Friday, 24 May 2013

Fiji Islands tuh Kat Maner?

Ramai pembaca dan rakan2 blog bila masuk blog nie bertanyakan tuan tanah...Fiji Islands nie negara mana yer? kat maner yer? tak pernah dengarlah..takder dalam peta lah....memanglah ..sebab Fiji ne tak sefemes negara2 lain..kecik jer pun dunianya...:)

So dalam entri nie tuan tanah nak citer sikit kat mana letaknya negara Fiji nie berdasarkan peta lah..agar pengunjung2 blog mendapat sedikit idea..


Ini adalah peta yang agak familiar kan...boleh nampak kan dimana Malaysia, Australia dan America Selatan. Nampak tak tandah South Pacific Ocean? Yang tanda anak panah itu adalah lebih kuranglah dimana letaknya Kepulauan Fiji nie...mmg takder nampak dalam peta secara jelas..kena zoom kanta lagi...


Sebelah kiri kita adalah bahagian Timur Australia..nampak tak Queensland tuh dan sebelah tengah bawah tuh  sebahagian dari New Zealand...Auckland...Fiji yang terletak diatas dan ditengah..dalam circle merah tuh..


Zoom lagi dekat..kepulauan yang lain sekitarnya pun jugak kelihatan..tapi nama2 kepulauan nie mmg macam tak familiar pada kita kan...


Ok..zoom in lagi..inilah kepulauan Fiji yang meliputi beratus-ratus pulau2 yang kecil..pulau2 yang kecil kebanyakkannya menjadi lokasi pelancongan yang indah dan terkenal..virgin islands....anak panah menunjukkan kepualauan dimana tuan tanah tinggal..pulau yang dinamakan Viti Levu.


Zoom lagi..ikut anak panah yang bertanda Ba itulah city dimana tinggalnya tuan tanah bersama2 ngan keluarga bercinta. 


Ini pula gambar satelite..kiranya sesaper sesat di Fiji nie, bolehlah rujuk kat sini yer..leh datang umah untuk mendapatkan bantuan ..inshaallah..:)


Zoom lagi sehabis daya...lihatlah pada anak panah tu..itulah rumah tuan tanah. Nampak tak kat belakang tuh ade pokok2 ..heheh..itulah kebun kami...nampak tak Aidan sedang bermain kat luar tuh? tak nampak yer...kena cari alat canggih lagi utk zoom lagi...:) ..so sapa2 nak datang raya bolehlah, bawak rendang sekali yer....dijemput datang raya nie..peta dah bagi..hehehe..

Thursday, 23 May 2013

Bagaimana Kobis Terbentuk - Part 2

Sambungan from Part 1,

Semakin hari semakin berkembang besar, lipatan juga semakin banyak. Biar gambar sahaja yang menceritakan..tak mao banyak2 coleteh..:)





Berdasarkan tarikh2 yang direkodkan;

29/4/13 

2/5/13

9/5/13

11/5/13 -Kaler pun dah menjadi hijau kekuningan. Almost ready..dah boleh harvest kalau nak..:)

22/5/12 -  Hari yang dipikir untuk mengutip hasil yang pertama...

Selamat dituai..alhamdulillah. Kalau dibeli nie mahunya dalam $4.00 = +/-RM6.50 kerana masih belum dalam musim kobis... inshaallah yang lainnya juga sedang menyusul.. Kurang2 seminggu sekali bolehlah dipetik dari batch nie..kemudian the next batch pulak will be ready in 1-2 months..inshaallah.

So sbg conclusionnya  pembentukan kobis nie mengambil masa lebih kurang sebulan lah hingga boleh dituai..
 

Wednesday, 22 May 2013

Bila 'Musang Kepala Hitam' Kena Kurung...


'Musang kepala hitam kecik' yang dikurung dalam rumah semalam..tak boleh kuar bermain dilaman kerana telah melakukan banyak kesalahan yang boleh menjejeskan kebun, mentang2lah maknya tak larat nak berkejar dan dibiarkan self service kat garden tuh...sebenarnya kawasan kebun tuh dah buat pagar untuk halang dari dia masuk..tapi telus jgk...

Diantaranya kesalahan2nya...


Mencabut buah2 terung dengan sewenang-wenangnya biarpun buah tu masih lagi kecil..pantang nampak buah, semua hendak diragutnya..tah apa yg interestingnya kan...bila nak amek masak.tgk2 buat dah habes kena kemas..huhuhu


Ini gara2 dah rasa advance sket dalam berkebun agaknya..guna spade, kaut tanah bakar, dikambusnya tanaman maknya yg masih kecil, terkejut bila melihatnya.....nie geram betul nie...


Lubang kompos.... lihatlah apa yg dimasukkah kedalamnya...pinggan kucing..kuali buruk yg tak terpakai ngan serta kayu yg besar..sebelum nie sibapa dah keluarkan sekali batu2 yg dibuangnya dalam lubang nie, boleh reput ker semua tuh? ..hmmm...sapalah yg rajin nak kuarkan balik...

Menjerit2 jugak nak kuar simusang kepala hitam kecik tuh ..dan berjanji 'i will not go to garden again...i will  not take the eggplant again...i will not throw stones again..", so whole day dia dok berjanji2 manis akan berkelakuan baik sekiranya dibenar kuar bermain diluar.....huhuhu..

