Tuesday, 16 July 2013

Demi 15kg..

Ketika berada di hospital selepas bersalin, tidak perasan betul2 lagi..bila tengok orang yang dah bersalin tetapi badannya macam masih preggy lagi..ade jugak unsur2 ngumpat dalam hati..uh uh, tak baik!

Bila balik umah, hari ke 3 pantang, ternampak cermin..cuba pandang betul2 sket..Astaghfirullahalazhiim..aku kah itu? Oh tidak mungkin!!! Sekali tengok macam masih lagi preggy, berkali2 tengok macam mak anak 10...oh tidak..gara2 ngumpat orang dalam hati lah tu...

Ya Allah..mungkin habuan dari makan tak hengat dunia masa peknen dulu kot. Bayangkan berat  naik dalam 20kg lebih...kalau lembu atau kambing lebih berat takper jugak, untung! Tolak2 yang babynyer part tinggal dalam 15kg yg kena setel sendiri.

Bila tanya En. Abuaidan plak, dia pun ngan jujurnya mengiyakan .."ya..very big"..kurang2 amek hatilah kan cakap taklah, biasalah tuh baru lepas bersalin..huhuhu

Hari ke 4, 5 masih jugak jugak perut cam peknen lagi..hari berikutnya dah tak sampai ati nak tengok cermin..

Lepas seminggu baru tengok cermin balik, ade sikit perubahan... perut dah turun..tak nampak cam peknen 7 bulan dah lagi..tapi mungkin cam peknen 5 bulan lah kot..huhuhu

Dek kerana tak leh terima hakikat dan beauty conscious pun ade, terpaksalah buat plan 2 in 1, berpantang dan berdiet..aduss...sedihnya tak dapat makan nasi 2 pinggan sewenang-wenangnya cam dulu.

Makanan pantang buat masa nie cuma ikan samada buat sup atau bakar..awalnya makan nasi 2 kali, kini dikurangkan cuma lunch sahaja. Bekfes ngan oat atau biskut atau roti, minum pagi ngan biskut..dan dinner ngan biskut with kopi atau milo..tension..tension...bukan kehendak hati. tersiksa nafsu begini.


Biskut kering cicah kopi atau milo peneman musim pantang + diet

Nampaknya gayanya lepas abes pantang 44 hari kena tambah lagi diet 16 hari lagi kan. Dengan musim raya pelbagai kuih, biskut dok menggoda nanti..mampukah? Ataukah penderaan melampau terhadap nafsu makan..huhuhu

Boleh ker nie? aduss...siapakah bisa tahan makan biskut selama 2 bulan..lupakan nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng dsbnya..hendak fit balik kena berkorban wahai biskut2 raya sekelian..

Harap2 breastfeeding jugak dapat membantu to speed up the buang lemak. Kalau tak berjaya jugak nampaknya kena ketuk cermin ngan tukul nie..heheh

Sunday, 14 July 2013

Membuka Selera Dengan Suji or Semolina Halwa

Alhamdulillah anakanda kecik senang lena,,dptlah bondanya mencoret sikit entry dalam blog nie..(dasar blogger kan, tak reti dok diam)

Semalam pun while Arissa tino ngan lenanya dapatlah Mummy buat sikit makanan feveret big boss dan Abang Aidan untuk dimakan waktu berbuka dan lepas terawih.

Halwa suji nie rasanya kalau kat Malaysia belum pernah makan..cuma kat sini jer sangat2lah fofularnya..ade jer majlis, kenduri ker, doa selamat ker..mesti nak hidangkan benda nie..



Senang jer nak buat..taklah makan masa lama pun dalam setengah jam pun boleh beres..sapa berminat boleh mencuba wat bukak posa nanti...:). Check out the recipe...


RESEPI SUJI HALWA

Bahan-bahan
1 cawan tepung suji
1 cawan susu segar
1/3 cawan gula (ikut selera)
1/2 buku (125g) mentega 
Sedikit parutan buah keras (setengah sudu)
Sedikit kismis dan badam
Sedikit carrot yang diparut

Cara-cara
Suji digoreng tanpa minyak sehingga bewarna keperangan. kemudian masukkan mentega..goreng sehingga kering.
Masukkan susu segar, parutan buah keras, gula..kacau sehingga bercampur rata.
Masukkan kismis, carrot dan badam.. kacau rata..
Kacau sehingga agak kering tetapi struktur masih lembut. Jangan biarkan terlalu kering nanti tidak sedap..sedikit lembap2 gitu would be nice. tutup api.
Siap untuk dihidangkan.

Selamat berpuasa,berhujung minggu dan berbuka puasa untuk semua..:)

Friday, 12 July 2013

Puasanya Bila Isteri Dalam Pantang.

Menulis entry while baby is sleeping and releks2 sambil bertungku kaki, aci tak..:)

Alhamdulillah ramadhan disini baru sehari telah berlalu (actually puasa disini bermula hari khamis). Yang menjalani ibadah berpuasa dirumah ini cumalah En. Abuaidan..ummuaidan kan dlm pantang masih panas2 lagi..Aidan lak..hhmmm..tak leh harap berpuasa lg tuh..:)

Sukarkah seorang suami berpuasa sendirian tanpa persediaan untuk berbuka dan bersahur oleh isterinya? Mungkin ok, tapi untuk setengah orang boleh jadi kelam kabut kan..

