Friday, 27 July 2012

Changes of weather

Sejak beberapa hari sebulan puasa bermula, cuaca kat sini berubah daripada sejuk menjadi panas dan dari semalam dah berubah menjadi sejuk kembali. Sebenarnya kat sini mengalami yang dipanggil Low Pressure of air systems (tekanan udara yang rendah) yang menyebabkan cuaca menjadi panas walaupun diwaktu malam. Daripada low pressure boleh menjadi Depression dan kemudian menjadi Cyclone. Dari Cyclone boleh naik lagi menjadi Hurricane..if the systems intensify further.
But alhamdulillah since the low pressure system dah cool off, now the weather dah back to normal.

How much the changes of weather would affect plants? let's make some comparison..

Ini adalah kobis yang ditanam diluar greenhouse pada awal June yang masa tu cuaca sejuk yang konsisten sepanjang pembesaran. Nampak sehat dengan daun2 yang besar dan hijau.

Somehow these cabbages and pakchoi (chinese cabbages) planted by end of June, (now about 4 weeks old). Sepatutnya dah matured and almost ready for harvest.
Cabbages
Pakchoi
Nampak kekuningan dan tidak membesar dengan sekata dan sihat..sesetengah pokok masih lagi kecil dibandingkan dengan yang lain. Bila dilihat dari dekat kelihatan seperti ini,
Daun kelihatan berlubang2 kecil dan kekuningan. Ini disebabkan kepanasan kerana perubahan cuaca yang telah berlaku. Sayuran berdaun memang tak tahan panas..

Ini pula yang dtanam didalam green house pada waktu yang sama dengan yang pokok2 diatas tadi..nampak lebih sihat dan besar kan yang ditanam diluar greenhouse.(walaupun tidak sesihat dan sebesar yang ditanam sebelumnya).
kobis putih didalam greenhouse
Pakchoi didalam greenhouse
Jadi kesimpulannya, cuaca memainkan peranan dalam tumbesaran sayuran..cuaca yang terlalu panas boleh merosakkan tumbesaran pokok. Manakala greenhouse pula untuk membantu tanaman daripada terkena panas yang terik. setidak-tidaknya  menghalang 50% daripada  kepanasan cahaya matahari. 


Khas Untuk Ayut

Nie special contest untuk Ayut yang bukan luarbiasa dari blog yang LUAR BIASA ..

cuba teka petola nie ada berapa bji didalam?



                                          Hadiahnya... tiket ker Fiji Islands pergi balik... (btul nie..)


tarikh tutup untuk menjawab - sebelum waktu iftari..

p/s: jawapannya lepas sahur esok..

Mari menanam ketumbar

Assalamualaikum...

Ketumbar in english coriander, in hindi Dhania or Cilantro, in chinese Chinese Parsley, in tamil not sure..

Biasanya dalam masakan sebagai penambah rasa dan bau..diantara ketumbar dan sederi (celery), rasanya sederi banyak digunakan oleh orang melayu kita manakala ketumbar banyak digunakan by indians..

What's the differences between coriander and celery.. cuba tgk gambar2 dibawah ni... daun ketumbar lebih kecil dan lembut manakala daun sederi lebih besar dan  lebih kasar. tapi dari segi rasa memang sederi lebih sedap untuk dihidangkan bersama sup.. sedangkan ketumbar sangat sesuai untuk ditabur pada kari setelah masak.. atapun tabur atas mee atau meehon goreng..sedap..

daun ketumbar
daun celery muda (sederi)
daun celery yang tua
Berapa harga ketumbar kalau dibeli kat kedai? 50 sen or RM1.00? kalau kat sini musim sejuk murah sikit dalam 50sen tapi kalau musim panas mahal lah sikit, tengok supply kat market banyak ker tak. kalau competition tak banyak memang boleh jadi lagi mahal. Ini disebabkan ketumbar kalau panas sangat susah nak hidup..

So better to plant on our own - boleh save money, boleh harvest anytime kita suka dan lagi fresh..

Dalam dalam bekas atau direct atas batas?
Dalam bekas - more flexible, mudah dialih, jimat space. jika cuaca panas boleh boleh diletakkan ditempah yang lebih teduh yang boleh dapat cahaya matahari
Pada batas - lebih ruang untuk menanam, senang diuruskan bersama sayuran2 yang lain..tetapi jika musim panas hendaklah diletakkan peneduh untuk mengelakkan pokok daripada kekeringan dan kepanasan.
dalam bekas

tanam direct pada  batas




Disini dikongsikan penanam yang telah saya buat pagi tadi,
  • Ni tapak ketumbar yang dah habis harvest..

