Monday, 27 August 2012

Semua Menjadi - Blog Berkebun Baru yang Hebat


Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama saya berniat nak bercerita pasal blog Semua Menjadi ni. Blog saya adalah blog yang baru 3 bulan lebih usianya tetapi blog milik SMROSE ni masih lagi baru, tidak sampai sebulan tetapi saya rasakan blog beliau memang berinformative dan mampu pergi jauh, inshaallah. Beliau mula menulis pada 6/8/12, tetapi saya cukup kagum dengan dengan blog ini kerana SMROSE rajin meng'update' blognya setiap hari. Bila menbaca blog beliau kita dapat rasakan beliau memang good in writing. Kepada kawan2 yang minat berkebun memang berbaloi untuk berkunjung keblog berinfomasi ini. Inshaallah sama2lah kita beri sokongan kepada rakan kita blog berkebun kita yang baru ini. Good Luck, Rose. 

Boleh klik kepada link ini : SEMUA MENJADI

Saturday, 25 August 2012

Cili Tak Tahan Panas

Assalamualaikum,
Kebelakangan ini cuaca siang hari agak panas, mlm pula alhamdulillah masih lagi boleh berselimut tebal. Matahari pula naik agak cepat pukul 6 dah cerah, subuh disini pukul 5.00am. isyak pulak pukul 7.30pm, kehadapan nanti akan jadi siang lebih panjang dari malam pulak. Biasanya dalam bulan Oct bermulalah daylight saving.

Cuaca panas bukan sahaja kita manusia ni yang tak tahan tumbuhan pun sesetengahnya samalah keadaan dengan kita. Cili yang kebanyakkan pedas juga tak tahan panas, lihatlah nasibnya..

Cili2 yang paling besar yang boleh didapati disini, tetapi tidaklah sebesar cili besar kat tanahair, ini kira setengah dari saiz cili besar dai tanahair yang selalu kita letak dalam gulai mahupun hiasan dlm masakan & gorengan seperti mee & meehon. Lebih besar daripada ini, impossible! tak boleh dpt. even cili kering yang dibeli dari pasar juga kecil seperti ini saiznya. Kalau teringin nak buat 'solok lada' masakan Kelantan memang tak dapt.

Inilah rupa cili besar ini jika tidak kekeringan dan sihat,
 Pokoknya pula boleh tahan besarnya,
Pokok ni dah tua ni, kena buat plan untuk tanam yang baru pulak nampaknya.

Sekarang ni hampir tidak ada cili besar dipokok yang boleh dipetik untuk digunakan dalam masakan, semuanya kekeringan. Saya juga jarang dapat melihat cili ini masak sehingga merah warnanya. Tak tahulah sebab burung atau sebab tuannya yang cepat sangat mengutip, kecuali cili yang saya tanam awal2 dahulu bila dah  hampir berbuah, kami balik ketanahair hampir dua bulan, dan bila balik kesini balik surprised banyaknya cili masak merah . Dalam rumah ini cuma UmmAidan jer yang makan cili, Abunya tak tahan pedas, Aidan jgn cakaplah lah kan. Kadang2 ada juga curi2 letak dalam kari yang dimakan bersama tapi tak potonglah, takut pedas pulak yang 2 orang yang tak tahan peda tuh. Rindu betul rasanya nak makan cili hijau besar seperti ditanahair, potong letak dalam sayur atau kari, rangup & sedap atau makan bersama budu...

Cili kecik juga mengalami nasib yang hampir sama tetapi tak seserius cili besar

Pokok2 cili yang ditanam dekat dengan koridor dapur supaya senang nak petik bila perlu..

Dalam greenhouse pun ada jugak pokok cili kecil yang ditanam, malah pokoknya lebih besar & sihat bebanding pokok cili kecil yang kat luar ini,

Ini pula yang tumbuh sendiri mungkin benih daripada buah yang dimakan burung, dah mula berbunga. Tapi melihatkan daunnya, rasa saya ini jenis cili yang lebih kecil yang bila makan pun tak puas walaupun pedasnya boleh tahan.