Ramadhan kat sini suasananya tidaklah semeriah kat M'sia,maklumlah negara yg muslimnya adalah minoriti. Mana ade bazaar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis juadah mahupun tradisi bertukar2 juadah ngan jiran. Apa yang ngko masak,ngko makanlah apa yg ade kat umah ngko..gitulah..:)

Tough lah sikit kan kalo tak tahu masak..that's why suami banyak rely on wife dari segi makan minum nie..

En. Abuaidan boleh masak ikut selera dialah..cuma masa jer agak kesuntukkan..maklumlah banyak benda nak kena handle..kalau dia nak buat semua tuh mmg kelam kabut jadinya..that's why bini dia wpun dalam pantang, jika ade peluang masa baby tido tuh ..cuba siapkan untuknya seupaya mungkin walaupun dia kata tak payah, dia boleh buat sendiri..

Bila masak untuk dinner sejenis lauk dimakan dua kali untuk suhur jugak..tak banyak kerenah. Iftari atau waktu berbuka plak cukup bersyukur walaupun hanya dengan kurma, air masak dan white tea..no komplen. Manalah sempat nak buat kuih muih kan untuk makan berbuka mahpun selepas balik terawih. Kesian jugak, tapi memang kalau ikut keadaan yg bergantung kepada waktu tidor Arissa, memang tak nyempat nak buat lebih2.

Bila bersahur plak,dia akan bangun sendiri seawal kul 4.15am, panaskan makanan dan buat koko atau milo. takder white tea feveretnya. Lepas settle sahur, barulah solat tahajjud. Waktu sahur pun tak dapat nak menemaninya since waktu waktu breastfeeding tak menentu, dah bangun 2 atau 3 kali sebelum tuh..tak larat lak nak berjaga lagi kalaupun baby tido waktu tu.

Walaupun bersusah sedikit dan ala kadar sahaja, namun takperlah kan..janji tetap meneruskan ibadah tuh yang lebih utama..


Thursday, 11 July 2013

Setelah Seminggu Kebun Ditinggalkan

Setelah lebih seminggu ditinggalkan..datanglah rindu untuk melihat tanaman2 yang dijaga selama ini..hendak turun kekebun pun bukan senang dengan adanya baby kecik gini..kadang tido tak sampai setengah jam pun dah uwaaa..pagi2 lak sejuk untuk keluar rumah..:)

So kesempatan yang dikala dikala anakanda kecik tengah 'sleeping beauty' curik2 keluar jap tengok mereka2 yg dilaman tuh...

 Yang diluar... semakin bersemak wpun tanaman semakin membesar

 Yang didalam..lagilah bersemak samun, kena tengok betul2 baru nampak tanaman..

Anak semaian pakchoy dan sawi..nampaknya tah bila lah dapat bigboss bagi rumah tetap buat mereka  nie..

Yang seronoknya,

Cili ala cili kulai yang dinanti2 telah berbuah dengan lebatnya..sebab semak sang burung pun tak nampak agaknya..nie kena jeruklah nampak gayanya sebab takleh makan cili ms pantang kan...

Tomato yang masak ranum..merah kalernya..sayangnya tukang kebun takleh makan tomato kan..so big boss jer lah yang makan nanti..

Agak kritikal sikit masak untuk kebun, not even for watering...big  boss pun bila balik kerja sebelah petang pun terkejar2, sampai umah kul 5 lebih, dkt kul 6pm dah masuk maghrib..kalau sempat pun dia cuba watering jer lah utk tanaman2 yang masih muda.

Tuesday, 9 July 2013

Menyempurnakan Sunnah Hari Ketujuh, Sebelum Datangnya Puasa

Thanks kepada rakan2 blogger diatas ucapan2 tahniah komen2 dan juga nasehat2 yang sangat berguna..tak sempat untuk reply one by one..sorry ya..

Alhamdulillah Arissa Zahra sudah berusia 7 hari, hari ini...jadi kami alhamdulillah telah menunaikan sunnah mukka'ad bagi kelahiran bayi sebelum datangnya Ramadhan yang mulia..

Siayah telah mengambil cuti hari ini untuk setelkan segala urusan his little gal dari awal pagi..

Abang pun ikut sekali mencari binatang aqiqah untuk siadik...bukan ayamlah abang..tak cukup syarat tuh..:)

 No, no not a cow...besar sangat tuh...:)

 Inilah kambing untuk Arissa..seekor kambing yang genap usianya...

Selamat sudah aqiqah, tiada majlis dibuat sebab kesuntukan masa..malam nie mungkin ade terawih kalau esok puasa..jadi buat jer yang sunnat..takyah bermajlis-majlis this time...daging dibahagi2kan ikut bahagian masing2. 

Kemudian Abunya menjalankan sendiri acara cukur kepala lak...

 Arissa sebelum bercukur

 Alhamdulillah Arissa memberikan kerjasama yang bagus..tidak memberontak mahupun menangis..good gal Arissa.

 Tukang pemerhati yang setia...macam muka cemas jer..:)

 Inilah kesemua jumlahnya rambut Arissa yang telah dibotakkan..ditimbang dan beratnya disedekahkan dalam bentuk wang..

Arissa yang siap di cukur kepala..berwajah baru...:)

Semoga Ibadah Aqiqah ini diterimamu ya Allah...semoga Arissa membesar dengan sehat dan terpelihara..inshaallah.

Selamat menjalani Ibadah puasa untuk semua rakan2 bloggers dan silent readers..semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang telah lepas..inshaallah.

p/s: kami baru nak moon sighting malam nie..:)

Nuffnang Ads