Friday, 22 November 2013

Diet Rendah Kalori Berkesan Untuk Turunkan Berat Badan.. Tanpa Exercise, Tanpa Berlapar, Tanpa Supplement

Berita yang dapat memberikan inspirasi haruslah dikongsi-kongsikan yer..:). Kalau sesiapa yang just blogwalking & tak mao baca entri yang agak panjang nie leh abaikan yer..

Semalam bawak Arissa pergi klinik appoinment after 1 month yang last...so adelah peluang..

Peluang tuk menimbang berat since penimbang kat umah adalah meragukan,  jeling2 jugak misi kat situ..heheh

So almost one moth after last timbangan I've lost 3kg++, alhamdulillah...berdebar jgak takut jarum tak berubah tempat So selepas bersalin kiranya dah berjaya kurangkan 26kg. Hampir-hampir give up woo kerana tak tahan godaan nafsu makan..hehehe. So kiranya dah dapat ideal weight yang much much better dari before peknen..weeee..tahniah tahniah tuk diriku..:), alhamdulillah 50++ now..

Actually sebelum nie tak conscious pun pasal low calori diet nie, malah tak paham betul2 pun, namun tah camaner dok gugel camaner depa turunkan berat lepas bersalin akhirnya terjerumus kepada diet nie..so banyak gaklah buat pembacaan detail dan cuba praktikkan.

Anyway ade saya lihat pencarian dalam blog nie berkaitan diet rendah kalori..so inilah yg menyebabkan daku terpanggil tuk share tentangnya..moga2 mereka yang mencari info mendapat manfaat...inshaallah..baik tulis cepat2 sebelum gumuk balik

First of all yang perlu kita tahu pengambilan kalori tuk wanita dewasa adalah lebih kurang 1500 dan lelaki adalah 2000. Bagi ibu-ibu menyusu pula adalah extra 500 sehari. Yang paling kita tak alert adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari, juga jumlah kalori dalam setiap makan yg kita amek..sebab kurangnyer pengetahuan tentangnyer..betul tak?

Untuk lebih memahami gambaran tentang kalori nie, begini...

Kita setiap contoh wanita contohnya hanya diberi 1600 mata sahaja untuk berbelanja diatas makanan kita. Kalau kita makan kurang dari 1600 mata tuh dalam sehari, inshaallah kita dapat bonus dengan pengurangan berat badan kita (bergantung kepada aktiviti harian dan usia lah). Kalau kita berbelanja lebih dari 1600 mata yang diberi, kita akan berhutang..dan dalam bentuk lemak yang akan berkumpul didalam badan kita. Kalau kita membelanjakan wisely inshaallah kita akan dapat mengekalkan berat badan yang diingini selagi kita mampu balance kan pengambilan harian..ade hari yang kita amek lebih, maka kita kurangkan lah plak on the next day.

So pendekatan yang saya gunakan dalam diet rendah kalori ini adalah dengan pengambilan kalori harian 1300 to 1000. Oleh kerana breastfeeding maka dalam sehari tuh pembakaran kalori dah extra dalam 500. Kalau kita dapat kurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 sehari daripada yang diperlukan iaitu 1600, maka inshaallah dalam seminggu sekurang-kurangnya dapat turunkan 0.5kg. Dengan breastfeeding jugak (kalau kita makan ikut keperluan kalori yang betul) kita boleh kurangkan 0.5kg to 1.0kg sebulan naturally...tp kalau makan tak kontrol, biasa naik berat dari turun wpun menyusu.

