Sebenarnya list yang mesti ada ini adalah yang paling basic dimana perlu ada dihalaman kita walaupun ruang tanah itu sikit sahaja. Dalam erti kata lain, lebih praktikal untuk menanam daripada membeli dikedai.
Cili
Kebanyakkan kita penggemar cili, bila makan nasi, mee atau sup tidak lengkap tanpa cili - macam sesuatu kekurangan. Sepokok atau dua cili dihalaman adalah cukup untuk keperluan dapur. Berbanding dengan jika dibeli dipasar, ditanam sendiri lebih segar, senang dipetik bila2 masa sahaja yang diperlukan.
Cara menanam pun tidaklah susah, dengan biji cili yang telah masak dipokok pun boleh ditanam (daripada pengalaman). Samada ditanam dalam pasu atau direct diatas tanah. Gali lubang, gemburkan tanah kemudian taburkan beberapa biji cili yang telah dikeringkan ditengah panas, kemudian ditutup dengan secara nipis dengan deburan tanah. Siramkan air 2 kali sehari, inshaallah tumbuhlan ia. Cili juga sekali ditanam, boleh tahan bertahun-tahun jika tidak diserang penyakit dan berbuahnya juga berterusan sepanjang tahun.
Hanya 2 jenis tanaman ini dahulu sebagai pilihan yang mesti ada, jika rasakan ada yang lain yang lebih utama kawan2 boleh berikan pendapat pada ruangan komen inshaallah.
Inshaallah lain entry kita akan berbincang tentang yang patut ada dihalaman kita.
Pokok pandan saya baru menjadi arwah :-( rasanya sebab duduk di shade kot. Kena cubalagi.
ReplyDeletetanam byk sikit kalau 1 mati, ade 1 lg ..heheh..mcm sy tanam byk2 tp gunanya sikit2...tp kalau sy tak tanam mana nak dpt kan...hehe
DeleteUmmuaidan,
ReplyDeletetanah saya kecik jer. So dah penuh dgn pandan, lengkuas, kunyit, kari, cili, gajus, mulberi, samok, kucai, limau purut, calamansi, serai, ulam raja & ulam jenerih. Pokok2 herba english saya tanam dalam pasu : rosemary, thyme, dill, oregano, lavender, thai basil, lemon balm,
wah..itu dah cukup malah dah hampir perfect garden tuh..tak payah beli kat luar lg....limau purut susah nak dpt kat sini...
Deletepandan, cili padi, pokok kari, limau purut dan limau kasturi... pokok febret saya... masa tinggal di apartment dulu, sanggup tanam dalam pasu... skrang ni dah ada rumah atas tanah... harus la pindahkan ke tanah...
ReplyDeleteyg feberat eja semua ada kat umah sy kecuali limau purut..so msk tomyam tak perfect sikit tanpa daun limau purut...
Deletesemangat nak menanam kat halaman belakang rumah masih belum kesampaian.. lalang lagi tinggi dari pokok cili.. hehehe..
ReplyDelete