Tak cukup dengan yang ada tuh, lagi saya tanam didalam greenhouse ini sebagai 'backup', manalah tau kalau2 pokok cili yang ada tuh mati kekeringan nanti taknaklah keputusan bekalan fresh cili,
Juga cili kecil seperti yang dah ada ditanam.Agak dekat dengan pokok 'hedges' sebab daripada pemerhatian saya cili yang tidak mendapat direct sun kadang2 lebih subur daripada yg berada ditempat terbuka, tak tahulah..cuma sekadar teori & percubaan daripada pemerhatian, kalau tak menjadi pun nothing to lose.

Cuba kita pikirkan, jika beli cili dari kedai 50sen pun dah banyak. Tetapi sebanyak itu boleh tak dihabiskan dalam bbrp hari (kalau keluarga kecil), dan kalau makan masa berhari2 nak habiskan, cili pun dah jadi tak sesegar mana dan semakin buruk. Tetapi kalau tanam sendiri, bila2 masa jer boleh petik yang segar dan tak perlu bimbang cili akan menjadi buruk. Jadi jika ada ruang, tanamlah dimana2 walau dalam pasu pun.

Tanpa cili rasa tak sempurna kan hidangan kita. Namun kalau terlebih cili boleh mendatangkan penyakit jugak akhirnya seperti buasir & sebagainya. Jadi eloklah kita berpada-pada & beringat dalam pemakanan.

Friday, 24 August 2012

Hari-Hari Terakhir..

Tomato....

Tomato yang ditanam pada penghujung bulan April yang telah membesar dah berhasil seiring dengan musim tomato disini (iaitu dalam musim yg lebih sejuk) akhirnya telah  mencapai kematangan dan tempohnya ..

Setelah 4 bulan membesar dan mengeluarkan hasil yang agak menggalakkan, pokok mula mengering, setengahnya telah mati..
Buah-buahnya pula kelihatan tidak begitu segar dan memberangsangkan, warna juga tidak seelok ketika pokok masih segar & rancak berbuah. Salah satu sebabnya buah masak pada pokok atau dahan2 yang telah mati, maka tidak mendapat nutrient yang secukupnya.

Namum begitu, musuh nombor 1 masih juga menjadi pemenang setiap hari malah lebih advanced, belum masak lagi sudah ditebuknya,

Memandangkan ini adalah pengakhiran musim sebenar tomato juga, hasil2 terakhir yang dikutip agak banyak  kerana buah masak agak serentak. Untuk dihabiskan dlm beberapa hari mungkin tak terdaya, jadi bakal berada dalam 'deep freezer' untuk simpanan..
Alhamdulillah dengan perancangan penanam berterusan, satu lagi batch tomato yang telah ditanam pada awal bulan June telah mula berbunga dan berbuah. Walaupun musim sebenar tomato hampir berakhir, sekurang-kurangnya beberapa pokok tomato dari batch ini diharapkan dalam memberikan sedikit hasil, walaupun tak sebaik dalam musim sekurang-kurangnya kami tidak perlu mendapatkan bekalan dari market untuk kegunaan dapur..

Dan menyusul juga anak2 tomato yg telah disemai hampir 2 minggu lepas sebagai  penyambung warisan kepada batch yang mula berbuah,

Inshallah setelah anak2 tomato ini dialihkan, mungkin akan mencuba menanam tomato dari varieti yang lain yang dikatakan agak sesuai dengan cuaca panas.

Perjalanan Hidup Kami ..

Sebagai tomato....

 Ketika kami berusia 3 minggu - baru mendapat rumah tetap (14/5/12)
 Ketika usia kami  2 bulan hampir2 kami musnah kena hujan lebat berturut.(15/6/12 - 7 minggu)
 2 minggu kemudian kami telah mula belajar2 berbunga..(2/7/12 - 9 minggu)
 3 minggu kemudian kami mula rancak mengeluarkan hasil seiring dengan musim, saiz kami juga semakin besar dan banyak cabang2 untuk berbuah (25/7/12 - 3 bulan)
Hari ini, hampir sebulan berbakti- kami sudah semakin tua dan letih,cuma menunggu masa sahaja untuk berlalu (22/8/12- 4 bulan)

Nuffnang Ads