Tuesday, 21 January 2014

Traffik Naik Balik Kerana S2B

Selain Pakcik Google, nampaknya yang blog besar, femes serta ramai pengunjung memberikan kesan positif kepada blog yang link kepadanya kan..kalau blog picisan cam blog aku nie manalah sangat boleh tarik orang kan...

Harus aku berterimakasih kepada Sis Lemongrass from blog Salam2Benua kepada membuka platform kepadaku untuk dikenali oleh pembaca2 blog dari seluruh pelusuk benua dengan meletakkan blogku didalam blog listnya...aku sebenarnya malu jugak

Dan kerananya jugak ia banyak membantu meningkatkan traffik blogku ini...Alhamdulillah..

Dulu sebelum Sis LG bercuti 8 minggu dari berblog, alhamdulillah blog picisanku nie boleh mencapai lebih 2000 pageviews setiap hari selama beberapa hari dalam seminggu, kira average sehari dekat 2000 jugaklah gitu..

Kemudian setelah beliau bercuti, efeknya jugak terhadap blogku nie dimana slowly traffik nyer berkurangan hinggalah menjadi average dalam 1,600 sehari..nampak tak betapa significant nyer blog S2B terhadap trafik blogku nie...

Sebab tuh aku letak blognyer kat special place dalam blogku..:)

Kemudian bila beliau kembali menulis hampir setiap hari sejak minggu lepas, trafik blogku pun nampaknya semakin improve..dan dalam seminggu nampaknya ade beberapa hari yang cecah 2000 (sabtu ahad tuh susah sikitlah kan).


So disini aku ingin ucap thanks to SisLG banyak2, semoga terus menulis selamanya...inshaallah..

Sapa belum pernah baca blog yang sebest blog beliau silalah klik disini  agar anda tak menyesal kemudian hari...heheh

permisi yer sis LG letak header ngan gambar nie..

Monday, 20 January 2014

Aktiviti Kebun Yang Terakhir Dimusim Cuti

Semalam merupakan hari terakhir En.AAA bercuti panjang sempena cuti sekolah..so hari ini offically balik bekerja lah..budak2 mula bersekolah sessi 2014 esok..inshaallah.

Hampir 2 bulan bercuti panjang nampaknya tidak banyak projek2 besar terutamanya yang berkaitan dengan kebun dapat dilaksanakan..banyak komitmen lain yang perlu dilunaskan dahulu nampaknya..:)

So semalam sedikit kesempatan digunakan untuk menyelenggarakan laman seadanya..tukang kebun simpanan (tuan tanahlah) pun turut turun padang sementara mem kecik tengah lena tidur..setelkan kerja2 yang asyik doh tertangguh2 nak buatnya..

Limau purut nie dah dibersihkan dah rumahnya..bilalah nak besar nie..dok nunggu nak buat tomyam nie..hehe

Selamat menebas pokok lengkuas nie..too much covering pokok2 cili serta limau purut..sian mereka tak dapat cukup cahaya..


Tinggal lagi suku jer lagi..tapi cepat jer mereka nie berkembang..kalau semak sangat risau jugak kang bersarang lagi tebuan kat sini.

Lepas tuh kerja2 menuai mana yang patut lak,

Jagung yang ditanam pada penghujung tahun lepas alhamdullillah dah dapat merasa hasilnya..bendi pun dituai lagi walaupun semalam dah tuai..

Bendi yang dituai pada hari sebelumnya..memang murah rezki betul..Alhamdulillah.

 Dan jagungnya selamat dibakar..banyak yang rongak tuh..agaknya masa tabur benih tuh En.AAA tersenyum kot..heheh

 Peminat jagung yang tegar..separuh dalam perut dia sahaja..huhuhu

Aktiviti the garderner lak,

Membersihkan kebun kacang bendi  batch yang baru serta buat junjung kacang panjang yang kelihatan tuh..

