Sunday, 3 November 2013

Diwali Night

Menjawab pertanyaan Jay Ar berkaitan dengan sambutan Diwali kat sini..

Actually kaum Indian Hindu merupakan kaum yang kedua terbesar di Fiji selepas kaum Fiji itu sendiri. Tidak semuanya Indian adalah hindu, ada yang kristian ade yang muslim.

Tentang sambutannya samalah rasanya dengan negara kita terutama dari segi adat dimana mereka akan membersihkan sekolah, rumah, tempat kerja sebelum perayaan. Kemudian sedikit makan2 sebelum perayaan bermula. Kami tak pernah mengunjungi mana2 rumah yang mengadakan Diwali open house so far..ini kerana En. Abuaidan kurang berminat.

Jadi kami dok umah saja, ade orang bagi sweets kita makan, takder tak kesah pun..kadang makanan yg depa bagi kena careful sebab takut yang digunakan untuk pemujaan.

Hatta kerana malam nie malam perayaan maka hingit bingit bunyi dam dam dum tuh memang sakit kekemuncaknyalah setelah berhari yang lepas mereka dok membakar duit. Anak kecik susah nak tido, asyik terkejut jer bunyi kuat...orang2 tua apatah lagi siksanya mereka nak lelap mata.

Anyway lepas dinner turun kelaman kejap bawa senapang patah yang tak canggih tuk cuba capture hasil2 kerja mereka2 yang dok membedil tuh...






Oklah kan guna kamera biasa tanpa tripod dalam kalut2 nak kejar Arissa dok manggil2.

Sekarang hampir kul 10malam, .dalam dok nulis n3 nie pun dah 2,3 kali mem kecik menjerit terjaga sebab tergezut bunyi melampau2 kuat.Tiada tanda-tanda akan reda malah nampak makin bersungguh mereka main mercun..huhuh

Resepi Masalodeh Paling Simple & Sedap Sempena Diwali

Masalodeh atau pakora adalah antara kuih muih india yang paling sedap kan..tambah-tambah kalau dimakan masa ianya masih panas bersama-sama dengan tea waktu petang.

Kalau disini masalodeh dipanggi Bara. Biasa dihidangkan dimajlis-majlis mahupun untuk tetamu yang berkunjung. Tatkala berkunjung kerumah sahabat dan dihidangkan dengan bara nie, maka bertanyalah akan resepinya sebab biasa buat taklah sesedap yang depa buat. Bila dah cuba resepi mereka, ternyatalah memang sedap.

Jom kongsi resepi Masalodeh yang paling simple dan sedap..

 2 cawan kacang dhal direndam semalaman atau sekurang2nya 5 jam, kemudia toskan airnya.

 Kisar samada menggunakan food processor ataupun blender. jangan masukkan air walaupun sedikit.

 Kisar lumat adalah lebih baik kerana dapat membentuk dengan lebih mudah dan juga bila menggoreng tidak hancur dan consume banyak minyak.

 Bahan-bahan perasa: 1 sk halia kisar, 2sb bawang putih kisar, secekak kecil pokok ketumbar dan setengah biji bawang besar yang dihiris halus...kalau potong besar nanti mudah pecah masa menggoreng.

 Gaulkan semua bahan dengan dhal yang telah dikisar bersama-sama barang sesudu kecil garam mengikut rasa lah. Boleh letak cili kering  atau cili kecil yang dipotong jika suka. Lg sedap tanpa rempah ratus..percayalah...hehe

 Bentukkan kecik2 sebelum menggoreng...goreng didalam minyak banyak dengan api yang sederhana.

Masalodeh yang lazzatun..sedia untuk dihidangkan..makan panas-panas lebih sedap yer..:)


Hepi Diwali yer tuh sesaper yg sambut..dok nunggu jiran bg Diwali sweets nie kalo ade..heheh

Saturday, 2 November 2013

Petola Hutan

Setelah 2 bulan berlalu, petola hutan yang kami tanam buat pertama kalinya kini telah berbunga dan berbuah. Petola hutan dengan petola biasa tak banyak bezanya bila melihat kepada pokok tanaman itu, namun bila melihat kepada buahnya agak ketara juga perbezaannya.

Buah petola hutan yang pertama.

Warna petola ini adalah hijau muda tidak seperti petola biasa. Kulitnya lebih keras sedikit namun isi didalamnya adalah sama sahaja.

Petola biasa, hijaunya lebih gelap dan kulitnya lebih berlekuk berbanding petola hutan. Petola biasa jugak lebih panjang biasanya.

Yang bagusnya petola hutan berbanding petola biasa adalah, petola ini lebih lasak dan tahan kepada cuaca berbanding petola biasa. Kalau musim hujan mahupun musim sejuk, petola ini masih boleh didapati dipasar namun tidak petola biasa, sebab itulah kami menanamnya agar dapat makan petola sepanjang musim.