  •  Setelah dibersihkan semua rumput rumpai,
  •  Tanah digemburkan guna fork or tangan (we called it), takde fork guna cangkul pun boleh..mana2 yang mudah.
  •  Tanah yang telah dibersih dan digemburkan,
  •  Fresh seeds yang dibeli dari market.. (benih yang baru senang tumbuh)
 Ini rupa benih ketumbar,
  •  Setelah ditaburkan direct pada batas serata yang mungkin..
 Close up benih yang dah ditabur,
 
  • Kemudian disiram air dua kali sehari..siram banyak sikit supaya benih senang kembang dan bercambah
  • Penjagaan - siram air secukupnya dua kali sehari (ketumbar sukakan tanah lembap), bersihkan rumput atau rumpai sekali seminggu sebelum bersemak. tak perlu letak baja  kerana pokok boleh masih boleh hidup subur asalkan tidak berada pada tempat yang terlalu panas.

Inshaallah lepas sebulan bolehlah dituai.. kalau nak supply yang berterusan..buat tapak besar sikit, bahagikan kepada beberapa bahagian.dan taburkan benih dalam satu bahagian mungkin berjarak dua minggu..macam yang dalam kotak yang saya buat nih dibahagikan kepada 4, dan dijarakkan dalam dua minggu..bila bahagian dah penuh dah besar, bahagian yang dah habis harvest dahulu tu bolehlah dimula tanam balik..
Ni pulak intai jiran sebelah umah tanam ketumbar..diorang nie banyak ketumbar guna dalam masakan dan selalu jugak mintak dengan jiran sebelah pagar dia nie..one day saya advised the untie nicely yang tanam ketumbar ni senang je, tak ambil masa lama dan menjimatkan kalau tanam sendiri..lagipun belakang umah diorang banyak space dan luas..kalau susah sangat tanam dalam pasu.. so now ketumbar diorang nampak dah semakin besar..alhamdulillah.
Cuma saya advised diorang kalau tanam banyak sangat at the same sime takut tak abis nak makan sampai pokok jadi berbunga dan berbuah..tanamlah berjarak lebih praktikal.


Thursday, 26 July 2012

Proses Kacang Tanah

Assalamualaikum...

Memikirkan tentang hari raya yang akan datang inshaallah kalau kita panjang umur mungkin 23/24 hari lagi ..so persediaan yang patut kena buat dari awal maklumlah bukan senang dapat bahan2 cam kat mesia..tambah2 pada part yang kritikal..so mesti pastikan bahan2 cukup baru  boleh decide- boleh masak ke tak..

Menu yang diingini - nasi himpit
Masalah kritikal - takder suppy kacang tanah kat kedai.. cuma 1 kedai cina kat Suva (500km-jauh                               dan mahal sangat)
Alternatif - kena proses kacang tanah sendiri
Sumber - raw kacang tanah kat market ada byk..
              (yg peliknya diorang byk tanam kacang tanah dan jual yang raw tetapi yg diproses locally
               not available)

Langkah2 :

1. Dapatkan raw kacang tanah kat market ($6 - 6 tin susu penuh)
2. Jemur kat tengah panas selama beberapa hari, sehingga kering

600g Kacang tanah mentah
 3. Bila dah kering tuh, kopek jer lah ngan tangan secara manual. then asingkan kulit dengan kacang..
200g kulit kacang tanah
 4. Boleh dijemur lagi kalau nak supaya tahan lebih lama...
400g kacang tanah yang telah diproses
 Inilah kacang tanah yang telah siap diproses, boleh disimpan untuk membuat menu yang diingini

See, bila buat dari awal..takder lah last minit cari bahan, nak jemur lagi - silap2 hari hujan ..melepas...

yang bestnya bila dak siap, Abu Aidan asked "how much you need some more" ..hmmm "make it 1 kg"..
yang tak bestnya sakit tangan nak mengopek banyak2....


Wednesday, 25 July 2012

Tomatoes, tomatoes, tomatoes

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari nih dah masuk hari ke 5 kita berpuasa, and with the changes of weather, dari sejuk jadi panas, panas jadi sejuk balik senang dapat sakit..wallahu a'lam..Tapi masa solat waktu bangun sahur, tiba-tiba hidung berair, took Panadol for Cold, dengan izin Allah rasa relief sikit, alhamudillah.

