Thursday, 5 December 2013

Cubaan 20 Masakan Daging - Murtabak & Kebab Roti Pita

Masih lagi dalam percubaan untuk mempelajari 20 jenis masakan berasaskan daging..at least sebelum daging semakin pupus dari deep freezer tuh adalah jugak pengalaman memasak pelbagai kan..

Ini yang last week punyer menu..tak boleh masak daging kerap sangat big boss tak suka katanya tak elok tuk kesihatan kalau consume too much...2 kali seminggu reasonable enough lah kan..

Cubaan# 16 - Murtabak Daging


Macam tidak percaya boleh masak murtabak sendiri setelah digugel resepi dari internet..tak berani buat sebelum nie sebab tak reti nak buat kulit yang cam roti canai nyer adunan..anyway pernah cuba buat roti canai before dan menjadi, so beranilah cuba buat inti murtabak...alhamdulillah memang seperti yang kat pasar malam rasanya..betul nie..


So the next day pun buat sekali lagi sebab ade roti canai yang tak habis di tebar...macam kenduri murtabak plak..makan sepuas hati..hihih. Pasni kalau balik M'sia pun inshaallah buat sendiri jer murtabak nie...lagi murah dan boleh makan sepuas hati..

Cubaan#17 - Kebab Roti Pita


Lama teringin nak buat dan makan kebab roti pita nie..tertangguh2 kerana big boss nak makan kebab style lain. Alhamdulillah last week sempat jugak buat. Roti pita tuh adalah lebanese bread, memang senang nak buat, sedap pun sedap. Daging kebab pula perapan tuh menggunakan gabungan pelbagai resepi lah. Yang menjadikan kebab nie sedap kerana dinikmati bersama-sama salad/ sayuran berserta mayonis dan sos cili. Ah mengingatkan kegilaan terhdapa Kyros kebab dahulu..yang nie pun almost close to it daa..:)

Tuesday, 3 December 2013

Tunas-Tunas Tebu

Terharu dan berterima kasih kepada rakan2 blogger yang memberikan sokongan, nasihat serta very understanding diatas entri saya semalam..terima kasih yer sahabat dimana kan kucari ganti..:). Inshaallah selagi ada idea dan sedikit kelapangan akan terus menulis walaupun tidak aktif berblogwalking..kerana for me menulis adalah suatu terapi minda yang baik..dan sekiramya ianya sesuatu yang baik untuk dikongsikan..inshaallah dikongsikan..

Tebu dilaman yang ditanam setahun yang lepas akhirnya 80% telah dituai..dinikmati akan kesedapan jusnya..alhamdulillah.. Pada mulanya ingatkan rumpun tebu yang baki tidak dituai tidak akan meneruskan zuriatnya sebab tiada anak atau tunas tebu yang muncul..risau jugak sebab takde back up tanam kat tempat lain..

Kemudian En. Abuaidan amek inisiatif membersihkan persekitaran rumpun tuh..buang daun2 dan semak samun mana yang patut..

Dalam 2 minggu kemudiannya, alhamdulillah nampak bibit tunas telah muncul..dan in less than a month banyak lagi tunas yang baru muncul dan membesar..tambah2 lagi dengan musim hujan sekarang nie...


Worry no more..sudah ada penyambung warisan..tak perlulah susah payah tanam balik kalau malas..hehe

 Sampai pada batang pun bertunas..nie tak tak boleh makan dah kalau macam nie..tunggu potong dan tanam balik somewhere.


Harap2 in the next 8 months boleh makan tebu fresh dari ladang lagi..inshaallah...eh sempat ker nie sebelum balik? hmmm


Monday, 2 December 2013

It's Time To Slow Down

Setahun lebih berblog, berkenal-kenalan dengan rakan2 secara online merupakan pengalam yang paling berharga sepanjang berada diperantauan..walaupun tak pernah bersua mata namun membaca penulisan rakan2 dirasakan sudah seperti sudah kenal akan tuan2 punya blognya..keseronokkan menulis dan berblog..

Namun ade beberapa perkara yang sering bermain dipikiran...

