Thursday, 10 October 2013

Penambah Aroma dan Seri Nasi Ayam

First tayang nasi ayam yang dibuat kelmarin tuk bukak posa..alhamdulillah tinggal 5 hari jer lagi out of 30, yeayyy. Nasi ayam dibuat kerana dah lama tak makan, lagipun ianya feberet semua orang..:)

Walaupun tidak begitu sempurna dengan tiadanya sambal cili. salad serta timun, namun tidak sesekali menjejaskan keenakkan rasanya (biasalahkan angkat bakul sendiri). Tergugat sudah diet dengan bertambahnya pinggan, big boss boss sama 2 pinggan. Hari nie ngan leftover tuh, balas dendam lagi.


Yang menambahkan aroma dan rasa adalah daun ketumbar tuh..setengah orang letak daun sup ataupun parsley, namun kerana yang ditanam hanyalah ketumbar..pun dah cukup puas hati..


Ini ketumbar dibawah hak milik tukang kebun baru..dialah yang menyemai dan menyiramnya hari2..tanam dalam pot kecik..cukuplah untuk kegunaan dapur dan ade jugak lagi yg masih kecil telah ditanam. Ketumbar kalau tanam dalam pot mudah jer,senang dialih kesana kemari tuk dapat cahaya yang reasonable..panas sangat pun tak boleh, takder tanah pun leh tanam...dan dalam pot jugak,kalau nak cepat boleh angkut dengan bekas2 masuk kedapur masa nak masak..:)

Wednesday, 9 October 2013

Arissa@Week14-Ikut Siapa Yer?

Agak2 korang Arissa nie ikut muka siapa yer? Ikut sebelah mak atau bapak? Hheheh

Kalau bapaknyer korang pernah tengok dalam blog nie kan, ade banyak jugak yang diselitkan, kalau maknyer korang pernah tengok tak? sapa kesah kan huhuh. Korang tengok dulu gambar mak Arissa yang dengan murah hatinya ditayangkan untuk tatapan rakan2 yang sangat peramah dan caring..juga atas permintaan sapa lagi kalau bukan Okje, the femes blogger tuhkan..heheh..

Nak tengok tak? Nanti jangan lupa komen tau Arissa nie ikut maknya tak..heheheh. 

Scroll down pleasee
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
Sabar yer..keep on scrolling down..:)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Sikit lagii..dah nak nampak daaa..
>
>
>
>
>
>
Ok ready....
1
.
.
.
2
.
.
3
.
.
.
z
z
z
z
z
z
z
Cak!! Ade iras tak? Hehehe..

Jangan marah yer..saja buat lawak hari rabu sebab headache tak cukup tido..tak boleh nak ngarang yang sedap2 sikit..hehehe

Tuesday, 8 October 2013

Lambaian Haji Percuma Dibumi Fiji

Petang semalam menemani En.Abuaidan ke Airport tuk ucap selamat jalan kepada 4 muslim brothers yang akan berangkat menunaikan haji. The 4 muslim brothers semuanya muda-muda lagi dalam 30s telah terpilih untuk mengerjakana haji secara percuma, sponsored by WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Saudi Arabia...alhamdulillah bertuahnya! 

Actually mereka adalah National Executive Committee (NEC) of Fiji Muslim Youth, yang telah berkhidmat beberapa penggalnya untuk Muslim Youth Organisation kat sini (kalau tempat kita cam ABIMlah). WAMY telah menaja haji  bagi badan yang berkaitan dengan organisasinya untuk negara2 yang mana muslim komunitinya adalah minoriti. Abuaidan juga layak, namun memberi peluang untuk brothers dalam organisation yang belum menunaikan ibadah itu lagi.

Yang menariknya sewaktu menghantar mereka berlepas semalam, the muslim brothers mereka nie bukanlah berlepas seperti berlepasnya jemaah2 haji dari negara kita..yang lengkap berjubah, kopiah serta diiringi dengan tangisan sendu ahli keluarga. mereka nie hanyalah berpakaian seperti untuk pergi trip yang biasa - berjeans dan baju kemaja..heheh..since mereka datang dari tempat yang mengambil masa lebih 3 jam ke airport, maka tiada family yang mengiringi..except 1 brother yang tinggal agak dekat..family datang menghantar, namun tiadalah drama tangisan..:).

Those muslim brothers memang beruntung kerana terpilih untuk menjadi tetamu Allah tanpa perlu bersusah payah mengumpulkan dana untuk kesana, semuanya ditanggung - tiket, penginapan, dan ibadah korban juga...memang tak terjangk, salah sorang muslim brother tuh tahun lepas rumahnya jugak dilanda taufan..bayangkan rezki dari Allah..alhamdulillah. Semoga mereka mendapat haji mabrur dan terus berkhidmat untuk komuniti muslim yang kecil disini inshaallah.