Kerana cair ngan rayuan...pagi nie baru dibenarkan..hehheh..dengan pemantauan... dan amaran..:)

p/s - penggunaan 'musang' tu cuma main2 jer..tiada memberi sbrng maksud yg serius..:)

Tuesday, 21 May 2013

Our Tropical Garden - Updates May'13

Walaupun cuaca menuju kearah semakin sejuk sedikit lately, and soon tidak akan sesuai untuk tanaman tropika..namun kebun tropika masih lagi tetap menabur bakti kepada tuannya mengikut keupayaan mereka..mungkin sehingga sudah tidak mampu bertahan lagi dengan perubahan cuaca..wallahua'lam...

 Kebun tropika diluar greenhouse - usianya sudah menjangkau 5 bulan..dan mengecapi hasil pun sudah dalam 2 bulan ..alhamdulillah...

 Petola, masih berbuah walapun tidak selebat dahulu..selang 3 hari masih boleh lagi menuai hasil..biasanya bila cuaca lebih sejuk, petola akan menjadi dorman kemudian berbuah balik bila cuaca kembali panas.

 Ubi keledek ungu - memakan banyak ruang jalaran..nampaknya kena start digging tengok dah ade ubi ker blom.

 Kacang panjang galaxy - setia berbuah, boleh menuai hasil yang mencukupi 2 kali seminggu..tak payah beli kacang kat kedai..kacang panjang yg hijau biasa biasanya berbuah sekejap berbanding ngan jenis galaxy nie..

Terung - banyak berbuah dan berbunga namun ade 'musang' kepala hitam yang selalu menuai sebelum usia.

 Kacang botor - masih berbunga dan berbuah ..alhamdulillah

Kacang botor ditepi pagar didalam greenhouse..paling banyak berbuah berterusan..boleh petik hari2 jika nak..lebih banyak dr yg diluar.

 Patch all in one - keledek kuning, cili kecil, ulam raja dan roselle..nasib baik serai dah dibuang dari sini..

 Roselle yg masih berbuah. Ulam raja semakin meninggi..inshaallah will keep for seeds..


Tuaian pagi ini dari kebun tropika - ulaman untuk santapan hari ini - kacang botor, kacang panjang, ulam raja dan petola. Juga sedikit cili dan limau kasturi buat kawan2 dengan budu...:)

Tanaman2 tropika  bila dah matang begini tidaklah memerlukan penjagaan mana pun kecuali buang semak samun dan rumput jer..menyiram dan membaja pun tidak perlu lagi...boleh berehat2 sambil menikmati hasil...:)

Sekarang nie kalau kepasar pun yang dibeli cuma sayur yg tiada stok dikebun seperti labu, bendi serta buah-buahan. Jimat kan duit big boss ade bini rajin menanam gini ...hehehe (mari angkat bakul)

Monday, 20 May 2013

Aktiviti Dibulan Terakhir

Alhamdulillah..perjalanan yang Allah tetapkan untuk seorang insan didalam janin ibunya dan kesusahan yang perlu ditanggung oleh ibunya hampir menuju kepenghujung inshaallah. Kini kami menanti dengan penuh excited..30 hari yang terakhir....:)

Dalam pada saat2 akhir gini..aktiviti harian tetap diteruskan..bak nasehat doktor sewaktu lecture utk ibu2.."you must keep doing exercise..keep walking..moving..it will help your delivery..."

So for tuan tanah, aktiviti biasanyanyer pun tiada lain melainkan ngadap kebun sekurang-kurangnya sekali sehari..buat apa yg patut selagi termampu...

Antaranya...


Menanam dan mengalah anak tanaman jika telah ready dari tapak semaian..kenalah duduk bertinggung jawabnya..memanglah tidak selesa, nak guna bangku kan tenggelam bangku tuh dalam tanah sbb berat. namun mengikut nasehat doktor bertinggung memudahkan proses pembukaan untuk bersalin..betul tak mothers?


Merumput setakat yg mana termampu..pun duduk bertinggung jugak...takkan nak tengok jer kan rumput penuh didalam kebun..selagi termampu buat jerlah...


Memetik hasil2 tanaman yang telah sedia..kalau terlambat kan banyak jugak yang jadi matang...nak tunggu tukang kebun back up tuh mmg tak sempatlah sebab asyik tak cukup masa kerana sibuk manjang...


Menyiram tanaman, setidak-tidaknya sekali sehari..exercise berjalan2 kan dan jugak tanaman memang perlukan air terutamanya yang masih kecil lagi..



Untuk yang tidak preggy tapi excited nak tunggu kelahiran adiknya pun, pantang ade peluang untuk bermain dilaman mesti nak dipergunakan dengan sepenuhnya...tapi kerja yg dia buat tah haper2 kan..:)

Mungkin selagi termampu selagi tuhlah buat kan..cuma tidaklah berlebih-lebihan..rehat tetap rehat..sikit2 exercise tidaklah membahayakan..masa nak melahirkan Aidan dulu pun sempat berjalan2 disekitar rumah dan bandar malam2 sambil ambik angin..lps tiga malam round, balik2 meletup...:)



Nuffnang Ads