Friday, 1 November 2013

Alhamdulillah 20GB Permonth



Bermula semalam kami dapat 20GB permonth broadband subscription setelah bertukar kepada plan baru iaitu khas tuk government servant. Kalau dulu bayar sebulan $36 data yang diberi hanyalah 5GB. Kalau  dok tengok youtube tuh beberapa video kejap jer data habes..kena top up balik $3 for 2GB. Kalau data cepat habes big boss mulalah bising sebab mesti tengok youtube katanya..(youtube banyak guna data woo). Alaa tengok pun tuk info jer  plus bini matyo gaduh ngan guard bukan tengok movie ke haper..:)

Ngan 20GB nie rasa banyak sangatlah pulak, mesti tak habes guna walaupun dok download program tuk si Aidan..hmmm kalau share among friends pun bagus jugak kan..leh jimat cikit..:)

At least masalah kehabisan data dah setel, dapatlah berblog ngan aman...inshaallah.

[Diet Rendah Kalori] Success Story

Rasanya kalau sesuatu tuh bermanfaat untuk pembaca elok kita kongsikan..inshaallah. This is not my success story (not yet capai target lagi)..somehow the story of my mother in law yang menurunkan berat badan berpuluh-puluh kilo, timbangan not matter anymore cause the size was so obvious.

MIL usianya awal 80an pesara guru yang menghadapi  masalah penglihatan, tak boleh membaca walaupun pakai cermin mata kecualilah perkataan tuh besar sangat. Namun beliau adalah sorang yang suka menghabiskan masa dengar mendengar rancangan radio yang berinformative, tv pun dia tak tengok.

Mulanya jumpa dia memang big size old woman lah..mungkin berat dalam 60 plus kot dengan ketinggian yang agak rendah..masa tuh makan pun tak lah kontrol2 sangat..suka menda2 yang manis dan oily. Namun tak lama lepas tuh dia mula kontrol pemakanan (mungkin daripada info yang dia dengar dari rancangan radio). 

Katanya dia taknak gemuk kerana mudah terdedah pada penyakit diusia sepertinya..tambah2 tiada exercise dan hanya berehat dirumah sahaja. Dia taknak menjadi beban kepada anak menantu mahupun cucu dengan pelbagai penyakit dan jugak bila badan sehat tidaklah tertanggu urusan ibadah.

Setiap hari dia akan minum 9 gelas air sehari without fail..makan lak tetap 3 kali sehari including tea times 2 kali. Breakfastnya hari2 cumalah dengan oatmeal with low fat milk tanpa sugar..tea time plak dia akan minum segelas tea kosong tanpa gula dan beberapa keping biskut atau wheat-bix atau buah-buahan. Lunch dan dinner plak nasik yang mungkin secawan jumlahnya berlaukkan sayuran yang dimasak sup atau goreng..mungkin sekali atau 2 sahaja dalam seminggu makan ayam mahupun daging atau telur. Selain dari waktu makan 5 kali nie, dia takkan makan apa-apa..hinggalah tunggu waktunya.

Daripada cara dia makan kita tak anggap dia berdiet, cuma kita rasa dia makan sikit jer lah sebab orang tua kan..namun dia tak pernah melanggar disiplinnya dalam pengambilan makanan..kalau sesekali teringin tengok makanan manis dan berminyak dia akan makan jugak,cuma dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebih-lebihan seperti kebanyakkan kita.

Dalam masa setahun beliau kontrol makan begitu, ketara sangat perubahan berat badannya..perut yang dahulu buncit, flat jer jadinya..dah menjadi semakin kecik. Alhamdulillah kerana beliau betul2 concious akan kesihatannya, beliau jarang mendapat sakit, setahun sekali pun susah..beliau jugak akan hadir appoinment ngan doktor untuk pemeriksaan kesihatan setiap 3 bulan sekali..alhamulillah tiada sebarang masalah tekanan darah mahupun jantung..

Kini beliau masih lagi mengamalkan pemakanan yang moderate seperti dulu..Alhamdulillah pada usianya yang lanjut itu, masih mempunyai kekuatan mengatasi orang muda untuk bangun bertahajjud setiap malam without fail serta mengerjakan solat on time bersama2 ngan solat sunnat setiap waktu...

Betapa pentingnya menjaga kesihatan sehinggalah kita mati agar kita dapat hidup dengan sihat, tidak menyusahkan diri sendiri mahupun keluarga, jimat pun pun yer tak berhabisan tuk berubat bila sakit dan yang pentingnya hendak memperbanyakkan ibadah memerlukan kesihatan yang baik pada yang tua mahupun muda..

So kenapa perlu kontrol makan? Agar dapat hidup sehat sehinggalah keakhir usia dan menjaga amanah  yang Allah berikan..kalau berpenyakit akibat sikap sendiri, hidup pun tak peaceful mana..betul tak? 

Nuffnang Ads