Tukang kebun kecik..buat2 bizi raking sampah2 lah kunun...heheh

Bila dah bermula penggal sekolah nie tak tahulah En.AAA ade masa ker tak nak uruskan kebun setelah pulang dari kerja..hmmm...tukang kebun simpanan lak tak boleh tinggal mem kecik tuh..tambah makin aktif skarang nie....

p/s: excited pulak nak tunggu event esok...esok2 jerlah citer yer...inshaallah..:)

Sunday, 19 January 2014

Nasi Lemak Sambal Versi Manis

Aku sebenarnya bukanlah penggemar sambal yang manis2..namun semenjak dok sini dan En.AAA pulak tak suka makan pedas serta senang dapat gastritis kalau makan yang pedas2, jadi aku terpaksa bertoleransi dan berkorban kehidupan pedasku sedikit..

Dulu masa aku selalu buat nasik lemak ngan sambal yang biasa yang sikit pedas dan masin..aku rasa kesian plak ngan En.AAA bila makan sikit dah tak tahan pedas..Aidan apatah lagi kalau nampak cam cili jer terjerit2 "cili..cili.." nak selamat aku tak bagi langsung Aidan makan nasik lemak ngan sambal..belasah jer ngan telur dan ikan bilis..nasi lemak tuhkan dah sedap makan gitu jer..

Anyway, suatu hari aku terbaca kat blog Sis LG yang dia buat nasik lemak versi manis tuk family dia yg jugak tak tahan peda..so aku pun berusahalah jugak mencubanya..

Terkurang timun kat situ..huhuh tak sempat beli

Hasilnya memang sedap dan En.AAA pun suka..bertambah2 lagi nasik lemak dia makan..so tiap kali aku masak nasik lemak lepas tuh mesti buat sambal manis..

Dan ade satu kali kucuba buat sambal biasa yang masin bersama-sama sambal manis jugak, namun terasa pelik dan tekakku sendiri pun tak mau terimanya..last2 aku makan gak yang manis tuh jugak..huhuuh..

Dan pagi nie sekali aku masak nasik lemak sambal manis jugak..hehe..biasanya aku akan prepare sambal tuh pada malamnya, agar dimasak lebih lama sikit..baru sedap sikit..pepagi kul 6am esoknya barulah aku mulakan kerja masak nasik bagai..kul 7.30am dah dapat bekfes dah..kami mmg selalu bekfes awal hari minggu pun..:)

Hari tuh Kak Kamsiah ade tanya resepinya...hari nie aku terasa cam nak kongsikan..meh kita tengok bahan2nya..

Sambal Nasi Lemak versi Manis
(mintak maaf yer kepada pemilik asal resepi aku lupa kat mana daaa)

Bahan-bahan:
*Sebiji bawang besar 
* Sepotong kecil inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 2 sudu besar lada kering kisar
- Asam jawa sebesar ibu jari (rendamkan dalam air, jadi jus..lebih kurang setengah cawan)
- Kisarkan bersama-sama *
- Secubit belacan (tak mo letak pun takper)
- Gula melaka (ikut kemanisan yang dikehendaki)
- Sesudu kecil garam

Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga naik minyak..kemudian masukkan jus asam jawa serta belacan..tumis sehingga kering, tambah air tumis lagi dalam setengah jam..masukkan gula melaka dan garam..tumis lagi dalam sejam..jika kering air tambah..boleh letakkan ikan bilis yang digoreng kedalamnya air hidangkan secara asing..ikut selera masing-masing.

Senang jer kan nak buatnyer..sodap pun sodap!

Saturday, 18 January 2014

Menuai Kacang Tanah Kali Pertama Ditahun 2014

Akhirnya kacang tanah yang ditanam lebih  3 bulan yang lepas sedia untuk dituai..

Sebenarnya agak terlambat jugak menuai  nie sebab tukang kebun takder kelapangan..patutnya 3 minggu lepas lagi dituai..banyak pokok yang dah hampir mati..sepatutnya bila daun sudah banyak kekuningan itulah the right time untuk menuai..

Inilah rahsia yang tersimpan didalam tanah..Alhamdulillah agak banyak jugak pada satu2 pokok..

Kerja2 pengasingan oleh tukang kebun dan pembantu kecik..

Inilah hasil tuaian yang cukup 3 kali direbus..makan bersama teh minum petang pun sedap..:)

Friday, 17 January 2014

The Making of Roti Paratha & Cerita Disebaliknya

First of all... beruntunglah anda semua kerana diilahirkan sebagai wanita Melayu yang tak perlu melalui susah payah, perit jenih membuat roti paratha untuk keluarga...seperti perempuan2 di Fiji most of them mesti pandai masak roti paratha..kalau tak pandai takleh kawen..huhuh

Anda semua cuma perlu masak nasi jer ..tuh pun rice cooker yang tolong masakkan hehehe..