Contoh menu seharian tuk kalori yang less than 1000 yang saya biasa amek :

Bekfes (allocate dalam 200 cal) :

 30g Oatmeal + Sesudu besar Susu tepung rendah lemak + Sesudu gula
atau
4 keping roti putih plain (tanpa marjerin/ butter/ jem) + tea kosong

Minum Pagi (allocate dalam 150 cal) ;
2 keping wheat bix + teh O
atau 
Buah-buahan 
Lunch (allocate dalam 300 cal)

Bihun sup (40g bihun) +Sayuran + Sedikit ayam/ daging/ fishballs (dimasak tanpa minyak)
atau
Secawan nasi putih + Ikan singgang

Minum Petang (allocate 150) :
                                       Tea O panas + 2 keping biskut atau wheat bix

Makan malam (allocate 200 cal) :
Roti paratha dengan kari 
atau
2 keping roti putih + tea kosong

Jumlah pengambilan kalori (ikut allocation)  = 200 +150+300+150+200 = 1000 cal

Honestly for me yang betul2 ikut tuh hanyalah pada hari isnin hingga lunch jumaat..bila malam sabtu dan weekend tuh banyak sangat cabarannya..so my average daily calorie intake dalam sebulan yang lepas adalah 1300...(jgn follow yer kalau nak lebih berkesan..since i'm breastfeeding also)

Pepandai lah kita arrange apa yang hendak dimakan dalam range 1000 tuh..kalau dah banyak sangat waktu bekfes boleh kurangkan waktu dinner atau skip minum pagi atau minum petang. Kalau dalam sehari tuh terlebih 1000, the next day tuh cubalah kurangkan mungkin dalam lebih sedikit dari 1000 sehari.

Tips sewaktu mengamalkan diet rendah kalori
  • Kena istiqmah betul2 at least cuba amalkan dalam masa sebulan
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan minyak - masak makanan dengan cara merebus sahaja (sekiranya masak untuk seorang makan) 1sudu makan minyak kalorinya sudah 124, belum masuk bahan2 yang lain.
  • Elakkan penggunaan gula dalam minuman atau makanan..gula perang lebih baik kalau perlu manis jugak.
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan marjerin, butter atau jem ketika makan roti - 1sk dah 40++ cal.
  • Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan
  • Elakkan memakan makanan yang banyak menggunakan minyak dan gula seperti kek, donut serta kuih muih tempatan.
  • Kalau boleh cuba kurangkan makan nasi, gantikan dengan bihun sup atau wholemeal bread.
  • Elakkan menggantikan biskut kering dengan nasi.2 keping biskut cream dah dalam 120 calorie, masih lagi lapar..dari 4 keping biskut (200++ cal) elok makan nasi atau roti jer...lebih kenyang.
  • Elakkan penggunaan telur yang berlebihan..sekiranya nak guna telur, guna telur putih sahaja (16cal), whole egg (70cal). 
  • Banyakkan bacaan dan info tentang jumlah kalori dalam makanan.
See diet rendah kalori tak perlu berlapar..boleh jer makan, cuma ngan kuantiti yang kurang sedikit..dan boleh makan 5 kali sehari untuk mengelakkan kelaparan.

Kalau kita nak makan extra dari kalori pun boleh, katakan 500 cal extra sehari, nak makan sedap2lah kununnya. Apa yang kita perlu buat untuk membakar kalori yang berlebihan adalah dengan membakarnya..samada nak berjalan selama sejam, berlari setengah jam atau jogging atau naik basikal. Dengan itu kita boleh enjoy food tanpa worry about naik berat badan kan..see tak payah nak diet2 kalau rajin exercise..:)

All the best kepada sesiapa yang hendak mencuba..

Nota : Yang diet rendah kalori tanpa exercise ini practical for the first few months, namun setelah body boleh adjust terhadap kalori intake after few moths, kadar metablisma menjadi perlahan dan untuk itu senaman adalah penting untuk membantu penurun berat badan.


Untuk reference;
- pasal kalori makanan dimalaysia - PKD Manjung
- pengiraan/ search tentang kalori globally - CalorieAbout.com (biasa gunakan web nie tuk kira bila nak buat   sesuatu menu yg rendah kalori)


p/s- alhamdulillah berjaya jugak sempurnakan entri nie dalam susah payah ngan budak 2 orang nie..:)

Thursday, 21 November 2013

Jagung Bakar Melatops Segar dari Ladang

Alhamdulillah tidak mengambil masa yang lama untuk menikmati hasil jagung yang ditanam kali nie. Rasanya dalam cuti sekolah hujung bulan August lepas Abuaidan tanam, kini selepas 3 bulan lebih sudah dapat dituai.


