Lambat bersiaran hari nie..ingatkan malas nak bersiaran tapi since ade kesempatan nie, dtg jugaklah penyakit bersiaran nie. Actually baru ade kelapangan sikit nie..dari pagi hingga kul 2.00pm begitu sibuk ngan Che Mek Kecik ngan dapur.
Since En.Abuaidan ade kat umah hari nie ade lah helping hand nak buat sesuatu projek walaupun on and off kena layan Mek Kecik..
Hari nie sibuk dok buat biskut badam dan juga membuat jem nenas untuk tart.Tart blom siap lagi..buat jem pun makan masa..inshaallah esoklah projek mengetartnyer...leh suruh En. Abuaidan tolong kan...
Yang telah siap last week,
Biskut suji, abaikan ceri yang serongeh tuh. Actually dah 3 tahun berturut-turut buat biskut nie. Mudah dan sedap, gentel-gentel, letaklah ceri diatasnya..disukai ramai walaupun pertama kali merasanya.
Resepi Biskut Suji yang tidak pernah mengecewakan
(Sumber- majalah rasa)
Bahan-bahan
250g minyak sapi
150g gula aising
150g tepung suji
300g gandum
30g susutepung
secubit garam
ceri merah - untuk hiasan
Cawan kertas secukupnya
Kaedah
Resepi Biskut Suji yang tidak pernah mengecewakan
(Sumber- majalah rasa)
Bahan-bahan
250g minyak sapi
150g gula aising
150g tepung suji
300g gandum
30g susutepung
secubit garam
ceri merah - untuk hiasan
Cawan kertas secukupnya
Kaedah
- Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
- Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu
- Adunkan hingga jadi doh yang lembut, rehatkan 15min
- Bulatkan dan masukkan dalam mangkuk kertas. Hiaskan dengan ceri.
Hmmm...dapat membayangkan keseronokan nak balik kampung waktu nie kan..sibuk dok kemas baju, dok servis keta..dok siapkan kuih muih...takperlah blom rezki kami nak balik kampung lagi..inshaallah soon..:)
Oh sedaapnya..nekcik pun suka biskut itu!!
ReplyDeleteSelamat hari raya Ummuaidan..bergembiralah walau jauh diperantauan!!
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMak Aji copy je resepinya, buatnya x tau lagi! Mak Aji x balik kampung tahun ni, kat KL je. Banyak projek 'menguih' sehari dua ni ya!
Selamat menjalani ibadah puasa pada hari2 terakhir puasa dan selamat hari raya untuk seluruh ahli keluarga di perantauan (walau jauh tetapi dekat di hati!).
Assalamu'alaikum ummuaidan
ReplyDeleteSelamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin.
Wow, agaknya berapa banyaklah jenis kuih muih ummuaidan buat raya tahun ni. Tertanya-tanya juga, adakah orang sana buat ketupat? Juadah paling pop masa raya yang mana, ummuaidan?
dalam dok berpantang pun sempat lagi mengigihkan diri ya Nor...
ReplyDeleteSalam kak..
ReplyDeleteSaya pun suke dngan biskut ni..klo ade kesempatan setiap tahun pun buat jugak hehe
Asslam Ummu..
ReplyDeletedah banyak ye koleksi kuih rayanya...hehe..
kami dok tunggu nak balik tawau ptg ni and isnin flight ke KL sblm ke Melaka plak..:)
psstt: nak try buat ni.. cemburu tgk org lain dah buat..
ReplyDeleteWow! Good job! They look very appetizing!
ReplyDeleteTabik spring kt Ummu yang tetap bersungguh buat persiapan raya walaupun dalam pantang. Bagus perangai macam ni, tak suka manjakan diri sangat dan suka berdikari apa tah lagi disokong suami mitahli.. Alhamdulillah.. selamat hari raya dan maaf zahir batin
ReplyDeletesamalah dgn kita...tak nak bersiaran kononnya..he~
ReplyDeletebangga dgn ummu..seorang yg sangat rajin..mmg fev juga suji ni
dlm pantang pun sempat lagi buat kuih tu!nmpk simple je resipi....nak cuba tp bile lah bl cuba ni...hehe;p
ReplyDeleteRajinnya ummu buat kuih raya ni kuih kegemaran saya dan senang nak buat kan
ReplyDeleteAssallamualaikum Ummu,
ReplyDeletemasih sempat Ummu buat kuih raya walau dalam sibuk2 dengan anak kecil. Orang rajin macam tu lah sentiasa ada waktu. Tahniah..Akak pun baru mula nak buat bila sekolah dah mula bercuti. Cucu pula suka kacau mamatok dia..harap-harap dapat lah juga buat /try biskut suji ni..tentu anak n cucu akak suka.
Salam Ramadan dan jaga kesihatan di perantauan.
assalamualaikum ummu...sedapnya mama mmg suka biskut suji ni...;)
ReplyDeleteTahun lepasa ada gak buat ni tapi tahun ni mcm malaslah pulak...hari tu menjeling ghee...mak ai mcm mahal je...setin tu dalm 30 henggit lebih!
ReplyDeleteOKje esok balik kg UA... hubby keje lagi hari ni
Biskut suji ni mmg sedapkan. Bila bila nanti boleh cuba. Dah save resepi.
ReplyDelete