Tidak seperti sorang pompuan Melayu antara yang terakhir kat Fiji nie.. mengambil masa setahun lebih tuk paham dan pandai membuat..setahunlah lakiku makan roti nipis dan keras.lekat ditekak, tukang buat sendiri pun takmo makan..

Perempuan India kat Malaysia pun beruntung jugak..sebab mana ade depa buat roti prata dah skrang nie..semua makan nasik kan..hehe..

Mari kukongsikan rahsia membuat roti paratha yang lembut lagi sedap bagi sesiapa yang nak mencuba...

 3 cawan tepung gandum, sesudu minyak..gaul seperti breadcrumbs..

 +/- 600ml air panas (yang baru masak dalam 5-10minit)

 Tuangkan air sedikit demi sedikit, gaul rata..ms nak bentuk doh boleh etak minyak sikit agi..tuh licin n mudah btk sket.

 Gaul, uli hingga membentuk doh yang lembut dan tak melekat ditangan..yg nie doh panjang senang potong..

 Bahagi kepada 9 bebola kecik

 Ambik 1 bola kecik, leperkan..gaul didalam bekas bertepung..

Gelekkan atas rolling board..make sure papan tuh bertepung & kering agar tak melekat.

 Sebelum masak pastikan kuali leper cukup  panas 

 Guna api kecik jer..abaikan dapur buruk berabuk tuh..

Dalam lebih kurang 5 minit check tengok bahagian bawah tuh..kalau ade macam bintik2 perang tuh terbalikkanlah..

 Bakar plak sebelah lagi hingga lebih masak sikit..mcm dalam gambar..angkat sikit tengok kalau dah ok.terbaikkan..

 Biar masak macam nie baru terbalikkan..

 Last part nie roti akan kembung dengan cantiknya..menandakan kerja sudah beres dan boleh angakt daa..

 Our paratha is now ready..

Hidangkan dengan sebarang jenis kari pilihan..yang didalam gambar tuh kari kacang ngan potato..Fiji style..

One thing for sure..kalau korang dah mahir buat roti paratha nie dari segi menguli..datanglah segala jenis roti apapun..tiada masalah lagi bagi korang  untuk handlenya..sure boleh paham dan buat dengan gumbiranya..heheh..

Oh yer camaner aku akhirnya berjaya buat roti nie..hmmm nak tanya orang dah malu dah sebab tak gheti2 jugak dah berbulan2 dok sini dan buat roti hampir tiap hari..tangan pun asyik meletup kena kuali panas manjang..so gugel tengok kat youtube dan masa orang lain buat aku curik2 tengok camaner depa buat sebab aku malu nak ngaku yg aku tak pandai..huhuhu

So since dah terer tau buat roti nie, kalau pegi rumah orang buat doa selamat masa tolong2 masak tuh, selalu jer aku  volunteer tuk buat roti..hehe..sebab nak tunjuk yg aku dah pandai kan..

Depa nie tak semuanya pandai buat roti nie..ade gak yg fail..yg rotinya keras dan tak berapa sedap..ade gak kengkawan yg datang makan kat umah nie, lepas makan tanya camaner aku buat sebab laki dia suka roti lembut gini..heheh..ade ker tanya aku, patutnya aku yg belajar ngan dorang kan huhuh..

Psstt roti paratha nie bukan feberet aku..kalau ade roti dan nasik, aku pilih nasik walaupun pada awalnya aku rs cam nak makan roti.. tak kenyanglah makan roti...aku nak nasik jugak..kengkadang jer aku makan..selalu buat tuk En. AAA jer..Aidan pun suka jugaklah jugak makan nie, wpun nasik pilihan utamanya..Arissa pun haruslah ikut jejak ibunya yg perut melayu..hehe

One thing yg selalu mengingatkan aku masa buat roti nie adalah kesusahan Saidatina Fatimah dahulu masa buat roti tuk familinya...besar kan pahalanya dengan tangan yang terbakar terkena panas...hmmmm...

Nuffnang Ads