Yang utamanya kitab yang satu tu..dek kerana kesibukan ngan anak kecik dan keseronokkan berblog..makin tidak dapat ditumpukan sepenuhnya, risau ianya akan semakin pudar, semakin hilang dari memori, 4 tahun usaha untuk melekatkan semuanya didalam memori tidak harus hilang begitu sahaja...sebelum terus pudar selamanya..inshaallah harus take action..

Juga adanya anak2 kecil yang memerlukan perhatian dan guidance dari mak dorang nie...:), it's time to focus more on them especially tuk educate siabang..quran & reading..inshaallah.

Masalah utamanya tuk buat semua adalah kekangan masa...tidak dapat menumpukan banyak perkara dalam 1 masa..haruslah mengutamakan perkara yang utama dahulu..betul tak?

Jadi setelah pikir punya pikir, walaupun sayang hendak ditinggalkan namun terpaksalah berkorban agar tidak menyesal suatu hari nanti..terpaksa slow down kan activity blogwalking....

Menulis entri actually tidak mengambil masa yang banyak dan memerlukan komitmen..namun untuk blogwalking, membaca entri rakan2 serta menulis komen itu yang memerlukan masa dan komitmen...dan itulah yang tidak dapat diluangkan buat tahun terakhir yang penting ini..yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hendak berhenti menulis terus masih terasa sayang lagipun traffik blog semakin meningkat...biarlah sampai tujuh angka dulu baru pikir pasar brenti..:)

Inshaallah UA akan tetap menulis entri selagi adanya cerita dan idea yang hendak dikongsikan namun selepas ini akan menjadi silent blogger sahaja...korang pun bolehlah jadi silent reader kalau tak mahu komen...kannn..

And I think it's fair sebab tak perlulah untuk komited tuk blogwalking dan tidak menyusahkan korang semua kan...so jangan kecik hati bila korang tinggalkan komen dan tidak mendapat kunjung balas sebab sudah diberi notis awal kan..:)

Sekiranya ade masa yang terluang, inshaallah akan still menjenguk kerumah2 korang walaupun sebagai silent reader..kalau sempat akan kutinggalkan juga sebarang komen.

Anyway walaupun dalam silent harapnya ukhwah tidak putus begitu sahaja..inshaallah.

Intai-intailah kami disini ya aunties..:)

Sunday, 1 December 2013

Berpagi-pagi Pulut Pagi

Hari nie masuk hari kedua en. Abuaidan takder kat umah..Arissa alhamdulillah demamnya agak kebah sikit dahng..pun begitu masih lagi ade ragamnya..nok ngerat org kelate panggil. Siabang lak, alhamdulillah tiada tantrum so far..obeying mak dia walaupun pepagi tadi tengok ade pokok aku kena cabut..hisshhh, bagi dia some programs kat computer & he'll be happy enough..

Bila big boss takder kat umah mulalah otaknya berpikir tuk makan makanan yang diidam-idamkan..padahal big boss pun suka jugak makan. Dek kerana Arissa perlukan much more attention so tak banyaklah makanan idaman yang dapat disediakan..

Like pagi nie awal2 pagi lepas subuh alhamdulillah selamat mentanak pulut pagi..

Pulut pagi cicah kelapa ngan tea kosong...jangan sesekali pikir tidak boleh didapati dibumi asing...hehe

Siap dibungkus ngan daun pisang lagi tuh..beriya-iya melayur daun pisangnya..buruk ghuper daun pisang tuh akhirnya...heheh. Warna pulut tidak segelap yang biasa punya kerana nisse atau gula melaka kat sini lain sikit.

Bila buat pulut pagi selalu ingatkan mak kat kelantan (sob..sob..)..mak memang pandai tanak pulut nie dengan nisse..dari kecik hinggalah ketuo tetap suka pulut yg mak masak..cuma dok kat tempat orang, jadi mak orang kenalah masak sendiri..

Pulut pagi nie ade lah kot buat dalam setahun tuh sekali atau dua dek kerana kekangan nisse..nisse yang ade kat sini kurang sesuai dan tak sesedap nisse kelate..namun yang Abuaidan buat balik lately (yg kat tengah tuh dalam gambar), yang terbaik n sedap. tuh pasal semangat nak buat pulut.

Penangan pulut pagi..daripada bekfes hinggalah lunch menikmatinya, sib baik siabang pun gemar jugak.

Nuffnang Ads