Nadi Aiport. Gambar mereka tak dirakam, seganlah kan. Airport jugak melambai2 kepada kami untuk balik nie ...hehe tak sabar!

Monday, 7 October 2013

Limau Yang diimport Untuk Tomyam

Lama sebenarnya dok mencari2 limau untuk tomyam nie..look around, bertanya kawan-kawan pun takder clue jugak tentang limau nie disini. So conclusionnyer takder orang tanamlah kot ataupun mereka tak tahu tentang limau nie disini.

Since takder limau nie, takderlah daunnya..jadi kalau buat tomyam tuh guna kiub jerlah dan tak letak daun. Tapi kalau kiub tomyam Knorr, rasanya tetap ummmpphh.

Bila stok kiub tomyam habis dan tak terimport ingat nak buat tomyam homemade, namun kerana takder daun maka takleh nak beranganlah sure tak sedap nyer kalau jadi pun.

Dan ditakdirkan Mak Aji Ummu Madihah, bermurah hati untuk mengirim pada kami ole2 maka dengan muka tak malunya mintak beliau selitkan biji limau purut untuk dijadikan benih. Alhamdulillah dalam 2 minggu lebih lepas raya, sampailah bungkusan tuh berserta benih..dan esoknya terus semai tanpa bertangguh lagi.

Namun bukan cepat nak bercambah limau nie, lepas seminggu, 2 minggu pun belom nampak batang hidung, hampir give up nyer pasal, gemburkan balik tanah yang dah disemai benih tuh, taburlah benih tomato..

Namun dengan izin Allah tak lama kemudian benih limau bercambah serta2 benih tomato, inilah jadinya...

 Boleh cariktak mana satu anak limau? Ade2 tuh..

Dek kerana pokok tomato membesar lebih cepat dan menghalang pokok limau dari membesar maka seminggu yang lepas transferlah anak limau tuh ketempat yang lebih permanent,

Nampak semakin subur dan besar kan..daun pun semakin banyak.

Yang 1 lagi setelah dok bermusyawarah mana nak tanam akhirnya semalam baru dapat transfer pada 1 tempat.. belum apa2 lagi dah ade back-up gardener yang rajin nak tabur baja bakar tanpa disuruh..inilah yang jadi..sib baik tak mati.

Masa dok nanam tuh En.Abuaidan dok bertanya camaner rupanya buah limau nie..sibuklah explain dan tunjuk gambar dari google..katanya biasa lihat buah nie kat pasar....! hmmm..sabar jerlah..namun Fijian sahaja yang tanam limau nie..so kalau nak carik pokok pun susah jugak.

Tak sabar nak tunggu banyak2 daun muncul nak buat tomyam nie..buahnya taklah diperlukan sangat.

p/s - timakasih yer makji atas export benihnie..:)


Sunday, 6 October 2013

Tips Menanam Kacang Panjang Dalam Cuaca Kering

Pasaran kacang panjang kat sini dalam keadaan agak kritikal dengan cuaca keringnya hinggakan susah untuk mendapatkan kacang panjang dekat pasar..kalau ade pun satu atau dua gerai yang menjual dengan harga yang agak mahal..seikat/ secekak dah $3.50 (+/-RM5.00). Mahal tuh..untunglah siapa yang menanam sendiri dan menghasilkan buah.

Kami pun pernah beberapa kali mencuba menanam kacang panjang nie, namun tak bernasib baik kerana tanah terlalu kering, kadang merekah dek kerana cuaca panas dan kering..susah betul nak bercambah.

Entah camaner semasa mengalihkan anak2 kailan, teringat akan idea sungkupan tuk elak anak2 kailan tuh dari mati kekeringan dan kepanasan ..dan idea yang sama boleh dipraktikkan kepada kacang tanah..mungkin boleh membuahkan hasil..inshaallah.

 Benih kacang tanah diletakkan pada lubang diatas batas yang telah siap ..biasanya lebih dari satu untuk meningkatkan posibiliti cambahan (1 tak cambah, ade 2 lagi yang mungkin boleh)

 Benih ditutup nipis dengan tanah.

 Kemudian letakkan rumput kering diatasnya untuk mengekalkan kelembapan. Mesti disiram kurang2 2 kali sehari.

 Alhamdulillah dalam tempoh 3-4 hari mula bercambah.

Cambahan semakin besar, daun2 mula terbentuk.

Sungkupan dengan rumput2 kering pada tanaman mahupun benih yang disemai banyak membantu percambahan mahupun pertumbuhan. Yang pernah kami apply adalah pada ketumbar, kangkung serta kobis...memang banyak membantu dan berhasil alhamdulillah.

Nuffnang Ads