Since sekarang musim tomatoes kat sini, nak share a little bit about tomatoes in our garden.

Among the earliest planted dah berbuah dan masak slowly..tapi tak selebat yang i've planted last year..walaupun we had small number of plants (less than 10) tapi masak among the earliest(compare ngan pasaran kat market) dan buah banyak, alhamdulillah.

Then the next batch.maybe planted mid May this year, pun dah berbuah dan mula masak..actually from the same seedlings tapi i delayed the transfer plant. so that's why they matured later than the first one..nampak tak pokok menguning dan jadi kering tuh dah kematangan.
Actually only this morning i realised that some of the fruits dah masak, mungkin sebab tak perasan tu lah yang buah dah hampir dimakan hamba Allah yang lain, takper lah kalau rezeki dia,

















Then on 9/6/12, i've planted another 20 plants,  lebih sikit kalau mati at least ada lagi yang lain nak diharapkan ...

Ok.. when i realised that the 1st dan 2nd batches of tomatoes tak cepat membesar dan banyak buah, so i thought maybe sebab baja kot..sebab last year yang i planted, i gave them enough fertilizer..so that's why the grew faster.. so this time for the 3rd batch, i pun letaklah baja so the the differences..I used NPK untuk pokok yang berbuah,

Baja letak pada 21/7/12
  So today after4 days, let see the progress ...
much bigger?
dah ada bunga nampaknya...
               
Tapi ada jugak yang bernasib malang macam pokok nie...lepas kena baja terus dying...
I thought sebab batang bengkok dari awal tanda pokok kurang subur bila letak baja macam kejutan pada pokok..dan tak boleh nak absorbed.

Somehow alhamdulillah that we still have the others...

And nampak ada beza tak cherry tomato dan tomato biasa kat bawah nie,

cherry tomatoes

normal tomatoes

Tak boleh beza yet at this stage until bila dah berbuah then we can tell...

Dan ni pulak  lebihan daripada yang dah ditransfer..(gunanya untuk ganti yang mati).. tak tahu nak tanam mana lagi..anybody interested?

Yang ini... getting ready for transplant, different variety - smaller fruit, early maturity..tengah cari space nak tanam..maybe can use the option guna plastik hitam besar, then can shift everywhere..


Sometimes bila tengok so many plants and when fruiting started..buah yang banyak tak habis nak makan untuk small family rasa macam tamak...but bila pikir2 balik, it's always good to have extras..cause extras are for sharing...

And moral of the story also. rajin2 letak baja bila tanam tomato supaya cepat besar dengan izin Allah...


Sedikit fakta tentang baja NPK:
NPK bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium), dan nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan setiap bahan itu didalam kandungan baja tersebut. Sebagai contoh, N:8 P:8 K:8 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 8%, Posphorus juga sebanyak 8% Kalium (Pottasium) sebanyak 8%. Ia diperkenalkan oleh Justus Von Liebig seorang saintis Jerman. Beliau mengatakan bahawa asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar nitrogen, phosphorus dan kalium (potasium).

Tapi kalau campur baru ada 24%, mana cukup 100%, mana pegi yang lain tu ? Yang lain tu adalah kandungan bahan-bahan lain yang biasa terdapat dalam baja. Tetapi hanya NPK yang paling penting dalam kandungan baja yang biasa dapat digunakan oleh tumbuhan.

Nitrogen
Nitrogen amat berguna kepada tumbuhan. Nitrogen biasanya terdapat didalam udara dan didalam tanah. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen. Klorofil, bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakankan untuk tujuan photosyntesis, dibina dari sebahagian besarnya dari nitrogen.

Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Walaubagaimana pun, terlalu banyak nitrogen juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat untuk menampung tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tegak.
 

Phosphorus 
Posphorus berguna didalam perkembangan akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah. Ia juga digunakan untuk menggalak tumbuhan berbunga.Ia biasanya dilepaskan kedalam tanah melalui tumbuhan atau hidupan yang mereput. 
Kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang tidak segar atau kekuningan. Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan phosphorus.

Kalium (Potassium)  

Kalium atau potassium membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. Ia adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Ia membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat.
Jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga bahan ini, insyaAllah, ia dengan mudah akan dapat menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah dan udara.

Jadi, jika kita merancang untuk memberi tumbesaran yang baik untuk pokok kita, boleh la cuba memberikan baja N:15 P:15 K:15 sehingga tiba masa untuk berbunga atau berbuah, ubah pula kepada N:12 P:12 K:17 + Magnesium. 


Nuffnang Ads