Labu tidak memerlukan penjagaan yang lebih, mereka boleh hidup sendiri walaupun tidak diberikan perhatian. Mengikut pemerhatian labu boleh ditanam bersama-sama dengan tanaman seperti jagung atau bendi yang mengambil masa agak dalam 3 bulan untk dituai hasilnya. Sementara menunggu pokok jagung atau bendi berhasil bolehlah labu menggunakan ruang disekitarnya. Tambahan pokok2 seperti jagung atau bendi adalah lebih besar.
Salah satu alternatif lagi untuk menanam labu adalah membiarkan mereka menjalar keatas, seperti yang dicadangkan oleh Wong dari Blog Travelog Hortikultur. Kaedah ini banyak dijalankan dinegara-negara barat.
Trellis yang kukuh dibina agar labu dapat menjalar secara vertical, dan jaring boleh diletakkan dibawahnya atau pada buah untuk memberikan sokongan.
Namun begitu, kebanyakkan kita hanyalah menanam labu secara menjalar diatas tanah dan inilah yang berlaku pada kebun kami juga dengan ruang yang agak limited.
Terlalu bersemak dan susah untuk dibersihkan.
Memandangkan harga labu juga adalah amat murah jika dibeli dipasar (boleh dapat $2 sebiji) dan boleh dibeli bila-bila masa tanpa menunggu buah ready, jadi kami telah mengambil keputusan untuk membuang pokok-pokok labu dibahagian ini tambahan pula bunga betina pun masih lagi belum keluar dengan kerap.
Lebih bersih dan tidak semak lagi
Hanya pokok yang mempunyai buah sahaja dibiarkan hidup sehingga buah sedia untuk dituai,
Nasib baik di Fiji terutamanya bahagian yang kami tinggal tidak terdapat reptilia seperti ular mahupun kala jengking dan sebagainya. Malah pacat juga tidak datang waktu hujan. Kalau tidak memang menakutkan untuk berkebun jika malas menjaganya.
Manakala yang bertandang dari rumah jiran yang kosong sudah crossed the border. Nampaknya mungkin terpaksa pikirkan alternatif buat mereka ini untuk menjalar vertical kerana tidak putus-putus harapan nak masuk jugak sebelah kami walaupun setengah telah dicantas.