Saturday, 5 October 2013

Bila Dah Penat Marah..


Kalau dia main kat luar umah ade2 kerja yang dilakukannya..dan yang menjadi feberet adalah tangkap binatang nie..sanggup mengejar sampai kedalam longkang tuh...huhuhu...dah berkali2 dok membebel jangan tangkap, jangan tangkap nanti kotor tangan, kena gigit ..hmm bukannya nak dengar..budak-budak memang dalam dunianya sendiri.

From my readings, anak2 memang patut dibiarkan bermain dan exploring, dengan itu mereka dapat mempelajari sesuatu. Mendedahkan mereka kepada nature much better. I'd rather dia tangkap katak nie daripada dok ngadap kartun seharian...:)

So bila dah penat dah nak marah, amek gambarlah buat kenangan untuknya bila besar nanti boleh tengok inshaallah betapa nakalnya masa  kecik...:)

Friday, 4 October 2013

Buat Teh Cara Yang Mudah & Jimat

Tips nie pernah dikongsikan masa awal2 berblog dulu...tp masa blog pun agak sunyi, jadi perkongsian yang kurang praktikal lah kiranya. Bagi sesiapa yang dah tahu tu senyap2 jerlah yer..hhihih

So again this time nak kongsikan cara buat teh yang paling mudah dan kurang kerja..jimat pun jimat..:)

 Ikut kegunaanlah kalau setakat nak buat secawan teh tuh ameklah sesudu teh, kalau satu jug tuh dalam sesudu besar teh.

Tuangkan air panas, tunggu kejap dalam 10saat supaya teh kembang kejap..mudah sikit warnanya nak kuar. Kemudian tuang lagi air secukupnya. Kepekatan warna teh tu ikut sukalah. Nak pekat lagi, tambahlah teh lagi.

Kang dah siap..tak payah dah tapis2 dalam bekas lain atau rendam teh dan tunggu kembang..cuma masukkan gula jer...senang dan cepat!

Dengan cara nie kalau nak buat teh tuk segelas pun jimat, tak yah tension2 nak kena rendam dan tapis teh. Kalau yg guna uncang tuh memang tak praktikal dan agak membazir jer uncang tuk buat secawan teh..padahal 1 uncang leh buat dekat seteko kan. Lagi satu serbuk teh murah dari uncang kan..jimatlah kalau guna serbuk buat teh cara gini.

Actually cara camni En.Abuaidan yang perturunkan..:)

Thursday, 3 October 2013

Mari Tanam Peanut

Projek pertanian kami masih berjalan dengan lancar alhamdulillah dengan tukang kebun baru menunjukkan minat untuk menanam pelbagai tanaman..tukang kebun simpanan tukang amek gambarlah..hehe

Hujung minggu lepas telah settlekan kerja menanam kacang tanah yang agak lama tertangguh..kacang tanah nie ditanam dilaman depan rumah namun different location and style this time..

Jom tengok yang ditanam tempohari,

 Awalnya tanah telah digemburkan tapi batas belum disiapkan (gambar sebelah pagi agak dull)

 Kemudian batas mula disiapkan..back up gardener tuh ade kat belakang..hehe

 Batas2 yang telah siap..

Benih yang digunakan adalah kacang tanah yang dibeli dipasar..yang ready untuk direbus. Kulit memang tak dibuka kerana ia akan reput kejap jer dalam tanah..penatlah nak kopek2 kan..

 Kacang tanah ditanam dicelah lereng instead of direct atas batas. Alasannya, pada musim panas senang menyerap air dan juga bila pokok membesar, mudah untuk mengaut tanah kebatang dan dengan itu tanaman lebih kuat.

 3 jalur actually yang ditanam. Nie kaedah percubaan, tengok hasil dulu baru tahu berjaya ker tak..

Dah siap diletakkan benih semuanya.

 Patstuh benih dikambus balik dengan tanah.

Dah siap kambus, disiram dengan air kurang2 2 kali sehari.

Inshaallah kalau tiada gangguan banjir bagai, selepas 4 bulan bolehlah menuai hasil.


p/s - kat sini kacang tanah kebih popular ngan nama peanut berbanding groundnut..

Wednesday, 2 October 2013

Arissa@Week13- Genap 3 Purnama

Ala2 wordless lah...imbas balik dari lahirnya..

Day 1 - masih dengan selimut spital..belum mandi properly lagi Arissa nie.

 A week later 

Cukur kepala pada hari ketujuh

Genap sebulan - senyuman awal pengubat penat tukar lampin..hehe

Apa tengok2..hihih..tembam 2 bulanlah saya

 Setelah 3 bulan - Bertambah sudah ketembaman dekat 6kg setengah dah, pegang sesuatu barang pun sudah pandai dan aktif berpusing kiri kanan..dalam proses nak meniaraplah tuh..kadang bila dibiarkan tengok2 dia dah beralih tempat 45 darjah.

Hobi sepanjang masa - main liur..

Tuesday, 1 October 2013

Jus Asam Boi Made in Fiji

Jus asam boi nie feberet dari zaman muda2 dulu. Kalau pergi pasar malam mahupun jalan TAR atau nampak orang jual tepi2 jalan mesti terliur nak beli.

Since dok sini dah tak jumpa dah jus asam boi..malah hampir melupakan kesedapannya. Kat sini takder jus gini..kalau ade pun memang tak pernah beli jus2 kat luar rumah selain yang dlm botol atau tin yang terjamin kebersihannya..kadang yang dijual kat pasar depa kacau ngan masukkan tangan dalam bekas jer..fuhh pengotor ya amat!.

Since Abuaidan ade belikan 2 paket asam boi dari Suva baru2 nie, nak makan gitu dah tak terliur sangat dah..kemudian terpikir nak cuba buat jus lah, kalau2 nak menjadi,

Limau yang ade kat umah cuma limau kasturi. Kalau just masak asam boi letak gula gitu tak memberikan rasa masam2 gitu..so to adjust letaklah jus limau..tak tahulah resepi sebenar depa letak ker tak.

Dimasak dengan air selama 20 minit hingga keluarlah semua kaler dan rasanya..juga letak gula ikut rasa..

Alhamdulillah dapatlah sebotol dalam 1.5liter..tak boleh habeskan sebotol dalam sehari..too much sugar..hohoho

Segelas jus..biasa minum minuman sejuk kat sini dah tak perlukan ice cube..just biarkan sejuk dalam peti ais jer..kalau selalu sangat minum sejuk big boss mulalah make noise..huhuhu

Sedapkan jus asam boi nie,membuatnya kat rumah pun senang..minum waktu cuaca yang baik..kalau waktu  terlalu panas kena minum banyak air lak lepas minum jus nie kan..

Nuffnang Ads