Bisanya jagung sedia untuk dituai bila ketiak nyer betul ker bahasa nie berwarna coklat pekat kehitaman yang nie ketiak basah sebab baru lepas kena hujan..kalau warna masih lighter tuh maknanya still need some more time..


Bila dah warna coklat kehitaman gitu, bukan boleh terus harvest gitu..tak semestinya jugak ready inside..kena pastikan dulu ok ker tak. Caranya kopek sedikit dalam 11/2 cm pada bahagian hujung sehingga nampak warna jagung tuh..kalau warna kuning tuh, bolehlah dituai.


Selamat dituai, this time rasanya tak segemuk yang ditanam before mungkin faktor hujan yang kerap dan tidak mendapat kepanasan/ cahaya matahari yang cukup...initially 7 biji jer..kemudian tuai lagi 2 biji sebab demand tinggi..hihi

Padat jugak..not bad walaupun ade sebiji dua yang sedikit rongak


Bakar sahaja diatas kuali leper..senang cerita tak payah masuk2 ove, rasa pun tetap sama seperti yang dibeli dipasar malam..siap bakar, sapu marjerin sikit, garam sikit..terus ngap masa panas-panas..Fresh dan lemak2 manis..satu memang tak cukup...:)

Peminat tegar jagung..habes jugak 3 biji dia sorang..actually setiap orang makan 3 biji pun..hehe

Rasanya daripada pembacaan kat blog kengkawan, jagung yang dijual kat Malaysia agak mahal kan..? Kalau kat sini $1 tuh still boleh dapat more than 5 biji tambah2 kalau dalam musim..biasanya musim panas lah.

Wednesday, 20 November 2013

[Wordless Wednesday] Dak Ndut Bersiar-siar Dikebun






Dak ndut nie nak berkebun nie tak lama lagi..heheh..abg dulu ms setahun lebih biasa dok dalam stroller while kami mengerjakan kebun...yang adik nie lak..hmm nanti kita tengok..:)


Week 19 -Seronok menggomol dak gemuk nie. dia pun dah pandai respon..tiap kali dokong mesti tarik anak rambut  yang belakang..peritnya...kalau time nak nyusu mak belum ready lagi dia dah turn dan siap tarik2 baju lagi..alahai anak...:). Yang paling seronok bila nampak muka mak jer, terus nampak muka dia so excited..siap berteriak lagi..:)

[Wordless Wednesday] Dalo

Gambaran yang lebih jelas tentang dalo untuk makluman rakan2 yang bertanya..


 adakah sama?..

pic source >> here

Tuesday, 19 November 2013

Dalo Leaf in Lolo

Mencuba makanan yang lain dari kebiasaan biasanya memerlukan introduction kan. Macam UA belajar makan makanan tempatan setelah merasanya daripada masakan orang lain, nak buat sendiri tanpa mengetahui tastenya dulu memang tak boleh.

Salah satu daripada sayur yang terkenal disini adalah yang mirip2 sayur lemak kita,


Local people memanggilnya dalo leaf in lolo. Lolo adalah kelapa dalam bahasa fijian. Sedap jugak dihidangkan bersama-sama ayam goreng mahupun ikan goreng boleh bertambah 2 pinggan nasi..hihih, rasa seperti sayur lemak pucuk ubi pun ya.


Inilah dia dalo leaf nyer..atau dalam English yam atau ubi keladi..tapi jenis yang berlainan daripada yang biasa kita makan di Malaysia. Yang nie daunnya besar hampir2 sebesar talam..bila hendak masak perlu direbus lama dengan api kecik sehingga lembut. Ubinya pun boleh dimakan..namum kalau kerap sangat harvest daun, ubi mungkin tidak menjadi sangat didalam tanah. Perlu berhati2 jugak dalam memilih daun takut terkena yang dimakan ulat tak pasal2 gatal. Alhamdulillah so far yang kami selalu beli dipasar takderlah terkena kegatalan lagi..

Siapa rasa2nya pernah makan daun ubi keladi masak lemak?

Nuffnang Ads