Friday, 22 February 2013

Perosak Kecil, Efek Besar

Ini adalah hasil dari kerja2 perosak mahir ..daun kangkung yang bercorak2..

Cantik jer kan..

Hampir tiada yang tertinggal dari menjadi santapannnya..

Tidak mungkin angkara dia nie...

Pak spidermen makan daun ker?

Akhirnya dapat juga mengenalpasti angkara siapa, inilah..kecik2 yang berbisa..

Yang berwarna coklat kehitaman

Coklat muda

Berpasangan

Anak2 kangkung yang baru ditanam juga tidak terkecuali..

Nampaknya time for kangkung is over now. Sememangnya bila out of season, adalah tanda2 seperti serangan makhluk perosak diatas. Kalau sebelum ini sehat walafiat sahaja komuniti kangkung nie..cuma sejak kebelakangan nie kelihatan semakin banyak yg rosak dak tidak begitu subur walaupun musim hujan lately...mungkin sekarang adalah time for sawi dan familnya pula...we'll see..

p/s: ade sesiapa tahu nama makhluk Allah nie...?

Thursday, 21 February 2013

Homemade Frozen Potato Fries

Hujan seharian, cuaca sejuk..cepat benar terasa lapar dan nak makan jer...namun kemalasan tu melebihi kelaparan. 

Bila dah malas, cuba baring2 nak ketiduran..namun dengan adanya yang 'antu kecik' sorang tu yg tak tahu tido siang bukan boleh tido dgn aman..tak sampai 20min nak terlelap dah kena kacau..ahhh.lagi baik bangun & cari sesuatu yg boleh dibuat makan... namun semuanya macam makanan ala2 bosan...biskut yang kering...huhuhu

Mao tak mao kena buat sesuatu jgk nak penuhi selera..yg paling mudah adalah kentang goreng.. godek2 internet cari cara yg paling mudah buat kentang goreng yang garing..mcm yg frozen kita biasa beli kat supermarket tuh kan... 


Tak susah pun.. untung kentang goreng garing/ rangup goreng 2 kali. Yang pertama gorenglah utk 3 minit..angkat..keringkan minyak..kasi sejuk sikit..kemudian goreng lagi sampai garing..Rsnya tetap sama ngan yg kita beli kat dlm plastik tuh..sedap..

Kalo nak buat yang frozen lak, yang digoreng 3 minit tadi, disejukkan & kemudian bekukan dalam deep freezer. ..boleh buat byk2 simpan..tinggal goreng jer ms nak makan...jimat belanja,  jimat masa ..anak2 hepi, mak ayah pun makin gemuk...:)

Anyway utk detail cara2nya leh rujuk sini.

Kerana Rahmatnya Hujan

Bila lamanya hujan tidak turun, gersangnya tanah..panasnya hawa..secara naturalnya kita mengharapkan hujan bertamu, biarpun sekejap. Namun rahmat Allah mengatasi segala-galanya bila hujan yang 'baik' diberikan untuk beberapa tempoh ketika.

Alhamdulillah, hujan yang turun menyejukkan bumi dan menumbuhkan tumbuhan2 baru dan menyuburkan yang telah wujud.

Hujan yang turun beberapa hari ini memang hujan yang 'baik' dan 'cool' alhamdulillah. Lihatlah kesan kepada penghuni2 kebun dibumi Fiji ini....

Pokok keledek semakin membesar dengan suburnya..

Tunasan dari ubi yang kedua yang ditunggu2 (pertama kali menanam kan.)


 Petola berkembang besar dan giat memanjat

 Anak2 bayam subur membesar

 Sebahagian anak2 bayam yang telah dialihkan kebatas

 Anak kobis bulat semakin sehat dan membesar

Cuaca yang mendung juga satu peluang untuk mengalihkan anak2 bunga kobis

Cambahan benih2 cili drp 1 biji cili  besar yang dibeli dipasar

 Hujan adalah sahabat kepada pudina..lihatlah semakin membesar..alhamdulillah.

Yang paling best... benih ulam raja kiriman Nadia Rashid setelah ditabur bbrp hari yang lepas dah tumbuh, alhamdulillah.


Cuaca yang mendung, hujan renyai2 adalah peluang yang baik untuk penanaman ataupun mengalihkan anak tanaman. Ini dapat mengelakkan mereka dari bahang sinaran matahari diusia yang muda.Namun hujan yang lebat bisa menjadi musuh kepada tanaman. Apapun semuanya itu dari Allah.. hujan adalah 'busyra' atau good news (spt yang digambarkan didalam Quran)

Wednesday, 20 February 2013

Speechless Wednesday

Dikala sedang berehat dan tertidur..tiba2 terjaga, agak senyap sikit suasana didalam rumah. Mana perginya budak sorang nie, tertido agaknya. Keluar ke ruang tamu menjengok..Ya Rabbi ini kerja anak bertuah nie masa mummy tengah tido..patutlah senyap tak mengganggu..

'Anak kerbau' tengah berseronok...muka yg tak rsa bersalah

Habis sebotol besar bedak  bapaknya...huhuhu

Nak berleter marah2 kan, buang karan jer ngan budak nie..spoil my mood jer... so bagi dia choice,
 "Do you wan to clean up the mess or I'll give u good beating?".. (cuba mengawal diri drp jadi ibu singa)
"I'll clean up....don't beat me..."... jawabnya..

Cuba mengumpulkan balik bedak yang dituangnnya..tapi sia2 jer..

Menjalani denda....sapa suruh selerakkan bedak diseluruh umah...
(sebenarnya dia lagi suka dpt main ngan mop)

Tak cukup ngan mop kena lap lagi ngan towel...huhuhu

Nasib baik mummynya berjaya mengawal marah..yer lah dengan badan yang tak larat, nak kena cuci bedak tuh seluruh umah berkali2..sapalah yang enjoy....hmmm..last2 mummy jugak yang kena mop berkali2...huhuh..aidan..aidan..

Tuesday, 19 February 2013

The Famous Chop Suey

Kalau chinese dah biasalah ngan chop suey kan..lebih kurang macam stir fry jugaklah kan...kalau melayu lak macam paprik...Few vegetables yang dimasak bersama2 ngan ayam, mahupun daging atau udang atau sotong atau pork (errrr..)

Anyway kalo kat sini chop suey nie memang femes mahupun dimana2 restauran samada chinese, indian mahupun Fijian...so kalau taknak makan local foods boleh order chop suey ngan nasi putih...satu set lebih kurang $6.00 paling murah. So bila kami makan kat luar nie jerlah yg selalu diorder..cepat dan not bad rasanya...



Since nak masak chop suey nie taklah susah..jadi kalo time nak senang dan ade beberapa sayur2an kat umah..masak ini jerlah..sejenis lauk nie ngan nasi putih dah cukup daa jika malas...malah big boss pun tak pernah komplen (sbb dia mmg suka chop suey)

Cara yang biasa dimasak adalah menggunakan soy sauce, sos tiram, bwg putih serta bawang besar. (bwg merah takder dijual kat sini). Nak pekatkan kuah letak sesudu tepung jagung..15 minit dah boleh masak daaa....

Honestly paprik lagi sedap dari chop suey...malangnya tak pernah buat sebab big boss takleh makan pedas..huhuhu.

Nuffnang Ads