Showing posts with label Asam Jawa. Show all posts
Showing posts with label Asam Jawa. Show all posts

Tuesday, 4 December 2012

Buah Asam Jawa Diluar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan

Semalam pergi ke hospital untuk cuba membuat first appointment, namun tak dapat sebab wrong day, hari khamis katanya baru boleh book appointment. Kami parking keta ditempat parking dibawah pokok, kemudian bila tengok betul-betul baru perasan rupanya pokok asam jawa. Lebat sangat buahnya.


Tak boleh tengok buah asam jawa nie, kecur liur jawabnya hehe..cicah garam makan masam2 gitu pun sedap...makan colek pun sedap, jeruk asam jawa pun sedap. Nampkanya kena belajar buat jeruk nie...



Beberapa pokok yang besar, semuanya berbuah lebat. Abuaidan kata orang awam ambik jer buah nie jolok2 gitu sebab hak awam kot. Bila suruh dia ambikkan mcm tak setuju lak..(mungkin malu kot nak jolok buah2 kat tempat terbuka orang nampak, bukan cara dia gitu..). Kat sini mereka gunakan asam jawa banyak sangat dalam masakan terutama indian..mesti ada asam jawa kat umah. Lagi satu mereka suka buat chutney atau sambal yang mereka panggil Emely Chutney (emely tuh asam jawalah). Agaknya saja pokok nie ditanam diluar kawasan spital nak menggoda pompuan2 mengandung yg dtg check-up...hohoho

Since tak dapat nak ambil galah nak jolok buah asam jawa nie nampaknya kena suruh en. Abuaidan beli kat pasar banyak2..buat makan colek..buat jeruk pun jugak...aaaa... tak boleh pikir lebih2 kecur liur...:)

Nuffnang Ads