Sunday, 9 February 2014

Hendak Meraja Lagi

Dulu aku ade cerita pasal pasal pokok ulam raja yang gah meraja di Kepulauan Pasifik nie..agak2nya the only ulam raja yang ade kat sini kan..tah2 ade merata2 lagi ko tak tahu..

Dah puas meninggi, berbunga, berbuah..akhirnya dicantas jugak kerana mengganggu pokok2 yang lain, blocking from sunlight dan juga makan banyak space hinggalah masuk dalam ampaian..

Namun begitu backup plan dorang nie lagi bagus..

Yang kelihatan batang kering adalah yang dicantas dan telah mati..namun generasi baru pulak mula bertaburan dimerata-rata..

Sampaikan diantara  pokok2 cili pun sempat jugak mereka beranak pinak..masa kecil ok lagi bila besar nanti kemain serabut jadinya kat sini..

Almost ready dah nie pun tuk dijadikan ulam..sib baik ade stok budu yang baru..:)

Betapa mudahnya kan menanam ulam raja nie...yang perlu kita tanam cuma kali pertama jer..lepas tuh dah tak payah susah2...kalau buat macam tak kenal jer lagilah mereka nie meraja for free..:)

Saturday, 8 February 2014

Misi Menapai

Actually tapai bukanlah my febret sangat, kalau ade makan, kalau takder pun tak kesah. Cuma dah lama sangat teringin nak makan tapai ubi kayu goreng. Itulah yang mendorong aku tuk cuba membuat tapai sendiri..yerlah mana nak dapat kat tempat depa nie..

Ini adalah percubaan kedua aku tuk membuat tapai sendiri, pernah cuba sekali last year namun tak menjadi..tak dapat dipastikan sebabnya sebab takder tok guru yang nak ajar..tok guru internet yang takleh bercakap jer..heheh. Even mak aku  pun tak pernah buat sendiri juga..macam tak percaya lak kan..hoohoho. Takper lah anak dia kan suka bereksperimen...

Since baru dapat ragi yang dikirim hari khamis tuh..semalam jugak aku cepat2 buat dengan semangatnya..Actually bila tengok bungkusan nie ingatkan kuih telor ke haper mak aku kirim..gigit sikit, aaiihh takder rasa...tawar jer...ooohhh..baru aku ingat ragi rupanya, sib baik tak tertelan kang kembang perut jadinya.....heheh

 
Kena plak beberapa hari lepas En.AAA ade gali ubi kayu, yang tertinggal tak sempat nak distribute..aku pun guna jerlah daripada dok 'sebbek' situ kan. Ini dah siap direbus dah nie.

 Siap ditabur ragi laipsan by lapisan. Yang bawah lapik ngan daun pisang. 


Tutup rapat, simpan kat tempat yang agak tersembunyi..inshaallah Isnin baru boleh bukak balik tengok.

Hmmm..rasa korang berjaya tak misi menapai aku kali nie? Cuba teka sket..heheh..apapun resultnya hari Isnin nanti aku citer...

Kalau aku rasanya macam tak menjadi jer lagi this time...

Selamat berhujung minggu..

p/s : selamat jugak menulis entri sambil meriba si grabber nie..

Friday, 7 February 2014

Rezeki Dari Alam Maya

Rezki sejak berblog alhamdulillah tidak putus-putus dari awal hinggalah kehari ini. Kiriman2 yang ikhlas dari rakan2 blog seperti Kak Puteri Purnama,  Dini, Diana KBB, MakAji Ummu Malpdihah, Nadia Rashid, Chevy dan... adakah yang aku terlupa nak mention..

Daripada benih, makanan kering hinggalah pakaian serta buku...semuanya tak ternilai bagiku...terima kasih semua...

Rakan2 menghabiskan wang ringgit yang bukan sedikit kosnya buat ingatan untuk kami yang jauh beribu batu..sedikit sebanyak mengubat rindu kepada tanahair..

Daripada rakan2 yang mempunyai blog sendiri hinggalah kepada silent reader..alhamdulillah..

Semalam pula baru kuterima dari Pahang yang ditunggu2 selamat sampainya dari sipemberi dan  sipenerima..  

Kiriman dari Suzi Isa, my silent reader yang  selalu mengikuti perkembangan kami disini..mengambil masa 3 bulan untuk sampai kerana melalui surface.

Akhirnya sampai dengan selamat, tiada sedikit cela mahupun kerosakan walaupun lamanya perjalanan itu..:)

 Butter Cereal (tak sabar aku nak mencubanya), Kain batik yang sangat aku suka coraknya, baju tuk Arissa yang begitu comel serta sehelai tudung yang memang seperti taste aku jugak..

Anak dara yang selalu ade sahaja buah tangan untuknya..hinggakan kami tidak perlu membeli baju2 yang cantik untuknya kerana sudah banyak yang cantik2 telah dihantar oleh Auntie2 bloggers..yang tastenya punsama seperti mak Arissa..

