rasanya akar sebahagiannya sudah rosak sebab itulah pokok pun nyawa2 ikan jadinya..
Buah yang dah mula masak..berbulan jugak nunggunya..
Yang berparuh sudahpun merasa dahulu...korang panggil apa yer pisang nie? Rasa aku pisang nie tak sedap tuk goreng. tuk buat pengat pun tak sedap jugak..makan gitu jerlah..
Namun begitu ade jugak pokok yang masih hidup setelah berbuah pertamanya kalinya..tapi tidaklah berbuah lagi kan lepas tuh dan kena jugaklah tebang buang akhirnya...