Walaupun Fiji beriklim tropika sama seperti Malaysia, namun tidak semua pokok buah-buahan yang terdapat di Malaysia boleh hidup di Fiji. Ini adalah kerana Fiji Islands adalah sebuah gugusan kepulauan, maka iklimnya pun lebih panas dimusim panas. Seperti yang dialami sekarang nie, siang malam yang terlalu panas (humid) boleh mencecah 37 degree setiap hari. Malam hari masih juga panas sampai kepagi, alamaknya tidur dengan kipas dan tak berselimut. Kerana udara yang panas ini jugalah menggalakkan terjadinya tropikal depression, cyclone dan hurricane yang biasa terjadi di hujung tahun, nauzubillah janganlah datang tahun ini sebab rosaklah tanaman2 kat kebun jawabnya..
Dikongsikanlah sedikit tentang pokok buah-buahan yang ada dilaman kami.
Pokok nona serikaya. Sedang lebat berbuah dan menunggu masak.
Limau mandarin. Baru mula berbuah, masih lagi sebesar limau kasturi saiznya.
Pokok mangga. Ini mungkin bertahun lagi tunggu nak berbuah. Baru usia 2 tahun.
Pisang, rasanya seperti pisang berangan. Dulunya banyak pokok namun Abuaidan tebang sebahagiannya, katanya menyemak kat tepi nie.
Ini pokok jambu ceri. Buahnya kadang masam kadang manis.
Betik jenis hawaian 'pawpaw' (the best in town) baru jer 2 bulan usia..tak boleh makan hasil lagi.
Ini pisang renek. Kecil buahnya seperti pisang lemak manis. Varieti pisang tak banyak disini yang biasa tengok selain yg ada dirumah ini adalah pisang yg rasa masam manis dan pisang tanduk.
Selalu berangan dengan Abuaidan untuk menanam pokok buah-buahan seperti jambu batu, ciku, langsat mahupun duku, namun tidak mudah untuk membawa masuk pokok buah-buahan kesini. Kalau guna biji pula chances sangatlah tipis mungkin. Pokok seperti durian mahupun rambutan juga pernah dicuba tanam oleh staff kedutaan di Rumah Malaysia, namun tidak sesuai barangkali, tidak hidup.