Hmm belum lagi mummy mencuba, dia nampaknya dah cuba dulu nie,...syomelnya kan, mummy kalahlah ngan Arissa..kena simpan tuk Arissa gamaknya nie...hehehe 

Terima kasih Suzi Isa atas susah payah dan kemurahan hati..Allah jua yang dapat membalasnys. Semoga dimurahkan rezki dan mendapat kesenangan didunia dan akhirah..ameeen...

p/s- Suzi tidak mempunyai blog link tuk mengenalnya lebih lanjut...

Thursday, 6 February 2014

Dikala Memasuki Bulan Kelapan

Bila aku tengok gambar2 yang dok berlambak dalam folders yang aku tak terbelek pun, barulah aku terpikir ade baiknya jugak aku catatkan sedikit sebanyak perkembangan anak dara kecikku ini..lagipun aku nie bukan macam mak aku yang beranak 9 namun masih dapat ingat banyak tentang anak2nya terutama masa kecik..kalau tanya aku Arissalahir hari apa, mesti kena amek masa nak pikir jugak tuh..huhuh

Alhamdulillah she completed 7 months pada 2nd February yang lepas, kini dah lebih setengah tahun usianya kan..cepatnya aku rasa masa berlalu dan dia membesar..motor skills development pun alhamdulillah begitu cepat sampai aku terkejar-kejar tak cukup tangan nak menjaganya..nak menguruskan rumah lagi..nak berblog lagi..

Sekarang nie alhamdulillah dah dapat duduk ngan lebih steady, dah tak jatuh ditiup angin cam dulu. Boleh lah aku letak kejap tuk buat kerja2 didapur sambil monitor her. Dah pandai duduk nie asik2 nak duduk jer, asal bangun jer duduk, asal duduk jer bangun..sampai kalau bangun tengah malam pun nak duduk jugak..yang tuh siaplah berjaga tuk bermain..huhuh

Semenjak minggu lepas nampaknya dia dah mula merangkak untuk bergerak. Walau tak begitu laju tapi cukuplah untuk keluar dari bilik dan mencari2 mak dia. Kalau aku baru bangun nak bergerak tinggalkan dia kejap, tengok2 dia dah mula merangkak kat kaki aku..tak ker sian kalau tak amek..huhuh.Yang siabang lak suka cakap she walks like a cow..huhuh..ni case banyak tengok dokumentari nie..

Penat merangkak nampak nya dia pun cuba berenang jugak walaupun tak sekerap mana...hmm agaknya pakai baju panjang sket gini tak selesa nak merangkak kan..tersangkut kat kaki ..berenang lagi baik...hehe

Yang memanjat nie penat sikit sini..kalau kita baring siaplah jadi mangsa kena panjat..hohoho..tengah2 malam pun dia boleh panjat mak dia semata2 nak cross tuk pergi kacau abang yang tidur dihujung sana..yang abang lak senang jaga..mengamuklah apa lagi..huhuhu

Grabber..itulah gelaran tuk Arissa skrang ..heheh..Apa jer yang kita pegang mesti menarik minatnya tuk amek..kalau nak bukak buku nak ajar siabang skrang nie memanglah kritikal..susah sangat kalau ade dia nie..hmmm..camaner nak habeskan Iqra' siabang gini..

Bukan setakat siabang..siemak pun susah dah nak bukak kitab ngan siGrabber nie..sanggup merangkak jauh2 datang kalau tengok pegang kitab..huhuh...silap2 haribulan selamatlah kena koyak..hurrmmm..  

Sungguh masa sangat kritikal bagi aku tuk buat revision 30juz cam dulu skrang nie,..nak habeskan 1 juz sehari pun susah..tak dapat nak concentrate ngan anak kecik gini. Seawal pagi belum pukul 5am dia dah bangun camanelah aku sempat nak ngadap kitab dan waktu tidur siangnya plak itulah masa tuk aku masaklah, basuh bajulah, iron bajulah...kemas umahlah.. tengok kebun sebagainyalah..tulis entri pun sambil curik2 masa jer..

Hmmm blogwalking lagilah ikut sempat jer, kadang sambil beriba, sebelah tangan menaip, kadang baca jer entri tak boleh nak taip, kadang tak boleh nak buat apa sebab dia asyik dok nak panjat naik keatas aku.....apapun aku tau korang sesangat memahami kan..:)

p/s-Pun begitu aku tetap cuba tuk menulis at least  1 entri sehari kerana dengan menulislah otak aku berjalan sikit dan tidaklah tercenderung sangat tuk mikir kearah perkara negatif atau ketensionan.. 

Wednesday, 5 February 2014

[Wordless Wednesday] Kek Dukung

Kenapa aku panggilnya kek dukung?

Kek pisang nie susah payah aku buat dalam keadaan berdukung Arissa, sebelah tangan dukung sebelah tangan buat kerja.. daripada mixing bahan2 bagai nak terpelantung bekasnya berputar sekali sebab aku takleh nak pegang.. membakar, hinggalah masak...begitulah susahnya dengan mem kecik yang tak nak duduk nie..hasilnya adalah the best kek pisang yang aku pernah buat..heheh


p/s - kalo ade sesape nak mintak resepi kek nie mesti sanggup berdukung jugak baru jadi tauu...hhehe

Nuffnang Ads