Tuesday, 25 September 2012

Surprise!! Kentang Dah Tumbuh....

Rasanya dah lama percubaan menanam kentang ini dilakukan, pada 7/9/12 dah nak masuk 3 minggu patutlah rasa lama. Ingatkan dah tak tumbuh dah sebab lama sangat, tapi alhamdulillah,

Yang terkecil tumbuh - daripada semaian melalui tunas 
(cuma 1 sahaja tumbuh daripada 11 keping tunas, yang lain mungkin mereput atau menjadi buruk)

Yang kedua terkecil - walaupun kelihatan bentuk daun yang tidak jelas, namun anak kentang
 ini lebih besar daripada gambar yang pertama (ini daripada biji kentang yang ditanam)

Yang terbesar (daripada 4 biji ketang ditanam, baru 2 biji sahaja bercambah)

Oleh kerana excited sangat percubaan menanam kentang yang pertama ini menunjukkan perkembangan positif, 3 biji lagi kentang ditanam,

Bismillahitawakkal alallah-moga tumbuh cepat2


P/S : Olive, you must try again after this, ok? 

Kacang Panjang Terpanjang, Kacang Panjang Terpendek

80cm panjang
Perbandingan  dengan kacang hijau biasa
Kacang panjang terpanjang, 30cm panjang dari kacang biasa, warna agak cerah dan kekuningan. Rasanya juga sedikit berbeza dengan kacang panjang hjiau, juga sedap. Benih diberi oleh jiran sebelah rumah, inshaallah tiga kacang panjang terpanjang ini akan disimpan buat benih.

Kacang panjang terpendek yang didapati bersama-sama kacang lain - kepanjangan dalam 8cm. Lihat pada bahagian hujung yang menunjukkan kacang tidak patah atau terpotong, tetapi lahir pendek secara semulajadi.

Monday, 24 September 2012

Clean Up Campaign

Kempen clean-up compound yang diadakan dalam  2 atau 3 kali dalam setahun oleh town council disini. Memandangkan kami tinggal di kawasan perbandaran jadi pembakaran secara terbuka adalah tidak dibenarkan (tapi selalu jugak curi2 bakar sampah sekali sekali..heheh). Biasanya penduduk suka menanam pokok2 samada besar atau kecik dihalaman mereka, kadang-kadang boleh jadi menyemak bila pokok semakin berkembang besar. Jadi time inilah untuk trimming pokok, tebang segala dahan2 & pokok2 yang tidak dikehendaki dan longgokkan depan rumah dan collection adalah percuma.   

 notis jadual pengutipan mengikut kawasan

 longgokan diluar rumah (termasuk longgokkan dari jiran2 juga)

inilah yang selalu di'trim' pada waktu campaign (dah menjadi teranglah pulak, jiran pun boleh nampak)

Ada jugak jiran2 yang melonggokkan item2 yang tidak tidak dibenarkan. Abu Aidan dah mula merungut sebab kalau town council tak pungut item2 tu takkan nak duduk berlonggok kat depan tu jadi hiasan rumah kami pulak. Nak hantar balik kat umah orng yang longgok brg2 tak patut tu, tak tahu pulak siapa yang bertanggungjawab...hmm moga2 orang town council borong semualah..


>>> hari melawat kebun Ayut :

Jom kita pergi tengok kebunnya yang comel, kat kebun dia juga ade tanam sesuatu yang 'luar biasa', nak tahu silalah berkunjung kekebun Ayut, kebun kecil & secomel pemiliknya..heheh.. 

-Kita beri sokongan kepada mereka2 yang baru berjinak2 dengan kebun, agar mereka lebih bersemangat..

Updates - Homemade Taugeh

Daripada entri lepas, hari ini dah masuk hari ketiga 'penyediaan' kacang taugeh, mari kita tengok perkembangannya.

 Hari kedua (sabtu 22/9/12 - 5.00pm) - cambahan dalam 1cm

Pagi ini (isnin 24/9/12 - 9.00am) - taugeh sudah memanjang lebih 2cm.

Masih belum sedia untuk digunakan, inshaallah esok atau hari berikutnya akan ready (bergantung kepada kepanjangan yang sesuai yang dikehendaki).

Oh ya, untuk makluman kawan2 Ayut dah ada kebun sekarang nie, jom kita pergi tengok kebunnya yang comel, kat kebun dia juga ade tanam sesuatu yang 'luar biasa', nak tahu silalah berkunjung ke kebun Ayut, kebun kecil & secomel pemiliknya..heheh.. 

Sunday, 23 September 2012

Berkebun Dalam Hujan Renyai-Renyai

Pagi ini hujan masih renyai-renyai tetapi tidak lebat. Tanah kelihatannya basah dan lembut tetapi tidak berselut. Dengan cuaca redup, hujan rintik-rintik dan tiada sinaran panas cahaya matahari, kesempatan diambil untuk membuat sedikit kerja2 dikebun yang bersesuaian dengan cuaca iaitu menanam dan membuat batas.

Membuat kembali batas untuk kacang tanah setelah kobis bulat habis dituai. Tanah yang lembut tidak memerlukan banyak tenaga  untuk menyiapkannya. Kemudian kacang tanah disemai dengan membuang kulit keras agar lebih cepat bercambah dan keluar kepermukaan. Inshaallah dengan hujan dan tanah lembap, senang sikit untuk bercambah. Siaplah urusan kawasan dihadapan ini, tiga bulan 'disewakan' kepada kacang tanah. Cuma tinggal kerja-kerja menyiram dan merumput bila patut. 

Kemudian mengalihkan anak betik yang telah berusia hampir sebulan. Semoga dengan cuaca mendung dan tidak panas, cepatlah anak betik ini menyesuaikan diri ditempat baru.

Kemudian beralih ke backyard, cuba membuat sedikit batas untuk menyemai kacang panjang dikala tanah masih lembut,

Tengah seronok buat batas, diserang semut pulak yang bersarang berdekatan dengan batas, terbantut kerja-kerja dan semangat. 
Semut merah yang berbisa

Memandangkan 'bos kecil' juga sibuk dok melaung-laung memanggil dari dalam rumah (ditinggal dalam rumah kerana hujan), "Mummy, don't play in the rain..come inside..", semut pula dah merayap sampai dalam kasut but, terpaksalah beransur. Sempat juga harvest sedikit hasil kebun yang telah ready,

Carrot2 yang terakhir, kacang panjang, lada besar serta sedikit sawi.

Nuffnang Ads